JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PERTANDINGAN MAHRAJAN AL-QURAN SEKOLAH SEKOLAH ( MQSS ) DAN IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH SEKOLAH ( ILSS ) PERINGKAT DAERAH SEPANG TAHUN 2025.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemakan "Ädab dan Nilai Pemangkin Generasi Madani"  SKTPP2 akan menjadi tuan rumah bagi aktiviti Pertandingan Mahrajan Al Quran Sekolah Sekolah ( Mqss ) dan Ihtifal Lughawi Sekolah Sekolah ( Ilss ) Peringkat Daerah Sepang Tahun 2025. Pertandingan akan diadakan pada 7 Mei 2025 (Rabu). Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Kalam Arabiy dan Daíe Cilik. Semoga program ini dapat dijalankan dengan baik, lancar dan tercapai objektifnya.





Share:

MAJLIS PELANCARAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ) 2025

MAJLIS PELANCARAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH  2025

TARIKH : 28 APRIL 2025

HARI : ISNIN

MASA  : 7.30 - 9.00 PAGI

TEMPAT  : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Majlis pelancaran Kelab Pencegahan Jenayah SKTPP2 telah diadakan pada 28 April 2025 bertempat di Dataran Perhimpunan. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Sarjan Puwaneswaran A/L Margaya dari Cawangan Jsj Ipd Sepang dan turut dihadiri oleh Sarjan Danny Kapung dari Balai Polis Putra Perdana. Majlis diserikan lagi dengan gimik lakonan pendek oleh murid-murid, simbolik penyarungan vest kepada wakil pengawas KPJ tahun 4, 5 dan 6. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan acara memotong riben sudut info KPJ yang memaparkan maklumat pengurusan dan aktiviti-aktiviti berkaitan kelab.

Semoga dengan ini, matlamat penubuhan KPJ iaitu membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka dapat direalisasikan. Akhir kata, adalah diharapkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah dapat diwujudkan.






































Share:

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2025 (SESI PAGI)

 

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH  2025

TARIKH : 18 APRIL 2025

HARI : JUMAAT

MASA  : 7.30 PAGI – 12.00 TENGAH HARI ( SESI PAGI)

TEMPAT  : SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 

SKTPP2 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah dengan penuh meriah dan warna-warni. Setelah tamat bacaan Yassin, murid-murid berkumpul di Dewan Ad-Din untuk aktiviti seterusnya. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Mohd Shafie bin Muhammad dan ucapan dari Tuan Guru Besar Encik Fakhruddin Bin Baharum. Majlis sambutan hari raya dihiasai lagi dengan acara dewan iaitu persembahan lagu-lagu raya dari murid-murid. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan jamuan hari raya yang bermula jam 9.30 pagi. Pelbagai juadah hari raya telah dihidangkan di setiap kelas. Murid-murid dan guru-guru dapat berkumpul dan mengambil gambar bersama-sama sambil menikmati juadah yang dihidangkan. Semoga dengan adanya majlis seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim di antara semua guru dan murid di sekolah.

















          

             
              














Share:

MAJLIS SAMBUTAN BADI EAYA AIDILFITRI

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pihak sekolah akan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 18 April 2025. Murid-murid dialu-alukan untuk membawa sumbangan potluck untuk dikongsi bersama.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan bBatin. Semoga sambutan ini mengeratkan silaturahim antara kita semua.

Terima kasih.


Share:

MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADAN - MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN AIDILFITRI 2025/1446H

MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADAN -  MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN SUMBANGAN AIDILFITRI

TARIKH: 27 MAC 2025

MASA: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT: DEWAN TERBUKA SKTPP2

PENGLIBATAN: SEMUA WARGA SEKOLAH BERAGAMA ISLAM




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 27 Mac 2025 bersamaan 26 Ramadan 1446H satu program yang dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam iaitu Majlis Penutupan Ihya Ramadan, Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Ramadan telah dijalankan.

Program ini telah berlangsung di dewan terbuka dan melibatkan murid-murid sesi petang. Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Zakee bin Abdullah Zawawi. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Penyelaras Program iaitu Ustazah Juslinda binti Bakar. Selesai ucapan daripada Penyelaras Program, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Guru Besar, Encik Fakhruddin bin Baharum.

Atur cara majlis diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Mazwan bin Muhammad bersama dengan 22 orang murid. Khalifah khatam dan murid-murid mengalunkan bacaan dan seterusnya penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh Penolong Kanan Petang, Puan Tanti Idayu binti Ab Karim kepada khalifah khatam dan murid-murid khatam Al-Quran.

Majlis beranjak maju dengan penyampaian Sumbangan Ramadan kepada murid-murid kurang berkemampuan dan anak yatim sekolah hasil daripada kutipan derma seluruh warga sekolah sepanjang bulan Ramadan. Semoga sumbangan ini dapat memberikan sedikit keceriaan kepada murid-murid berkenaan.

Majlis bertambah meriah apabila guru dan murid dipertontonkan dengan persembahan nyanyian berkumpulan daripada murid-murid tahun 2 dan 3. Majlis ini dengan jayanya berakhir tepat jam 5.00 petang.

Sekian, terima kasih. 


Lensa sekitar program:









Share:

LAPORAN AKTIVITI MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN : SERONOKNYA HADIR KE SEKOLAH (SESI PETANG)

    Sepanjang minggu pertama persekolahan bermula pada 17 Februari 2025 sehingga 21 Februari 2025, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan untuk memastikan murid-murid merasa seronok dan teruja untuk kembali ke sekolah. Matlamat utama aktiviti ini adalah untuk mencipta suasana positif dan menyeronokkan agar murid dapat menyesuaikan diri dengan mudah dan semangat untuk memulakan tahun persekolahan yang baru. Aktiviti pada minggu pertama persekolahan ini merupakan aktiviti yang telah dirancang oleh panitia dan unit yang terlibat. 



JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI SEPANJANG MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN 





AKTIVITI SENAMROBIK OLEH 
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN






AKTIVITI MEMBUAT KAD SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
 OLEH PANITIA BAHASA MELAYU






AKTIVITI MELODI KITAR SEMULA OLEH PANITIA PENDIDIKAN MUZIK





AKTIVITI JOM DISIPLIN OLEH UNIT DISIPLIN






AKTIVITI FIRST DAY FEELINGS OLEH UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING






AKTIVITI MEMBUAT MENARA STRAW OLEH PANITIA SAINS






AKTIVITI MEMBUAT SIFIR ARTISTRY OLEH PANITIA MATEMATIK







AKTIVITI BONEKA MELOMPAT OLEH PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL






AKTIVITI KERANA DIRIKU BEGITU BERHARGA OLEH PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts