JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

AKTIVITI PENGAKAP SKTPP2 – Tahun 3 & 4














20 Julai 2011 – Kemahiran memasak adalah sangat penting tidak mengira jantina. Memasak adalah salah satu kemahiran yang perlu dipelajari oleh ahli pengakap. Sebagai permulaan, Pasukan Pengakap SKTPP2 (Tahun 3 & 4) telah menjalankan aktiviti memasak di padang sekolah.

Aktiviti ini adalah di bawah pemantauan dan nasihat guru penasihat pengakap. Tujuannya adalah untuk mendedahkan pengalaman memasak yang ringkas kepada ahli. Ia juga bertujuan menyemai semangat kerjasama, tolak ansur, gotong royong dan tanggungjawab di kalangan ahli pengakap.

Ahli pengakap telah membawa peralatan asas seperti periuk kecil, sudu dan mangkuk plastik serta bahan untuk dimasak iaitu mee maggi. Ada juga yang membawa telur dan sayur. Mereka turut membawa ranting kayu. Guru pula telah menyediakan Mess Tin bagi murid yang tidak membawa periuk kecil.

Taklimat ringkas mengenai tujuan aktiviti ini diadakan turut diberikan sebelum ahli bergerak ke dalam kumpulan memasak masing-masing. Mereka juga telah diingatkan tentang langkah-langkah keselamatan semasa aktiviti memasak dijalankan. Mereka juga mesti membersihkan kawasan memasak selepas aktiviti memasak berakhir.

Kelihatan ahli pengakap gembira apabila berjaya memasak dan mereka saling berkongsi makanan dimasak antara satu sama lain.

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts