JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Makluman Penting/ Tambahan Berkaitan Sekolah.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
Dimaklumkan bahawa perkara - perkara di bawah adalah untuk makluman dan panduan ibu bapa.

1) WAKTU KETIBAAN SEMUA MURID
1.1  Sesi pagi     - Waktu tiba di sekolah sebelum atau pada 7.20 pagi kerana
                            waktu pengajaran dan pembelajaran akan bermula 7.30 pagi.
1.2  Sesi petang - Bagi tahun 4
                            Isnin dan Selasa:
                            ( Waktu tiba - 12.50 tengah hari) ( Waktu masuk - 1.00 petang)
                            Rabu dan Khamis:
                            ( Waktu tiba - 12.20 tengah hari) (Waktu masuk - 12.30 petang)
                            Jumaat :
                            (Waktu tiba - 1.50 petang) (Waktu masuk - 2.00 petang)
                            Bagi Tahun 3 &2
                            Isnin hingga Khamis:
                            (Waktu tiba - 12.50 tengah hari) (Waktu masuk - 1.00 petang)
                            Jumaat:
                            ( Waktu tiba - 1.50 petang) (Waktu masuk - 2.00 petang)

2) KELAS TASMEK
2.1   Sepanjang bulan puasa, Kelas Tasmek akan diadakan seperti biasa bagi murid sesi pagi dan sesi petang kecuali pada hari - hari peperiksaan (Ujian Bulanan, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun).

3)KEMUDAHAN TELEFON AWAM
3.1  Terdapat pemasangan telefon awam yang baru terletak di Lobi (Aras Bawah) untuk kegunaan murid pada waktu kecemasan. Kerjasama ibu bapa untuk membekalkan anak dengan wang kecil (syiling) bagi memudahkan murid menggunakan telefon awam.

4) WAKTU OPERASI PEJABAT
4.1 Isnin - Jumaat ( 8.00 pagi - 5.00 petang) Rehat (1.00 petang - 2.00 petang)
      Waktu Rehat Hari Jumaat (12.15 - tengah hari - 2.45 patang)
4.2 Sepanjang bulan puasa waktu operasi seperti ketetapan berikut:
      Isnin - Jumaat ( 8.00 pagi - 4.00 petang)
      Waktu Rehat hari Jumaat (12.15 tengah hari - 1.15 petang)

5) CUTI AM SEMPENA HARI NUZUL AL-QURAN
5.1  Semua murid akan bercuti pada 17 Ogos 2011 (Rabu) dan bersekolah seperti biasa
       pada 18 Ogos 2011 (Khamis)

6) CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
6.1  Semua murid akan bercuti mulai 27 Ogos 2011 sehingga 4 September 2011
6.2  Sekolah akan dibuka seperti biasa pada 5 September 2011 (Isnin)

Makluman di atas diharap dapat melancarkan lagi pengurusan sekolah anak - anak Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan. Pihak sekolah juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts