JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN 2012_RM 100.00


Assalamualaikum,


Kepada ibu bapa/penjaga yang dihormati.

Adalah dimaklumkan bahawa masih terdapat wang bantuan khas persekolahan dari kerajaan yang belum dituntut oleh ibu bapa/penjaga murid-murid sekolah ini. Pihak sekolah amat berharap agar ibu bapa/penjaga dapat menuntut dari pihak sekolah dengan kadar segera sebelum tutup pada 15.12.2011... untuk tujuan pengurusan akaun sekolah. Tuan/puan ibu bapa/penjaga yang masih belum berkesempatan untuk menuntut bantuan, boleh berbuat demikian mulai 1.1.2012 hingga 25.3.2012 di pejabat sekolah.

Sila bawa bersama
a) Surat Beranak/Sijil Lahir anak
b) Kad Pengenalan Ibu Bapa/Penjaga yang menuntut


Kerjasama tuan/puan ibu bapa/penjaga amat kami alu-alukan dan kami dahului dengan ucapan ribuan  terima kasih.

Md Zohri bin Saluki
SK Taman Putra Perdana 2,
Puchong Selangor.

Share:

4 comments:

usop said...

Bagaimana pula bg tahun 1 2012.... bila ibu bapa bole tuntut? tq

Shahril said...

Sayapn bertanya hal yg sama seperti diutarakn oleh En Usop.

Kenapa tidak wang RM100 diberi semasa Hari Orientasi semalam (27 Dis 2011). Adakah ianya akan diberikan semasa hari pertama persekolahan 4 Jan 2012 nanti.

Minta penjelasan dari pihak pentadbiran sekolah.

Kerjasama pihak tuan saya dahului ucapan terima kasih

BBA9228 SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 said...

Bantuan khas persekolahan untuk tahun 1 2012 akan dibayar mulai bulan Februari 2012.

Hazerul said...

Salam,

Maaf saya terlepas pandang maklumat ini. Anak saya tahun 1 2012. Adakah sekarang saya boleh ke sekolah untuk menuntut bantuan RM100 tersebut? memandangkan sekarang tarikh tuntutan masih belum tamat? Urusan tuntutan dibuat di pejabat sekolah atau dengan guru kelas anak masing2?

Minta pihak tuan beri maklum balas, sekian terima kasih.

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts