Tuesday, January 31, 2012

PERATURAN UNIT PENILAIAN & PEPERIKSAAN

PERATURAN UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
( UJIAN DAN PEPERIKSAAN)

PANDUAN GURU
_____________________________


1. Jarakkan kedudukan meja pelajar sehari sebelum peperiksaanbermula.

2. Pastikan semua fail , buku dan beg pelajar diletakkan di belakang atau hadapan bilik darjah. Ruangan sudut mata pelajaran dan pembelajaran akses kendiri di dalam kelas hendaklah di tutup dengan surat khabar terpakai.

3. Meniru semasa peperiksaan merupakan kesalahan serius. Tindakan yang tegas akan diambil. Markah sifar akan diberi kepada pelajar meniru, cuba meniru serta pelajar yang bersubahat. Tindakan disiplin juga akan diambil .

4. Pelajar-pelajar mesti berada di dalam bilik darjah sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari masa permulaan peperiksaan.

5. Jika guru yang mengawas lewat sampai, menjadi tanggungjawab ketua darjah untuk memaklumkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran atau Penolong Kanan Petang.

6. Pelajar tidak dibenarkan meminjam alat tulis daripada pelajar lain semasa peperiksaan sedang berlangsung terutama subjek seni.

7. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari bilik peperiksaan. Mereka dibenarkan pergi tandas jika benar-benar perlu buat demikian.

8. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan bilik peperiksaan sebelum masa peperiksaan tamat.


9.Pelajar hanya dibenarkan keluar dari bilik peperiksaan selepas guru yang mengawas berpuas hati semua kertas jawapan dan bahan peperiksaan telah dikutip dan bilangannya dikira betul.


10.BilikPenyimpanan Kertas Soalan diisytiharkan sebagai KAWASAN LARANGAN semua pelajar tidak dibenarkan mengambil kertas soalan peperiksaan di bilik tersebut walaupun arahan guru.

11.Pelajar yang TIDAK HADIR untuk ujian/peperiksaan atas permintaan sendiri atau atas sebab di luar kawalannya, boleh dibenarkan menduduki sekiranya tidak lebih dari 3 hari dan markah peperiksaan akan diberi kepada kertas-kertas yang tidak didudukinya,selepas ujian / peperiksaan diadakan tetapi lebih dari 3 hari markah peperiksaan tidak akan diambil sebagai markah ujian / peperiksaan tetapi dianggap sebagai LATIHAN sahaja. Pelajar yang tidak hadir pada hari peperiksaan kerana mewakili sekolah dibenarkan mengambil peperiksaan pada masa lain dan markah akan direkodkan. Pelajar yang tidak hadir untuk salah satu kertas dianggap tidak hadir untuk kertas tersebut.

12.Kertas tulis untuk jawapan, kertas lukisan dan kertas objektif akan disediakan oleh pihak sekolah untuk setiap ujian atau peperiksaan dan peperiksaan percubaan.

13.Setiap kelas akan diberikan satu salinan jadual peperiksaan dan jadual tersebut hendaklah ditampal di papan notis kelas sepanjang masa peperiksaan berlangsung .

14. Semasa ujian / peperiksaan berlangsung tidak ada perhimpunan sekolah.

15.Pelajar mesti datang dan balik mengikut masa persekolahan biasa. Pelajar tidak boleh datanglewat walaupun tiada peperiksaan atau balik awal walaupun kertas peperiksaan sudah tamat.


PERATURAN UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
( UJIAN DAN PEPERIKSAAN)

PANDUAN KELAS
__________________________

Semua pelajar dinasihati supaya membaca dan mematuhi semua arahan dan amaran ini:


1. Pelajar diingatkan bahawa kertas soalan diperingatkan sebagai sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972. Kertas soalan tidak boleh dimiliki oleh mana-mana orang / pihak untuk apa-apa tujuan sekalipun. Sesiapa sahaja memiliki kertas soalan tersebut sama ada dalam bentuk asal atau salinan adalah melanggar peraturan keselamatan seperti yang terkandung dalam Akta Rahsia Rasmi 1972. Kertas soalan tersebut diperingatkan sulit sehinggalah ujian / peperiksaan tersebut tamat dan diklasifikasikan sebagai tidak sulit.


2. Pelajar hendaklah berada di tempat duduk pada masa yang ditetapkan semasa ujian / peperiksaan. Jika tiba lewat, nyatakan sebab munasabah kepada guru yang mengawasi ujian / peperiksaan. Masa tambahan akan diberikan.


3. Tulis nama , darjah dan mata pelajaran dengan jelas pada kertas jawapan, kertas lukisan yang digunakan.


4. Apabila pelajar diminta berhenti menulis, patuhi arahan dan susun kertas jawapan mengikut tertib susunan yang betul. Pastikan telah menulis nama, darjah dan mata pelajaran dengan betul pada kertas jawapan.


5. Jangan dedahkan kertas jawapan anda sehingga boleh dibaca oleh calon lain.


6. Jangan meniru atau memberi peluang meniru kepada calon lain.


7. Jangan memberi atau mendapatkan pertolongan atau melakukan sebarang perbuatan tidak jujur.


8. Jangan bawa masuk ke dalam tempat ujian / peperiksaan sebarang buku, nota, catatan, akhbar, kertas kecuali alat tambahan yang dibenarkan dibawa masuk untuk kegunaan semasa ujian / peperiksaan.


9. Pelajar hendaklah membawa peralatan dan bahan yang diperlukan bagi setiap mata pelajaran sendiri . Tidak dibenarkan meminjam atau memberi pinjam sebarang peralatan sewaktu ujian/ peperiksaan sedang dijalankan.


10. Jangan tukar tempat duduk yang telah diperuntukan kepada pelajar tanpa kebenaran guru pengawas.


11. Jangan menggangu ketenteraman atau melakukan kekacauan di dalam atau berhampiran tempat ujian peperiksaan semasa ujian / peperiksaan sedang dijalankan.


12. Pelajar yang melanggar mana-mana amaran di atas boleh dikenakan tindakan yang setimpal sebahagian atau semua yang berikut:
· Disingkirkan daripada mengambil ujian / peperiksaan.
· Dilarang meneruskan ujian / peperiksaan bagi semua kertas selanjutnya.
· Dibatalkan keputusan mata pelajaran atau keseluruhan keputusan ujian / peperiksaan.


Arahan kertas jawapan
1. Hanya dibenarkan menggunakan pensel untuk menjawab solan. Markah tidak akan diberi sekiranya pelajar gagal mematuhi arahan.


2. Gunakan pemadam untuk memadamkan tanda jawapan yang tidak dikehendaki. Pemadam jenis cecair / kimia atau seumpamanya tidak boleh digunakan.


Arahan kertas jawapan ( objektif aneka pilihan, OMR )


1. Gunakan pensel 2B sahaja.


2. Kertas jawapan objektif (OMR) hendaklah dilengkapkan dengan maklumat nama, tingkatan dan mata pelajaran di tempat yang disediakan dan hitamkan di ruangan yang berkenaan.


3. Gunakan pemadam sahaja untuk memadamkan tanda jawapan yang tidak dihendaki. Pastikan tidak ada kesan pensel di tempat yang dipadamkan itu. Pemadam jenis cecair / kimia atau seumpamanya tidak boleh digunakan.Jangan buat lubang atau apa-apa tanda yang tidak dikehendaki di atas kertas jawapan.


4. Jangan buat lubang atau apa-apa tanda yang tidak dikehendaki di atas kertas jawapan.


0 comments:

Post a Comment