JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1-2012

SKTPP2 mengucapkan selamat datang kepada murid-murid Tahun 1.

Program Transisi Tahun 1 SKTPP2 akan diadakan bermula dari 4 Januari - 13 Januari. Murid-murid diminta membawa sebuah buku tulis, buku komunikasi dan alat tulis sahaja sepanjang minggu Program Transisi ini.

Untuk makluman ibu bapa / penjaga dan murid, jadual kelas akan diedarkan kepada murid pada akhir Program Transisi nanti.

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Dengan itu, adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah.

Pada hari pertama persekolahan iaitu 4 Januari, majlis Pembukaan Program Transisi diadakan seperti berikut :

1. Murid berkumpul di Dewan Terbuka mengikut kelas masing-masing.
2. Bacaan Doa
3. Ucapan alu-aluan oleh Pen. Kanan Petang, Pn. Norlela binti Hashim.
3. Taklimat Disiplin oleh En. Lukman bin Abdullah selaku guru disiplin.
4. Murid-murid beredar ke kelas diiringi guru kelas untuk program-program di dalam kelas.
Berikut beberapa paparan gambar yang sempat dirakam pada majlis Pembukaan Program Transisi Tahun 1.

















En. Lukman bin Abdullah memberi Taklimat Disiplin.















Wajah-wajah murid Tahun 1 SKTPP2 2012.
Share:

4 comments:

Shahril said...

Akm...

saya ingin bertanya bilakah bantuan RM100 bagi tahun 1 2012 akan diberikan.

Terima kasih

BBA9228 SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 said...

Assalamualaikum,

En. Shahril,
Permohonan telah dibuat oleh pihak sekolah ke Kementerian.
Sedang menunggu peruntukan bantuan untuk tahun 1, akan dimaklumkan dengan kadar segera sekiranya pihak sekolah telah menerima peruntukan tersebut.

Sekian dan terima kasih.

GB
SKTPP2

Radhass Engineering said...

bila pendaftaran murid tahun satu 2013 boleh di buat,melalui online atau terus ke sekolah.. adakah saya terlewat

orgkapak said...

Skrg dah 2014. Berita dan gambar mengenai program tarnsisi 2014 tak ada ke?

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts