JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAJLIS PERASMIAN MINGGU NILAM 2013

Pada 11 Mac 2013 bersamaan hari isnin yang lalu, SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP2) telah mengadakan Majlis Pelancaran Minggu Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca) bagi tahun 2013. Majlis ini  telah dirasmikan oleh Pn. Siti Hanim bt Sungit (PK Pentadbiran). Program Minggu Nilam ini bermula pada 11 Mac 2013 dan berakhir pada 15 Mac 2013.

Rasional :-
Membina budaya ilmu dalam masyarakat melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Untuk mencipta budaya ilmu perlu menjana idea serta pendekatan terancang bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih sistematik, terancang, lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan ke arah pembentukan insan yang seimbang.

Matlamat :-
Membina tabiat membaca di kalangan murid.

Objektif:-
Menjadikan murid banyak membaca.
Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Pertandingan / Aktiviti yang dijalankan :-

Prasekolah
  • Pertandingan mewarna (BM & BI)
Tahun 1
  • Mewarna (BM)
  • Cari perkataan tersembunyi (BI)
Tahun 2
  • Pertandingan bercerita (BM & BI)
  •  Teka Silang Kata (BM & BI)
Tahun 3
  • Pertandingan bercerita (BM & BI)
  • Pertandingan Tulisan Cantik (BM & BI)
Tahun 4
  • Pertandingan Puisi (BM & BI)
  • Pertandingan Tulisan Cantik (BM & BI)
Tahun 5
  • Pertandingan Puisi (BM & BI )
  • Pertandingan Tulisan Berangkai (BM & BI)
Tahun 6
  • Pertandingan Puisi (BM & BI)
  • Pertandingan Tulisan Berangkai BM & BI)
Terbuka
  • Pertandingan melukis poster tahap 1 & 2 (Tajuk: Membaca Amalan Mulia0
  • Pertandingan Ulat Buku ( Tahun 3 dan Tahun 6 antara kelas)
  • Meneka bilangan muka surat
  • Pertandingan cepat baca (LINUS)

Atur cara Majlis Sesi Pagi

7.30: Murid berkumpul di tapak
         perhimpunan.
7.35: Ucapan Guru bertugas.
7.45: Ucapan Penyelaras Majlis.
7.50: Ucapan Perasmian.
7.55: Persembahan murid.
8.15: Program 5 minit membaca buku
8.30: Majlis bersurai.

 Atur cara Majlis Sesi Petang

5.40: Murid berkumpul di tapak
         perhimpunan.
5.50: Ucapan Guru bertugas.
6.00: Ucapan Penyelaras Majlis.
6.10: Ucapan Perasmian.
6.20: Persembahan murid.
6.35: Program 5 minit membaca buku
6.40: Majlis bersurai.









Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts