Thursday, April 25, 2013

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 MURID TAHUN 1 2013


Kepada,

IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHUN 1
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

Y.Bhg.Dato / Datin / Tuan / Puan,

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 MURID TAHUN 1 2013

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.      Adalah dimaklumkan bahawa semua murid Tahun 1 2013 akan menerima bantuan khas awal persekolahan sesi 2013 sebanyak RM100 seorang. Bantuan akan diserahkan kepada ibu bapa/ penjaga pada ketetapan berikut :

          Tarikh                  :         30 April 2013 (Selasa)
          Masa                   :         11.30 pagi hingga 1.00 petang
          Tempat               :         Lobi  SK Taman Putra Perdana 2        

3.      Pihak sekolah berharap semua ibu bapa/ penjaga dapat menghadirkan diri mengikut ketetapan seperti di atas bagi melancarkan proses pengagihan bantuan tersebut. Sila bawa salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga dan salinan surat beranak anak.

Sekian untuk makluman dan terima kasih.

No comments:

Post a Comment