Pada hari Khamis, 3 Oktober 2013, sesi latihan kecemasan dan kebakaran 'Fire Drill'
telah diadakan di padang SK Taman Putra Perdana 2. Latihan keselamatan ini
merupakan salah satu tentatif tahunan yang dikelolakan oleh Unit Keselamatan di
bawah bidang kuasa Guru Penolong Kanan HEM. Latihan ini dijalankan pada
kedua-dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan petang.
TARIKH
|
3 Oktober 2013
|
MASA
|
11.00 pagi ( murid sesi pagi )
5.00 petang ( murid sesi petang )
|
TEMPAT
|
Semua kawasan sekolah
|
TERAJU
|
Ustaz Muhd Nawawi bin Kandar
Penyelaras Program Keselamatan Kebakaran
|
OBJEKTIF
LATIHAN
1.
Memberi
latihan persediaan menghadapi situasi sebenar jika kebakaran berlaku di sekolah
supaya cepat dan tangkas bertindak serta operasi menyelamat mangsa yang
terperangkap.
2.
Untuk mempertingkatkan kefahaman
dan kemahiran setiap individu yang merupakan warga sekolah kebangsaan telok
jamat mengenai bahaya kebakaran dan cara-cara
bertindak dengan cepat, tepat dan betul semasa kebakaran dari
peringkat permulaan hingga keadaan diisytihar selamat.
3.
Menyatakan bagaimana kebakaran
boleh berlaku dan bahaya-bahaya yang mungkin akan timbul.
4.
Mengenal pasti kelemahan–kelemahan yang ada dan mengambil langkah- langkah penambahbaikan bagi
mempertingkatkan keselamatan fasiliti-fasiliti yang sedia
ada,prosedur dan keyakinan individu serta organisasi semasa latihan.
5.
Menerangkan tatacara menyelamatkan
diri ketika kebakaran.
6.
Memastikan semua warga sekolah
dalam keadaan selamat.
Perlaksanaan program :
-
Loceng panjang dibunyikan ( amaran berlaku kebakaran ).
-
Semua murid dan warga sekolah bergegas berkumpul di padang
sekolah.
-
Murid beratur mengikut kelas masing-masing.
-
Guru kelas menyemak bilangan murid.
-
Guru kelas memberi laporan bilangan murid kepada Guru Penyelaras
Kebakaran.
-
Taklimat ringkas keselamatan kebakaran oleh GPK HEM, En. Mior
Hussin.
-
Aksi gimik melibatkan mangsa kebakaran ( lakonan ).
-
Penerangan penutup dan ulasan keseluruhan oleh Guru Besar, En.
Kamsani b. Sahlan.
Diharapkan
sesi latihan ini dapat dimaafaatkan oleh warga SKTPP2 untuk menghadapi setuasi
sebenar jika berlaku sama ada di sekolah atau di rumah serta di mana sahaja.
Semua murid, guru dan warga sekolah bergegas ke padang dengan
teratur.
Lakonan gimik oleh mangsa kebakaran.
No comments:
Post a Comment