Pada hari Isnin bersamaan 24/2/2014 yang lalu, Pusat Sumber
Sekolah telah mengadakan perasmian Minggu Pembugaran NILAM bagi tahun 2014.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Siti Hanim Bt Sungit (Penolong Kanan
Pentadbiran) bagi sesi pagi dan sesi petang di rasmikan oleh Puan Norlela Bt
Hashim (Penolong Kanan Petang). Minggu NILAM ini dijalankan selama seminggu
bermula 24/2/2014(Isnin) hingga 28/2/2014 (Jumaat).
Rasional :-
Membina budaya ilmu
dalam masyarakat melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Untuk mencipta
budaya ilmu perlu menjana idea serta pendekatan terancang bagi melaksanakan
program galakan membaca yang lebih sistematik, terancang, lebih berkesan dan
dapat dijalankan secara berterusan ke arah pembentukan insan yang seimbang.
Matlamat :-
Membina tabiat
membaca di kalangan murid.
Objektif:-
Menjadikan murid
banyak membaca.
Menggalakkan sekolah
terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Pertandingan /
Aktiviti yang dijalankan :-
Prasekolah
- Pertandingan
mewarna (BM & BI)
Tahun
1
- Mewarna (BM)
- Cari perkataan
tersembunyi (BI)
Tahun
2
- Pertandingan
bercerita (BM & BI)
- Teka
Silang Kata (BM & BI)
Tahun
3
- Pertandingan
bercerita (BM & BI)
- Pertandingan
Tulisan Cantik (BM & BI)
Tahun
4
- Pertandingan
Puisi (BM & BI)
- Pertandingan
Tulisan Cantik (BM & BI)
Tahun
5
- Pertandingan
Puisi (BM & BI )
- Pertandingan
Tulisan Berangkai (BM & BI)
Tahun
6
- Pertandingan
Puisi (BM & BI)
- Pertandingan
Tulisan Berangkai BM & BI)
Terbuka
- Pertandingan
melukis poster tahap 1 & 2 (Tajuk: Membaca Amalan Mulia0
- Pertandingan
Ulat Buku ( Tahun 3 dan Tahun 6 antara kelas)
- Meneka bilangan
muka surat
- Pertandingan
cepat baca (LINUS)
Atur cara Majlis Sesi Pagi
7.30: Murid berkumpul di tapak
perhimpunan.
7.35: Ucapan Guru bertugas.
7.45: Ucapan Penyelaras Majlis.
7.50: Ucapan Perasmian.
7.55: Persembahan murid.
8.15: Program 5 minit membaca buku
8.30: Majlis bersurai.
Atur cara Majlis Sesi Petang
5.10: Murid berkumpul di tapak
perhimpunan.
5.20: Ucapan Guru bertugas.
5.30: Ucapan Penyelaras Majlis.
5.40: Ucapan Perasmian.
5.45: Persembahan murid.
6.05: Program 5 minit membaca buku
6.10: Majlis bersurai.
No comments:
Post a Comment