Monday, September 8, 2014

MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2014

TARIKH             :  5 SEPTEMBER 2014

HARI                 :  JUMAAT

MASA              :  7.30  -10.30 PAGI

TEMPAT :   DEWAN TERBUKA SKTPP2

Majlis ini telah diadakan dengan objektif seperti berikut:

· Memberi restu ilmu  kepada semua calon UPSR 2014 sebelum menghadapi UPSR.

· Memberi suntikan semangat agar mereka lebih bermotivasi untuk berusaha sehabis

  baik di saat - saat akhir sebelum peperiksaan bermula.

· Memohon keredhaan daripada Allah s.w.t. agar semua murid diberi ilham semasa

  menjawab soalan   peperiksaan kelak.

· Mendoakan semua calon UPSR agar dapat mencapai keputusan yang cemerlang.

 
Beberapa pengisian seperti bacaan Yassin, motivasi pagi, penyampaian set alat tulis, menyuap pulut kuning dan mohon restu salam kasih telah dapat dilaksanakan dengan lancar. Semoga murid-murid Tahun 6 SKTPP2 mendapat manfaat daripada majlis ini

   

Ucapan oleh Guru Besar SKTPP2                   Bacaan doa oleh Ustaz Rosmadi                Motivasi Pagi oleh Ustaz Razis
En. Kamsani bin Sahlan

 


 
Penyampaian set alat tulis kepada setiap ketua kelas
 
 


 
 Guru-guru Tahun 6 menyuap pulut kuning kepada calon-calon UPSR 2014
 


 
Acara mohon restu dan salam kasih
 

No comments:

Post a Comment