SEKOLAH SENI MALAYSIA
LATAR BELAKANG
Peranan seni dalam mewujudkan masyarakat dan negara yang bertaraf tinggi atau bertamadun telah diakui dan diiktiraf oleh negara. Seni merupakan manifestasi tamadun kehidupan sesebuah negara. Teater, Seni Tari, Muzik, Seni Halus, Sinematografi, Seni Halus dan sebagainya adalah prinsip asas yang diamalkan dalam seni dan pelengkap kepada kehidupan berkualiti. Semua negara maju di dunia menegaskan tentang pentingnya latihan dan galakan seni sama ada melalui latihan formal mahupun galakan lain di kalangan masyarakatnya. Pencapaian, kualiti serta kemudahan untuk kegiatan kesenian sering dikaitkan dengan taraf hidup dan turut dijadikan salah satu daripada kayu pengukur antarabangsa dalam penentuan tahap kemajuan sesebuah negara. Pada masa ini peranan seni telah diterima sebagai salah satu daripada elemen pembangunan negara yang berkemampuan menjana kehidupan yang berkualiti. Melalui latihan seni yang berteraskan pendidikan sesuatu masyarakat akan mampu menjelmakan modal insan yang berhemah dan bertamadun. Perkara ini telah diinsafi oleh pelbagai pihak dan melalui jentera kerajaan, mereka telah pun mengambil tindakan dalam bidang kuasa masing-masing.
Pelaksanaan program seni yang berkualiti tidak dapat dijayakan dengan hanya membiarkan program tersebut berjalan sendirian di sekolah-sekolah sahaja. Seni, seperti juga program pembangunan yang lainnya, perlu dibimbing, dipupuk dan dirancang secara tersusun melalui program asuhan, bimbingan dan latihan. Pencapaian cemerlang bakat seni yang tinggi di persada antarabangsa adalah satu tuntutan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen oleh semua pihak yang berkaitan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggembling tenaga dan membuat perancangan selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan serta Bab 23 Buku Rancangan Malaysia Kesembilan berkaitan dengan Memperkayakan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang lengkap, unggul dan prihatin terhadap seni. Pelbagai program yang meliputi bimbingan, asuhan dan latihan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah sejajar dengan perkembangan dalam pembangunan pendidikan yang berorientasikan kepelbagaian kemahiran dan kecerdasan supaya generasi hari ini akan lebih berupaya menghadapi realiti dunia pekerjaan yang persaingannya sangat sengit dan mencabar.
Hasrat murni KPM untuk mendaulatkan Pendidikan Kesenian di sekolah adalah selaras dengan Misi dan Visi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) ke arah melahirkan bangsa Malaysia yang kaya dengan budaya warisan dan kesenian yang luhur dan beridentiti.
KPM telah melaksanakan aktiviti kesenian dalam program seperti berikut:
- Kesenian Dalam Pengajaran Pembelajaran,
- Kesenian Dalam Kokurikulum,
- Latihan Guru Pendidikan,
- Latihan Jurulatih Eksekutif Sekolah,
- Program Apresiasi Seni,
- Program Pengantarabangsaan Kesenian.
Walau bagaimanapun, KPM berpandangan bahawa usaha ini masih belum mencapai hasrat dan niche untuk menjurus dan membantu murid-murid memperkasakan budaya dan mengukuhkan identiti bangsa Malaysia kerana sistem pendidikan negara kita perlu menyeluruh dan ia bukan semata-mata berkisar kepada akademik semata-mata. Malahan untuk mencapai pengisian negara maju, sistem pendidikan mestilah menghasilkan masyarakat yang mengikut acuan, budaya serta bahasanya sendiri.
Menyedari hakikat tersebut, sudah sampai masa dan ketikanya KPM menubuhkan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) yang akan memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni seperti Muzik, Tari, Teater atau Seni Visual.
KONSEP SEKOLAH SENI MALAYSIA (SSeM)
Definisi Sekolah Seni Malaysia
Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.
Falsafah Sekolah Seni Malaysia
Suatu usaha membangunkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui pendidikan kesenian yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik. Usaha ini adalah bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berkeperibadian mulia dalam mengamalkan budaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia.
Visi
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia.
Misi
- Memupuk bakat dan mengembangkan potensi kesenian di kalangan murid.
- Menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti kesenian.
- Mewujudkan kerjasama dengan pelbagai institusi dan penggiat seni.
Objektif
- Melahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.
- Melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang kesenian.
- Menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di peringkat antarabangsa.
- Melahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.
- Melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Kemudahan yang disediakan di SSeM adalah berkonsepkan sebuah sekolah berasrama penuh. Kemudahan-kemudahan ini membolehkan murid-murid menjalani proses pengajaran dan pembelajaran akademik, latihan kesenian dan kebudayaan, serta aktiviti kokurikulum dan riadah secara berjadual dan terancang. Secara dasar, kemudahan fizikal SSeM adalah merangkumi perkara-perkara yang berikut:
- Bangunan dan Kemudahan Asas;
- Bangunan Kompleks Seni (Studio Kesenian);
- Peralatan; dan
- Lanskap dan Persekitaran.
Bangunan dan kemudahan asas di SSeM memerlukan bangunan dan kemudahan asas yang bercirikan reka bentuk menarik dan persekitaran yang kondusif bagi murid-murid membangunkan bakat mereka dalam bidang seni, selain daripada pembelajaran akademik. Kemudahan-kemudahan ini merangkumi:
- Blok Akademik;
- Blok Makmal:
- Makmal Sains;
- Makmal Komputer;
- Makmal Bahasa;
- Blok Asrama – Lelaki dan Perempuan;
- Rumah Kediaman Guru dan Staf Sokongan;
- Dewan Makan; dan
- Padang dan Gelanggang Sukan.
- Bas dan Coaster.
Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Kompleks Seni adalah bagi tujuan persembahan hasil kerja murid, sama ada bagi maksud penilaian, mahupun persembahan apresiasi seni di peringkat sekolah. Kompleks Seni merangkumi kemudahan-kemudahan yang berikut:
- Dewan Eksperimen/Auditorium (Persembahan);
- Muzikal;
- Teater;
- Tarian;
- Dewan Pameran / Galeri Seni
- Seni Visual;
- Reka Bentuk;
- Filem;
- Video;
- Rakaman;
- Penyuntingan;
- Adunan;
- Bilik Tayangan;
- Studio Mini;
- Studio Tarian.
- Studio Teater
- Studio Muzik
Peralatan sokongan kesenian adalah merangkumi kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang berteraskan peralatan moden sesuai dengan pembangunan dan perkembangan dalam dunia seni, teknologi dan kehidupan sosial semasa. Antaranya;
- Kemudahan ICT;
- Alat Penggambaran;
- Alat Siaraya;
- Kostum dan Prop;
- Alat Pencahayaan;
- Peralatan Seni Lukis;
- Peralatan Seni Muzik;
- Peralatan Tata Hias.
Lanskap dan persekitaran di SSeM sewajarnya mempunyai ciri-ciri yang kondusif dan lebih menarik bagi membangunkan suasana sekolah ke arah mendorong kreativiti dan daya penciptaan bagi murid menghasilkan karya dan persembahan seni yang berkualiti. Reka bentuk lanskap seharusnya berteraskan budaya dan nilai tempatan, sama ada secara semula jadi atau lanskap tiruan.
PENGAMBILAN MURID
Pengambilan murid adalah terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dari seluruh negara. Pengambilan murid hanyalah ke Tingkatan 1 sahaja. TIADA pengambilan ke Tingkatan Dua, Tiga, Empat atau Lima.
Permohonan murid ke SSeM hanya dilakukan melalui secara atas talian melalui Sistem e-SSeM. Sistem ini diaktifkan mulai bulan Mei hingga September setiap tahun. Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan Angka Giliran UPSR dan mengisi segala maklumat secara atas talian di http://apps.moe.gov.my/essem/permohonan.
Walau bagaimanapun, murid-murid yang terlepas memohon secara atas talian atau murid-murid yang tiada kemudahan internet, bolehlah memohon sebagai calon walk-in dengan mengisi borang permohonan secara manual sewaktu Sesi Serlahan Seni (SSS).
Sesi Serlahan Seni adalah proses uji bakat pemilihan murid ke SSeM yang dilaksanakan di seluruh negara. Sesi ini biasanya dilaksanakan dalam bulan Oktober setiap tahun sebelum Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Calon yang memohon akan diuji bakat mereka berdasarkan bidang kesenian yang dipohon; Muzik, Tari, Teater atau Seni Visual. Panel Sesi Serlahan Seni adalah mereka yang mempunyai kepakaran di dalam salah satu daripada empat bidang kesenian yang dinyatakan di atas.
Syarat Kemasukan
i.
|
Warganegara Malaysia
|
ii.
|
Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian yang dipohon
(Muzik ,Tari, Teater atau Seni Visual)
|
iii.
|
Tiada kecacatan
|
iv.
|
Lulus Sesi Serlahan Seni
|
v.
|
Mendapat keputusan minima 3B Dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
|
Jumlah Pengambilan
SSeM
|
Bidang yang ditawarkan
|
Jumlah pengambilan
|
SSeM Johor Bahru (SSeMJB)
|
Muzik, Tari, Teater
dan Seni Visual
|
75 orang
|
SSeM Kuching, Sarawak (SSeMKS)
|
85 orang
| |
SSeM Kuala Lumpur (SSeMKL)
|
Muzik sahaja
|
60 orang
|
Enrolmen Kelas
Bilangan murid yang boleh diterima bagi sesuatu mata pelajaran amat bergantung kepada kemudahan yang disediakan. Namun untuk menjamin keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran, SSeM dicadangkan menerima maksimum 25 orang murid bagi kelas satu mata pelajaran : (pertambahan kelas adalah tertakluk kepada perancangan fizikal).
SEKOLAH SENI MALAYSIA
2 buah Sekolah Seni Malaysia yang telah di tubuhkan :
1. SEKOLAH SENI MALAYSIA KUCHING
Jalan Demak
93050 Kuching
Sarawak
Jalan Demak
93050 Kuching
Sarawak
Tel : 082-449586
Faks : 082-449605
Web / Blog : http://sskuching.blogspot.com/
E-Mel : sskuching@yahoo.com
Faks : 082-449605
Web / Blog : http://sskuching.blogspot.com/
E-Mel : sskuching@yahoo.com
2. SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR BAHRU
Jalan Abdul Samad,
80100 Johor Bahru
Tel :07 2262100
Fax : 07 2263100
Web /Blog : http://sekolahsenijohorbahru.webs.com/
Jalan Abdul Samad,
80100 Johor Bahru
Tel :07 2262100
Fax : 07 2263100
Web /Blog : http://sekolahsenijohorbahru.webs.com/
3. SEKOLAH SENI MALAYSIA KUALA LUMPUR
d/a Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam
Jalan Persiaran Anjung Seri
U8/80, Bukit Jelutong Timur
40000 Shah Alam
Selangor
No comments:
Post a Comment