JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

KEMERIAHAN KARNIVAL KEUSAHAWANAN SKTPP2 2014

Pada 8 November 2014 (Sabtu) yang lalu, telah berlangsungnya Karnival Keusahawanan SKTPP2 buat kali kedua dalam sejarah penubuhan sekolah. Ia merupakan anjuran PIBG SKTPP2.  Pelbagai aktiviti dijalankan, antaranya jualan makanan dan minuman, permainan dan pameran. Pada hari tersebut, ramai pengunjung yang telah hadir bagi memeriahkan lagi karnival ini.

Dikesempatan ini, pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua guru, staf sokongan, AJK PIBG, ibu bapa dan murid-murid yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan karnival ini. Tanpa sokongan padu daripada anda semua, sudah pasti sukar untuk pihak sekolah menjayakan karnival ini.

Mudah - mudahan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan lagi kerana ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara guru-guru, ibu bapa dan murid-murid serta komuniti.
  

Antara gambar – gambar sekitar Karnival Keusahawanan berlangsung:






























Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts