JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

SAMBUTAN HARI KANAK - KANAK PERINGKAT SEKOLAH SESI PAGI 2014

SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Sambutan Hari Kanak - Kanak peringkat sekolah pada 11 November 2014 iaitu pada hari Selasa. Sambutan Hari kanak - kanak bagi murid - murid sesi pagi bermula pada pukul 8.00pagi sehingga pukul 10.00 pagi. Pelbahai acara sukaneka telah diadakan untuk murid - murid.

Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut oleh tidak kurang daripada 149 buah negara di seluruh dunia pada tarikh yang ditentukan oleh negara masing-masing.
Bagi negara kita, Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut pada hari Sabtu terakhir bulan Oktober setiap tahun.
Perayaannya mempunyai dua objektif utama, iaitu:- - memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap segala keperluan serta isu penting berkaitan dengan kanak-kanak, di samping menekankan tanggungjawab masyarakat, khususnya ibubapa terhadap pendidikan kanak-kanak yang sempurna, dan - mengadakan program kegiatan kreatif serta hiburan.
Tema Hari Kanak-Kanak Sedunia pada tahun ini ialah 'Kedamaian Teras Kesejahteraan Kanak-Kanak'. Tema ini selaras dengan perisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengiktiraf tahun 1986 sebagai 'Tahun Kedamaian Antarabangsa'. Tema ini sangatlah tepat kerana ia akan menyedarkan masyarakat kita khususnya, dan dunia amnya, betapa pentingnya kedamaian sebagai asas mewujudkan kesejahteraan kanak-kanak dan keharmonian generasi akan datang. Dengan demikian, sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia ini bermaksud mengingatkan kita semua bahawa kanak-kanak merupakan satu golongan masyarakat yang memerlukan perhatian serius daripada semua pihak. Kedamaian pula bukan sahaja bermakna suasana tanpa konflik, tetapi ia haruslah diertikan sebagai keadilan, kesamarataan hak, peluang penyertaan bersama dan pembangunan seimbang yang mana amalannya bermula dari peringkat keluarga.





























Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts