JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PROGRAM KEPIMPINAN JATI DIRI 2016

PROGRAM KEPIMPINAN JATI DIRI PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH/PENGAWAS SPBT, KETUA KELAS & PENOLONG KETUA KELAS TAHUN 2016

Program Kepimpinan Jati Diri Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas SPBT, Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas akan diadakan seperti ketetapan berikut:
 
                       Tarikh:            30  Jan 2016 (Sabtu)

                       Masa:             7.30 pagi – 12.30 t/hari

                       Tempat:          SK Taman Putra Perdana 2
 
LATAR BELAKANG

Program Kepimpinan Jati Diri ini diadakan setiap tahun bagi memberi pendedahan dan persediaan tentang tugas-tugas seorang pemimpin. Ia juga diadakan sebagai satu usaha untuk melahirkan barisan pemimpin sekolah yang berwibawa dan berketrampilan serta amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas supaya disiplin murid di sekolah dan di dalam kelas dalam keadaan baik dan terkawal serta dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan cekap.


OBJEKTIF
  1. Membina nilai dan sikap kepimpinan yang berwibawa dan berkaliber dalam diri sendiri sebagai seorang pemimpin. 
  2. Dapat membentuk diri supaya mempunyai jati diri yang tinggi agar dapat menjalankan tugas dan amanah dengan jujur dan ikhlas.
  3. Dapat mendedahkan peserta program terhadap halangan dan cabaran dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang telah diamanahkan. 
  4. Memberi ruang kepada peserta program menunjukkan sifat kepimpinan dan tahu menjaga maruah diri sebagai pemimpin. 
  5. Mewujudkan ikatan hubungan muhibah antara sesama pemimpin yang berbilang kaum agar mereka dapat bersatu hati dalam menjalankan tugas.
 
TENTATIF

MASA
AKTIVITI
7.30 pg-8.00 pg
Pendaftaran
8.00 pg-10.00 pg

Ceramah
Komitmen dan Tanggungjawab Pemimpin Sekolah
10.00 pg-10.30 pg
REHAT

10.30 pg-11.30 pg

Taklimat mengikut tugasan masing-masing
- Pengawas-Dewan Terbuka
- PSS-Pusat Sumber Sekolah
- SPBT-Bilik SPBT
-Ketua/Pen ketua-Bilik Anggerik

11.30pg-12.30t/hari

Pengawas-Bergerak ke stesyen mengikut tugasan
SPBT-Praktikal semakan dan penjagaan buku teks
PSS-Praktikal pemprosesan buku
Ketua/Pen Ketua Kelas- Praktikal pengurusan kelas
12.30 t/hari-
1.00 ptg
Majlis Penutup
Sesi Bergambar
1.00 ptg
Bersurai
Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts