Laporan Perhimpunan Minggu 9
Tarikh: 29 Februari 2016Hari: Isnin
Masa: 6.00 petang
Tempat: Dataran Perhimpunan
Guru bertugas:
1. Pn Nurul Amira Hidayah
2. Pn Juslinda
3. Pn Narimah
4. Pn Rasina
5. En. Ahmad Ridzuan
Tema: Sayangi Diri Budi Pekerti
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sekolah, Negeri Selangor dan Malaysia Berjaya. Setelah itu adalah bacaan ikrar dan doa.
Seterusnya ucapan daripada ketua guru bertugas Pn Amira. Tema pada minggu ini adalah Sayangi Diri Budi Pekerti. Murid diterangkan tentang adab di perhimpunan.
- Sentiasa berdiri tegak
- Menumpukan perhatian dengan ucapan
- Menghormati lagu kebangsaan serta bacaan ikrar
- Sejarah Nilam ( Nadi Ilmu Amalan Membaca)
- Cara merekod bacaan dalam buku Nilam.
- Membaca diwaktu lapang dapat menambah ilmu serta pengetahuan
Seterusnya adalah ucapan perasmian daripada En Farid Anwar Penolong Kanan Petang. Antara ucapan yang disampaikan :
- Menanamkan sifat rajin membaca.
- Sentiasa membaca bagi menambah ilmu dan memenuhi masa lapang dengan amalan membaca.
Kemudian murid dan guru menyanyikan lagu NILAM bersama- sama dengan iringan muzik.
Majlis diteruskan lagi dengan program 5 minit membaca. Murid dan guru bersama sama membaca bahan bacaan selama 5 minit
Tepat jam 6.40 majlis bersurai.
No comments:
Post a Comment