JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 9 (SESI PAGI)

TARIKH: 29 FEBRUARI 2016
MASA    : 7.30 PAGI - 8.30 PAGI
TEMPAT  : DATARAN PERHIMPUNAN

GURU BERTUGAS :
1. PN NASIBAH BT MD YUSOFF
2. PN SITI NORA BT MOHAMED AHYAR
4. CIK FELICIA GATUN
5. CIK NORAINI BT YUSOFF
6. PN MAZILAH BT JAMALUDDIN
7. EN NORIZI BIN MOHAMAD
8. CIK NOR SA'ADAH BINTI SABIDIN

TEMA : BUDI PEKERTI

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sekolah, Negeri Selangor dan Malaysia Berjaya. Diikuti dengan bacaan doa dan ikrar Rukun Negara dan ikrar Sekolah.

Seterusnya ucapan guru bertugas mingguan iaitu Pn Nasibah Bt Md Yusoff mengenai tema Budi Pekerti. Antara kandungan yang disampaikan ialah 3 contoh budi pekerti:

1. Menghargai - ucapan terima kasih. Setiap murid haruslah berterima kasih terhadap orang yang menolong kita samaada kepada ibu bapa, kawan-kawan, pekerja kebersihan, guru-guru dan sebagainya.

2. Maaf - Sebagai manusia biasa semua orang pernah melakukan kesilapan. Oleh sebab itu, murid- murid diingatkan tentang kebaikan meminta maaf dari orang lain apabila melakukan kesilapan

3. Meminta izin - Orang yang berbudi pekerti ialah orang sentiasa meminta izin untuk menjalankan sesuatu. Contohnya, minta izin daripada rakan apabila meminjam barangnya. Minta izin dapat memupuk kepercayaan dan menghindari rasa curiga.

Program 5 minit DADAH menerangkan kesan fizikal dan mental menagih dadah. Antaranya ialah mata merah, kurus kerana kurang nasfu makan, cepat marah dan sebagainya.

Seterusnya penyampaian token untuk pertandingan kebersihan dan kecerian kelas. Kelas terbersih pada minggu lalu ialah kelas 4 UPM, 5 UTM dan 6 UM.

Seterusnya penyampaian hadiah untuk peserta bola baling peringkat Negeri yang mendapat tempat ke 3 dan juga penyampaian hadiah untuk peserta perahu layar.

Majlis diteruskan dengan Pelancaran Hari Nilam dimulakan dengan ucapan penyelaras NILAM iaitu Pn Norshahiza. Antara kandungannya ialah:

  • Sejarah NILAM
  • Kepentingan merekod bacaan dalam buku NILAM
  • Kepentingan membaca
Seterusnya ucapan perasmian daripada Pn Norlela Bt Hashim Penoong Kanan Pentadbiran. Antara intipatinya:
  • maksud NILAM
  • mengingatkan murid membeli buku NILAM
  • kepentingan membaca buku
Kemudian murid dan guru menyanyikan lagu NILAM diiringi dengan muzik. Akhir sekali, murid dan guru membaca buku selama 5 minit. Majlis berakhir pada jam 8.30 pagi.








Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts