JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

KEJOHANAN ROAD RUN SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

KEJOHANAN ROAD RUN SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
Tarikh : 8 Februari 2017
Masa   : 8.00 pagi hingga 11.30 pagi


        Kejohanan Road Run dimulakan dengan murid berkumpul di dataran perhimpunan .  Aktiviti regangan dijalankan bagi membantu murid bersedia sebelum kejohanan dimulakan.

       Murid berkumpul mengikut kategori, kejohanan dirasmikan oleh Guru Besar SKTPP2, En Zanuddin Bin Sanuan diiringi PK KOKURIKULUM En Zainurin Bin MD Yasin dan YDP PIBG En Idris Bin Hussein. Murid dilepaskan mengikut kategori berikut :

         L1 ( lelaki tahun 6)
         P1 ( perempuan tahun 6)
         L2 ( lelaki tahun 5)
         P2 ( perempuan tahun 5)
         L3 ( lelaki tahun 4)
         P3 ( perempuan tahun 4)
         L4 ( lelaki tahun 3)
         P4 ( perempuan tahun 4)

          Murid perlu melalui 20 checkpoint sekitar Taman Putra Perdana. Setiap murid diawasi guru , unit PBSM serta polis bertugas. Murid bersemangat meneruskan larian hingga ke garisan penamat.

            Pada pukul 10.30 pagi, semua murid tiba ke garisan penamat. Semua murid disediakan makanan dan minuman mengikut rumah sukan masing-masing.

            Majlis penyampaian hadiah dimulakan pada pukul 11 pagi. Rumah Biru merupakan Pemenang keseluruhan diikuti dengan Kuning, Hijau dan Merah . Pada 11.30 pagi Majlis bersurai.

     
                Peta Laluan Road Run 2017
 
      Barisan guru yang menjaga checkpoint

         Garisan permulaan kejohanan.
Puan Nurhidayahni sebagai pengerusi majlis.

Barisan ahli PBSM, membantu merawat murid yang cedera.


        Murid-murid bersemangat hingga ke                             garisan terakhir.
           Skuad Rondaan dibantu pegawai                                   polis bertugas.



                  Majlis penyampaian hadiah.





         Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan KEJOHANAN ROAD RUN SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 bagi tahun 2017.



Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts