Wednesday, February 22, 2017

UJIAN SARINGAN PERTAMA DALAM TALIAN UKM 1 TAHUN 2017


Tarikh : 1 Februari 2017 -  31 Mei 2017

Terbuka untuk pelajar berusia 8-15 tahun

Ujian ini merupakan saringan pertama untuk mencari murid pintar bagi menyertai program-program berikut:

1. Program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM UKM - JHU 2017-2018 di Pusat Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia -  (Pelajar pelbagai bangsa berumur 9-15 tahun).

2. Perkhemahan PERMATA Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). (Pelajar Islam 8 Tahun)

3. Program Perkhemahan Khas PERMATA Insan di USIM 2018 untuk kemasukan ke Kolej PERMATA Insan pada tahun 2019. (Pelajar Islam berumur 11 Tahun sahaja).

4. Kemasukan ke Kolej PERMATA Pintar UKM pada tahun 2018(Pelajar berusia 11-15 Tahun sahaja)

Ujian UKM1 boleh diambil di sekolah, rumah, kafe siber dan pusat komuniti berinternet.

Pendaftaran:
a) Pelajar baru : Masukkan Mykad/Mykid, maklumat pelajar, sekolah dan ibu/bapa/penjaga.
b) Pelajar lama: kemaskini Mykad/Mykid, Maklumat pelajar, sekolah dan ibu/bapa/penjaga.

Jangka masa ujian: 1 Jam 30 minit.

Sila layari http: //ukm1.permatapintar.edu.my

No comments:

Post a Comment