JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN (15) SESI PAGI

Perhimpunan pada pagi ini dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu 'Lagu Negaraku', Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan Bacaan Doa, Ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan ketua guru bertugas mingguan iaitu Puan Mazilah binti Jamaludin yang memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini. Tema pada minggu ini ialah “Sedia Hadapi Cabaran : Ciri-ciri Peribadi Terpuji".


Guru bertugas pada minggu ini:
1. Pn. Mazilah binti Jamaludin
2. Pn. Norizan binti Isa
3. Pn. Faiza Fitria binti Che Mat
4. Pn. Lee Sau Mei
5. Pn. Mahaletchumy A/P Perumal
6. En. Rosmadi bin Abdul Manaf
7. En. Zawadi bin Ali

Ucapan Guru Bertugas


Guru bertugas menyampaikan ucapan tentang tema pada minggu ini tentang ciri-ciri peribadi terpuji.
1. Murid-murid hendaklah mencontohi peribadi terpuji Nabi Muhammad SAW.
2. Terdapat empat peribadi terpuji Nabi Muhammad SAW iaitu :
    a) Shiddiq
    b) Amanah
    c) Tablig
    d) Fathanah
3. Murid-murid turut mendengar tentang 5 minit bersama Program Pencegahan Anti Dadah.
4. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam Pertandingan Kelas Terbersih, Kem Cemerlang Jawi dan Frog Vle.


Ucapan Guru Besar

Guru Besar menyampaikan ucapan tentang keputusan Pentaksiran Sumatif 1 yang lepas dengan bertanyakan bilangan murid yang mendapat 6A. Namun demikian, tiada seorang pun yang mendapat 6A. Guru Besar akan memberi ganjaran kepada murid-murid yang berjaya mendapat 6A dalam peperiksaan seterusnya sebagai galakkan dan dorangan kepada murid-murid Tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR nanti.


Peserta Terbaik Kem Cemerlang Jawi

Pemenang Pertandingan Kelas Terbersih

Pemenang Kuiz Frog Vle


Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts