LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PAGI MINGGU KE-14 (10 APRIL 2017)
Perhimpunan pada pagi ini dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu 'Lagu Negaraku', Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan ketua guru bertugas mingguan iaitu Puan Margaret Ann Arputham. Beliau
memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini. Tema pada minggu ini adalah “Kenali budaya Malaysia : Interaksi dengan Komuniti Sekolah".
Guru bertugas mengulas tentang interaksi dengan komuniti sekolah dengan mematuhi peraturan-peraturan sekolah kepada murid-murid.
1. Murid-murid perlu mematuhi peraturan sekolah supaya menjadi seorang murid yang berdisiplin.
Guru bertugas pada minggu ini:
1. Pn. Margaret Ann Arputham
2. Pn. Sharulniza binti Ab Najis
3. Cik Siti Mushrifah binti Ahmad Kamal
4. Pn. Rohaila binti Abdullah
5. Pn. Noor Hafizan binti Che Abdul Rahman
6. Pn. Jagjer Kaur A/P Gurmukh Singh
7. En. Noorhisham bin Mohamad
Ucapan Guru BertugasGuru bertugas mengulas tentang interaksi dengan komuniti sekolah dengan mematuhi peraturan-peraturan sekolah kepada murid-murid.
1. Murid-murid perlu mematuhi peraturan sekolah supaya menjadi seorang murid yang berdisiplin.
2. Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah dapat belajar dengan selesa. Ini kerana mereka tidak akan berbuat bising di dalam kelas, bergaduh dan sebagainya.
3. Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan cemerlang dalam pelajaran.
4. Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan disukai dan disayangi oleh guru-guru serta rakan-rakan.
5. Murid-murid patutlah mengamalkan disiplin diri untuk kebaikan diri dan menjaga nama baik sekolah.
Contohnya:
1. Kehadiran
-Semua murid dikehendaki datang ke sekolah menepati waktu persekolahan.
-Murid yang tidak hadir ke sekolah mesti membawa sijil sakit.
2. Kekemasan diri
- Pakaian seragam sekolah mesti dipakai.
- murid -murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
3. Kebersihan dan Keselamatan
- Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua warga sekolah.
- Murid -murid mesti beratur semasa membeli makanan di kantin.
Guru bertugas sedang menyampaikan ucapan
Ucapan Guru Disiplin
Guru Disiplin mengingatkan murid-murid supaya mengguna mesin air dengan betul dan tidak merosakkan mesin air. Ustaz juga mengingatkan murid-murid supaya jika duit sanggut di dalam mesin air perlulah maklumkan kepada ustaz supaya duit akan dikembalikan.
Majlis Penyampaian Sijil Kempen Tunas Puteri
Enam yang murid yang menyertai kempen Yunas puteri selama 3 hari dari hari Jumaat sampai Ahad.
Ucapan Guru Pusat Sumber
Puan Norshahiza bin Razali menerangkan Minggu Pusat Sumber Sekolah dan aktiviti -aktiviti yang akan dijalankan dalam minggu tersebut. Puan Norshahiza juga menerangkan jualan buku olen PTS selama 3 hari.
Ucapan Guru Panitia Bahasa Melayu
Encik Mohd Norizi bin Mohamed menerangkan minggu Panitia Bahasa Melayu kepada murid-murid. En Norizi juga membaca aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu.
Ucapan Ketua Panita Bahasa Inggeris
Puan Jagjer Kaur A/P Gurmukh Singh menerangkan Highly Immersive Programme ( HIP). Puan Jagjer menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu Bahasa Inggeris.
Puan Norlela mengingatkan murid-murid untuk mengambil sarapan pada waktu pagi sebelum datang ke sekolah. Puan Norlela menegaskan murid-murid supaya mengambil bahagian dalam Kem Membaca 1 Malaysia, Minggu Pss , Minggu Panitia Bahasa Melayu dan Minggu Panitia Bahasa Inggeris. Seterusnya Pn. Norlela melancarkan minggu Kem Membaca 1 Malaysia, Minggu Pss , Minggu Panitia Bahasa Melayu dan Minggu Panitia Bahasa Inggeris.
Persembahan Koir, Deklamasi sajak dan sketch Bahasa Inggeris
Program Membaca buku
Semua guru-guru dan murid-murid membaca buku untuk 5 minit semasa perhimpunan. Murid-murid digalakkan membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
1 comment:
Blog dan artikel yang menarik.
Untuk mencuba permainan Lingo sila ke laman web ini.
http://affendi.brinkster.net/lingo
Post a Comment