Monday, June 19, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN (22) SESI PAGI (19 JUN 2017)

Assalamualaikum wrm. wbt dan selamat sejahtera...

Perhimpunan pada pagi ini dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu 'Lagu Negaraku', Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan Bacaan Doa, Ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan wakil guru bertugas mingguan iaitu Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin bin Senin yang memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini. Guru bertugas pada minggu ini:

1. Pn. Mazilah
2. Pn. Lee
3. Pn. Maha
4. Pn. Faiza
5. Pn. Norizan
6. Encik Rosmadi
7. Encik Zawadi
8. Encik Fakhrurrazi


Ucapan Guru Bertugas Mingguan:

Majlis bermula dengan ucapan daripada Encik Fakhrurrazi selaku wakil guru bertugas mingguan. Ucapan dimulakan dengan memperkenalkan guru yang bertugas pada minggu ini kepada murid-murid sebagaimana yang tertera di atas.

Ucapan diteruskan dengan guru bertugas berkongsi dan bercerita berkenaan dengan tema pada minggu ini, iaitu Usaha ke Arah Kecemerlangan.  Guru bertugas memberi fokus kepada dua aspek, iaitu:

a) Kecemerlangan Dunia
b) Kecemerlangan Akhirat

Selesai perkongsian dan pencerahan tema mingguan, guru bertugas merumuskan aktiviti dan program-program yang bakal berlangsung sepanjang minggu 22 ini, iaitu:

a) Program Jalinan Mesra
b) Majlis Khatam al-Quran
c) Cuti Sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri

Ucapan guru bertugas ditamatkan dengan pengumuman daripada guru Bimbingan dan Kaunseling, Puan Hafizah berkaitan dengan Lawatan Adiwira Kidzania selepas Hari Raya Aidilfitri.

Ucapan wakil guru bertugas



Ucapan Guru Disiplin:

Ucapan ini disampaikan oleh Ustaz Razis selaku guru disiplin Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2.  Beliau menyentuh dua isu utama, iaitu:

1. Didapati ada murid yang secara sengaja tidak melibatkan diri dalam program tadarrus al-Quran yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan pada waktu rehat. Ada yang menyorok di dalam kelas dan di dalam almari. Ustaz Razis menegaskan sekiranya berlaku kehilangan barang, maka yang berada di dalam kelas akan dipersalahkan walaupun tidak melakukan perbuatan sedemikian.

2. Alasan jarak antara rumah dengan sekolah jauh digunakan dalam surat tunjuk sebab apabila murid hadir lewat ke sekolah.  Alasan ini tidak boleh diguna pakai dan Ustaz Razis memberi penegasan kepada mana-mana murid agar tidak menggunakan jarak sebagai satu alasan kerana ianya tidak munasabah.


Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran:

Ucapan disampaikan oleh Puan Norlela binti Hasim. Beliau merumuskan ucapan daripada guru bertugas mingguan dan guru disiplin dengan memberikan lebih penelitian agar murid lebih peka dengan segala maklumat yang cuba untuk disampaikan.

Penekanan turut diberi mengenai sesi persekolahan pada hari Khamis yang akan dijalankan secara satu sesi sahaja sebelum semua murid bercuti selama seminggu.


Penutup:

Majlis tamat setelah ucapan daripada Puan Norlela binti Hashim dan semua murid kembali ke dalam kelas masing-masing secara teratur.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment