JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 7 (SESI PETANG)

Pada 10 Februari 2020 bersamaan hari Isnin, satu perhimpunan rasmi sesi petang telah diadakan di dataran perhimpunan SK Taman Putra Perdana 2. Telah berlaku pergerakan jadual bagi membolehkan perhimpunan diadakan di akhir sesi persekolahan, di mana sebelum ini perhimpunan dibuat pada awal waktu persekolahan. 

Pergerakan jadual ini telah dibuat bagi memberi ruang kepada 3 pelancaran program sekolah, iaitu:


1. Pelancaran Program NILAM

2. Pelancaran Highly Immersive Program (HIP) - Minggu Bahasa Inggeris
3. Pelancaran Program Wacana Ilmu - Minggu Bahasa Melayu


Perhimpunan bermula tepat pada jam 5.30 petang, dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.  Seterusnya diteruskan dengan lafaz ikrar Rukun Negara dan ikrar murid serta bacaan doa.



Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas yang disampaikan oleh Puan Nor Anis binti Suhaimi. Beliau memaklumkan kepada murid guru-guru yang bertugas pada minggu ini, iaitu:

1. Pn. Nor Anis binti Suhaimi
2. Pn. Yuzainismar binti Yusoff
2. Pn. Wan Syafifah Khalilah binti Wan Bakar
3. En. Ahmad Ridzuan bin Ismail
4. Pn. Raslinda binti Hassan
5. Cik Lee Siau Fen

Guru bertugas turut menyampaikan tema pada minggu 3 ini, iaitu Hormat Menghormati dan Sopan Santun. Guru bertugas memberi nasihat kepada murid - murid agar mengamalkan sifat hormat menghormati antara satu sama lain, lebih - lebih lagi kepada orang yang lebih dewasa di sekolah termasuklah guru - guru, pekerja kantin, staf pejabat, dan staf kebersihan di sekolah.



Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pn. Saerah binti Rajeli berkenaan program NILAM sekolah. Beliau menyentuh tentang kepentingan membaca, dan bagaimana hobi membaca dapat dipupuk dan direkod di dalam buku NILAM sebagai pembakar semangat.





Seterusnya adalah ucapan daripada Pn. Faziha binti Abdullah berkenaan Highly Immersive Program (HIP), yang direalisasikan dengan pelaksanaan Minggu Bahasa Inggeris. Untuk pengetahuan semua, sepanjang minggu ini iaitu dari 10 hingga 14 Februari, pelbagai aktiviti dan pertandingan dijalankan bawah Panitia Bahasa Inggeris. Antaranya adalah:

⚛ Colouring Contest - Year 1
⚛ Puzzle Solving - Year 2
⚛ Word Maze - Year 3

Selain itu, satu pertandingan tunjuk bakat (Talentime) akan diadakan di dewan terbuka pada hari Jumaat ini (14 Februari 2020). Setiap kelas perlu menghantar 2 penyertaan dan semua bentuk persembahan diterima, namun mestilah menggunakan Bahasa Inggeris.

Satu lagi inisiatif Panitia Bahasa Inggeris adalah program 'Quiz Time', di mana satu soalan kuiz akan dibaca oleh guru bertugas 5 minit sebelum murid - murid naik ke kelas selepas waktu rehat. Hanya satu soalan akan dibacakan setiap hari, dan murid - murid perlu mengumpul jawapan mereka hingga hari Khamis ini (13 November 2020), dan menghantar ke dalam suatu kotak yang akan disediakan. Para pemenang akan diumumkan dalam perhimpunan pada 17 Februari 2020 (Isnin).



Ucapan berikutnya adalah berkenaan dengan Program Wacana Ilmu, iaitu minggu Bahasa Melayu yang telah disampaikan oleh Puan Suriayati binti Sulaikhan. Sama seperti Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Melayu juga akan mengadakan pelbagai aktiviti dan pertandingan sepanjang minggu ini, antaranya pertandingan - pertandingan di dalam kelas, dan juga pertandingan bercerita bagi murid tahun 3. 



Majlis diteruskan oleh ucapan alu aluan oleh Puan Fauziah binti Salehoddin, Guru Penolong Kanan Petang. Beliau seterusnya merasmikan ketiga - tiga program sekolah ini.




Seterusnya adalah persembahan bercerita dan bacaan pantun daripada murid - murid tahun 2 dan 3, iaitu:

⚛ Alesya Qhaireen Qaisara (2 UM) - Pantun Nasihat
⚛ Gautam A/L Govindan (2 UM) - The Horse and The Lion
⚛ Muhammad Akmal Afif (3 UM) - Ibu Saya

Majlis perhimpunan ditangguhkan pada jam 6.10 petang, dan murid-murid bergerak pulang dalam keadaan teratur dan tersusun.

Sekian laporan,

Puan Nor Anis binti Suhaimi
Ketua Guru Bertugas Sesi Petang Minggu 7.
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts