JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH SKTPP2 (SESI PAGI)

Pada 17 Februari 2020 bersamaan dengan hari Isnin, satu Program Jom Ke Sekolah telah diadakan bertempat di dataran perhimpunan SK Taman Putra Perdana 2.  Majlis bermula tepat pada jam 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah.  Seterusnya diikuti dengan bacaan lafaz ikrar Rukun Negara dan ikrar murid serta bacaan doa.



Program Jom Ke Sekolah dimulai dengan bacaan perutusan daripada YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan yang dibacakan oleh Yang Berusaha, Encik Zanuddin bin Sanuan, Guru Besar SKTPP2.  Majlis bersambung dengan bacaan perutusan daripada Ketua Polis Negara yang dibacakan oleh Yang Berusaha, Puan Rosmah binti Jamat, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKTPP2.




Majlis diteruskan dengan gimik perasmian yang dilancarkan oleh Yang Berusaha, Tuan Guru Besar bersama-sama dengan barisan pentadbir yang lain.





Murid-murid turut diperkenalkan dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), iaitu Kop. Shafie, Pegawai Polis Taman Putra Perdana.


Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts