JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI UNIT BERUNIFORM MINGGU KE-27 (SESI PAGI)

Tarikh : 16 - 20 Oktober 2023

Tema   : Kegembiraan - Sahabat

Guru Bertugas

1.Tengku Ayuazura binti Tengku Ismail (K)

2. Mohamad Rani bin Arbain

3. C. Suriakala a/p Chevalingam

4. Mohd Shafie bin Muhammad

5. Nurul Aqilah binti Abdullah 

6. Muhammad Ilham Baqti bin Mohd Nor

 

Laporan:

1. Murid disusun mengikut unit beruniform masing-masing oleh guru bertugas dan guru disiplin. Unit Beruniform bertugas ialah Pengakap.

                                               UB Pengakap berada di tengah perhimpunan

                                           diikuti sebelah kanan oleh Tunas Puteri dan TKRS.

                                      Di sebelah kiri pengakap adalah Puteri Islam dan PBSM. 

 

2. Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Selangor-Duli Yang Maha Mulia dan lagu sekolah SKTPP 2.

3. Murid membacakan doa dan ikrar. Murid bertugas daripada unit beruniform Pengakap.

4. Guru bertugas, Cikgu Tengku menyampaikan ucapan guru bertugas bertemakan kegembiraan-sahabat. Guru memberi contoh persahabatan antara Rasulullah S.A.W dengan sahabat baik baginda iaitu Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Guru bertugas juga menasihati murid-murid memilih sahabat yang baik yang boleh memberi kegembiraan dan keseronakkan apabila berada di sekolah. Guru juga menasihati agar murid menjadikan diri sendiri sahabat yang baik dan dipercayai.

5. Cikgu Fakhrurrazi selaku guru disiplin mengingatkan murid-murid tentang hal ehwal disiplin dan tingkah laku. Beliau juga menerangkan tentang tatacara perhimpunan rasmi Unit Beruniform sebagai panduan untuk penambahbaikan  pada perhimpunan rasmi UB akan datang.

 

                                                                   Amanat guru disiplin

6. Majlis diteruskan dengan penyampaian Kelas Terbersih oleh Cikgu Nor Azmah. Kelas Terbersih dimenangi oleh:

                                                                 5 Angsana untuk tahun 5
                                                               Tahun 6 Raya untuk tahun 6
                                                               Tahun 4 Raya untuk tahun 4

7. Penyampaian hadiah seterusnya oleh Cikgu Nurul Amira Hidayah untuk penyertaan dan kemenangan acara merentas desa peringkat daerah sebanyak iaitu seramai 7 orang murid dan seorang daripadanya telah berjaya ke peringkat negeri serta  memperoleh tempat ke- 7  iaitu adik Muhammad Amiruddin al-Hafiy.

 
 Peserta merentas desa bersama jurulatih 

Nurul Amira Hidayah dan barisan pentadbir

 

 8. Penyampaian seterusnya daripada Cikgu Syafrida guru TKRS kepada murid yang berjaya melepasi Ujian  Kenaikan Pangkat TKRS Peringkat Daerah Sepang dan berjaya terpilih mewakili Daerah Sepang ke Peringkat Negeri Selangor untuk kenaikan pangkat Sarjan pada 7-9 November 2023 nanti.

                                    Adik Nurin Afiqah zahirah dari kelas  5 Dedap telah berjaya 

memperoleh pangkat Koprel pada ujian kenaikan pangkat TKRS 

dan akan mewakili daerah Sepang ke kenaikan pangkat Sarjan 

peringkat negeri Selangor pada 7- 9 November nanti.

 

9. Di majlis perhimpunan ini juga cikgu Farah, selaku pengurus pasukan bola baling sekolah mempersilakan seramai 6 orang pemaian bola baling sekolah yang mewakili daerah Sepang ke pertandingan bola baling peringkat negeri Selangor untk menerima sijil penyertaan daripada Encik Zanuddin selaku  guru besar SKTPP 2. 

Peserta bola baling sekolah yang berjaya ke peringkat 
negeri Selangor di bawah bimbingan jurulatih cikgu Suhaidi

10.Sebelum Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah daripada pengurus pasukan Sepak Takraw sekolah atas penyertaan pasukan takraw sekolah ke peringkat negeri.

Peserta sepak takraw sekolah bersama jurulatih 
Cikgu Norhisham dan Ustaz Shafie serta barisan pentadbir

11. Perhimpunan tamat pada jam 8.10 Pagi dan murid bergerak ke kelas masing-masing.

 

 





Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts