JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 28 (SESI PETANG)

 

Pada 16 Oktober 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.10  petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Puan Nurul Marshida binti Mohamad.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu pertama persekolahan, iaitu:

  1. Encik Yamin Aswat
  2. Puan Siti Baizura
  3. Puan Zauiyah
  4. Puan Nor Anis
  5. Puan Azimah

 

Beliau turut memberi sedikit pengumuman dan pesanan  kepada murid-murid berkenaan tandas disebelah bilik PPKI ditutup pada waktu petang. Beliau juga mengingatkan supaya murid makan ditempat yang disediakan pada waktu rehat. Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan. Selain itu, beliau turut mengingatkan murid jika tidak sihat tidak perlu hadir ke sekolah.

 

UCAPAN GURU DISIPLIN

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz  Hafidzuddin bin Yahya, Ketua Disiplin SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Mengingatkan murid supaya berpakaian kemas dan lengkap dalam uniform sekolah atau baju t-shirt sekolah.
  2. Mengingatkan murid supaya menjaga kebersihan kelas dengan membuang sampah yang ada dalam meja ke dalam tong sampah.
  3. Beliau juga mengingtakan supaya murid tidak bermain ditempat yang mendatangkan bahaya semasa rehat dan semasa berkumpul di dewan terbuka.

 

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

NURUL MARSHIDA BINTI MOHAMAD

Ketua Guru Bertugas Minggu 28



LAMPIRAN BERGAMBAR


Bacaan doa oleh pengawas bertugas

 

Bacaan ikrar oleh pengawas bertugas

Ucapan guru bertugas


Ucapan guru disiplin




Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts