JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 38 (SESI PETANG)

 

Pada 8 Januari 2024, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Sebelum majlis perhimpunan mingguan bermula murid-murid mula berkumpul di dataran pada 5.50 petang. Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.00 petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas.


UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas  Pn Yuzainismar binti Yusoff. Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas sepanjang minggu  38 (8 Januari – 12 Januari 2024). Senarai guru bertugas adalah seperti berikut:

  1. Puan Yuzainismar binti Yusoff
  2. Encik Ahmad Zakee bin Abdullah Zawawi
  3. Encik Ezol Fitri bin Ahmad Muniran
  4. Puan Noor Rashedah binti Mustaffa
  5. Puan Suriani binti Ibrahim
  6. Puan Nor Iylia Irina binti Mohd Rashid 

Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu tersebut iaitu Hormat Menghormati – Menghargai Alam Sekitar. Murid dilihat memberikan sepenuh tumpuan   sepanjang penjelasan itu disampaikan. Murid juga dapat menjawab soalan berkenaan Alam Sekitar yang dikemukakan oleh guru. Selain itu, beliau turut mengingatkan agar murid yang tidak sihat dari rumah tidak perlu hadir ke sekolah. Beliau juga mengingatkan kepada murid-murid yang mempunyai ahli keluarga yang positif covid agar turut sama kuarantin dirumah untuk mengelakkan dari murid menjadi pembawa virus kepada rakan-rakan yang lain di sekolah.




PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS

Perhimpunan diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi sesi 2022/2023.




UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Mengucapkan selamat kembali ke sekolah setelah berakhirnya cuti Penggal ke 3 .
  2. Mengingatkan murid-murid agar hadir ke sekolah setiap hari kerana guru-guru sedang melaksanakan pentaksiran akhir PBD.
  3. Mengucapkan tahniah kepada Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas atas penyerahan sijil penghargaan yang diberikan.



Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

YUZAINISMAR BINTI YUSOFF

Ketua Guru Bertugas Minggu 38


Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts