JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI (MINGGU KE-3/25 MAC 2024)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Guru bertugas pada minggu ini:
  1. Cikgu Farah Hanis
  2. Cikgu Ifahayati
  3. Cikgu Abdul Qadir
  4. Cikgu Arif
  5. Cikgu Narimah
  6. Cikgu Lee Sau Mei

Tema: 3S (Senyum, Sapa dan Salam)

LAPORAN

1. Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.

 Seterusnya, pengawas yang bertugas membacakan Ikrar Rukun Negara dan ikrar sekolah.





2. Ucapan Guru Bertugas

Cikgu Farah Hanis memperkenalkan tema minggu ini kepada murid iaitu 3S yang bermaksud Senyum, Sapa dan Salam.

Pada minggu lepas, murid yang memberi salam kepada guru yang bertugas di kawasan pagar sangatlah sedikit.Oleh sebab itu, guru mengingatkan murid agar sentiasa murah dengan senyuman dan menyapa setiap guru dan kakitangan sekolah serta pelawat yang ditemui.

Guru berharap murid boleh berubah sikap dan mengamalkan adab-adab mulia sepanjang menjadi murid di sekolah ini.


3. Ucapan wakil Guru Disiplin

Cikgu Fakhrul mengingatkan semua murid agar tidak menipu kesihatan diri sendiri semata-mata kerana tidak mahu masuk ke dalam kelas untuk sesi PdPc.

 Beliau juga memberi amaran dan tindakan akan dikenakan kepada murid yang ponteng.


4. Agihan sumbangan YPM

Seterusnya adalah upacara penyampaian agihan sumbangan kepada murid-murid yang terpilih daripada pihak YPM. 

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Guru Besar dan dan diiringi oleh PK Hal Ehwal Murid.



5. Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

PK HEM mengingatkan tentang kepentingan datang awal ke sekolah.

Semua murid wajib berada di dalam kawasan sekolah sebelum jam 7.20 pagi

Murid yang lewat akan diambil tindakan tegas memandangkan bilangan murid yang lewat sangat ramai pada setiap hari.


Perhimpunan tamat pada jam 8.00 pagi.

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts