JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LARIAN MERENTAS DESA KALI PERTAMA 2010

Pada 20.2.2010 (Sabtu), SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP2) telah mengadakan Larian Merentas Desa 2010 buat kali pertama. Larian sejauh 3.4 km di sekitar kawasan perumahan Taman Putra Perdana melibatkan murid dari tahun 4 dan tahun 5. Larian ini bertujuan memupuk perpaduan dan silaturahim di kalangan murid dan warga SKTPP2, membudayakan gaya hidup sihat dan mencungkil bakat baru murid-murid dalam olahraga. Larian berjaya ditamatkan dengan selamat. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang 4 kategori Lelaki 3, Lelaki 2, Perempuan 3 dan Perempuan 2. Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Induk, AJK Pelaksana, guru-guru, murid dan Pasukan Polis kerana khidmat dan sumbangan tenaga dalam menjayakan program ini.

  
  
 
 
  
  
 
  
  
 
 
  

  
 
 
 
 
  
 
 
  
  
 

Share:

SK TAMAN PUTRA PERDANA 2



SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP2), 47130 Puchong Selangor, telah memulakan sesi persekolahan (sesi petang) pertamanya pada 4.1.2010. Bangunan sekolah yang baru masih lagi dalam proses kerja-kerja terakhir pembinaan. Buat masa ini, SKTPP2 menumpang di bangunan SMK Taman Putra Perdana, Jalan PP 3B, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong Selangor. Bangunan baru dijangka siap sepenuhnya dan mula digunakan mulai Jun 2010.
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts