JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS SAINS DAN MATEMATIK UNTUK TAHUN 5





Share:

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA INGGERIS UNTUK TAHUN 5

Bengkel teknik menjawab kertas Bahasa Inggeris untuk tahun 5 telah diadakan pada 20/10/2014. Bengkel ini telah diadakan di dewan terbuka. Diharap dengan terlaksananya bengkel ini, murid dapat mempertingkatkan kecemerlangan  matapelajaran Bahasa Inggeris.



















Share:

PROGRAM ZOOM A 2015

Kepada,

IBU BAPA/ PENJAGA MURID TAHUN 5
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

Y.Bhg. Dato/ Datin/ Tuan/ Puan,

PROGRAM ZOOM A 2015

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa semua murid Tahun 5 adalah digalakkan untuk menyertai Program Zoom A (subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains) yang juga merupakan salah satu program bagi peningkatan akademik murid Tahun 6 2015 dengan bayaran pendaftaran berjumlah RM20.00 setahun. Bayaran perlu diserahkan kepada guru kelas pada atau selewat-lewatnya 5 November 2014 (Rabu). ID/Kata Laluan akan diserahkan kepada murid melalui guru kelas masing-masing kemudian.

3.   Capaian internet diperlukan jika tuan/ puan menggunakan program tersebut di rumah.

4. Pihak sekolah berharap program di atas dapat membantu meningkatkan pencapaian pembelajaran anak-anak Y.Bhg. Dato/ Datin/ Tuan/ Puan untuk persediaan UPSR 2015.

Sekian, untuk makluman.

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


Share:

JADUAL TEKNIK MENJAWAB SOALAN TAHUN 5 2014



BIL
TARIKH
Masa
HARI
MATA PELAJARAN
TEMPAT
1
10/10/14
8.30 – 10.30 pagi
Jumaat
Sains

Dewan SKTPP2
2.
20/10/14
2 sesi :
8.30 – 10.30 pagi
(5UM, 5USM, 5UKM)

11.00 – 1.00 tengah hari
(5UTM, 5 UPM, 5UUM)

Isnin
Bahasa Inggeris
Dewan SKTPP2
3.
21/10/14
8.30 – 10.30 pagi



2.00 – 4.30 petang
Selasa
Matematik



Bahasa Melayu
Dewan
SKTPP2


Dewan
SKTPP2
Share:

MACAM MACAM AKTIVITI LEPAS UPSR. JANGAN PONTENG.

Pelbagai aktiviti dirancang dan dilaksanakan agar murid Tahun 6 datang ke sekolah selepas UPSR. Antara aktiviti yang menyeronokkkan ialah aktiviti  sukan , memasak , menghias , membuat hiasan, berlakon ,menyanyi dan senamrobik.  Pagi pagi lagi dah pun bermula senamrobik.
Share:

KEHEBATAN SUKAN SEPAK TAKRAW SUDAH ADA PELAPIS

Pada  18 Oktober  2014  pasukan sepaktakraw Daerah Sepang telah menghantar kontigen KATMO yang diadakan di  SMAT  Klang. Dua orang pelajar kita terlibat. Dengan tunjukajar guru guru yang berkebolehan akhirnya pasukan takraw kita berjaya mendapat tempat KEDUA dalam kejohanan tersebut. Tahniah kepada  murid yang berjaya dan guru yang terlibat.  KATMO  tu Kejohanan Tunas Olimpik Muda  bawah 10 tahun
Share:

MAKLUMAN PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(PBS) 2014

Merujuk kepada Surat Pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaanbertarikh 31 Mac 2014, memaklumkan tentang penambahbaikan dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bermula 1 April 2014 disemua sekolah.

Penambahbaikan ini merangkumi 3 perkara iaitu :
1) Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) telah dimansuhkan dan digantikan dengan sistem perekodan secara OFFLINE.
2) Dokumen Standart Prestasi (DSP) diganti menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM).
3) Penilaian Menengah Rendah (PMR) diganti dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Diharap makluman ini dapat memberi manfaat kepada semua ibubapa/penjaga dalam memantau perkembangan akademik anak/anak jagaan masing-masing.

                                        BERSAMA MENGHAYATI KECEMERLANGAN


Share:

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014 TAHAP 1

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014 TAHAP 1.
Share:

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014 TAHAP 2.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN TAHAP 2,

Share:

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID MURID PRASEKOLAH SKTPP2 2014

Pada  16  Oktober  2014 (Khamis) guru guru prasekolah telah meraikan hari lahir murid-mrid prasekolah dengan kerjasama ibu bapa dan pembantu pengurusan murid.
Pelbagai acara diadakan.Guru besar dan Guru Penolong Kanan sekolah turut memeriahkan majlis
Murid-murid Prasekolah menjalankan pelbagai aktiviti dikelolakan oleh seorang badut yang dijemput khas.

Jamuan disediakan.
 
 
Pengawal Keselamatan juga dijemput hadir.

Aturcara yang telah ditetapkan
Tahniah guru-guru dan pembantu murid prasekolah
 
 
 
 

 
Share:

KARNIVAL KEUSAHAWANAN




JOM KITA KE KARNIVAL KEUSAHAWANAN SKTPP2 2014

URUSNIAGA MENGGUNAKAN KUPON. 1 set kupon berharga RM10 dan disertakan 1 nombor cabutan bertuah. Semua murid boleh membeli kupon melalui guru kelas masing-masing. Kupon juga akan dijual semasa karnival.
KUPON TIDAK BOLEH DIFOTOSTAT, TINDAKAN TEGAS AKAN DIBERIKAN KEPADA INDIVIDU YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan acara. Berbelanjalah sambil membuat sumbangan kepada dana PIBG SKTPP2. 




ANTARA AKTIVITI SEMASA KARNIVAL KEUSAHAWANAN SKTPP2 IALAH 
Gerai makanan  seperti Gerai keu tiaw, mee, bihun goreng, laksa dan laksam,  Gerai nasi lemak ayam berempah, gerai ayam goreng, burger dan hotdog, Gerai keropok lekor dll.  

Gerai minuman seperti Air botol, air mineral, air tin  dan air kotak, Air cordial,  Aiskrim ,ABC, Ice Blended dll.  

Permainan  seperti Rumah hantu, Giant Ballon, Karaoke dan permintaan lagu, Foto bersama ular,  Taman Arnab, Menunggang Kuda, Mini Golf, Soopa doopa inflatable. Flying fox Pertandingan Pakaian Beragam dll. 

Pameran Kesihatan, Bomba , Polis dll.
Share:

MAKLUMAN PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) BAGI MATEMATIK KERTAS 1 (015/1) 2014

Perhatian kepada Ibu bapa/ Penjaga Murid,
SK Taman Putra Perdana 2.

Adalah dimaklumkan bahawa peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi subjek Matematik Kertas 1 akan berlangsung selama 1 hari pada 9 Oktober 2014 (Khamis) sahaja. Oleh yang demikian, terdapat murid yang akan direhatkan mengikut ketetapan berikut untuk memastikan pengurusan peperiksaan tersebut berjalan lancar.

SESI
TARIKH-TARIKH
DIREHATKAN
  TAHUN DIREHATKAN

  PERSEKOLAHAN    SEPERTI BIASA
Pagi
08/10/2014 (Rabu)
Tahun 5
Tahun 4
Petang
08/10/2014 (Rabu)
Tahun 1
Tahun 2 dan 3
Pagi
09/10/2014 (Khamis)
Tahun 4 dan 5
Tahun 6
Petang
09/10/2014 (Khamis)
Tiada
Tahun 1, 2 dan 3
Catatan: Semua murid Prasekolah bersekolah seperti biasa.


3.         Semua murid Prasekolah, Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 akan bersekolah seperti biasa pada 10 Oktober 2014 (Jumaat). Makluman di atas diharapkan dapat melancarkan lagi pengurusan sekolah anak-anak Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan Selamat Berjaya” kepada semua murid tahun 6.
Share:

PEMENANG SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SESI PAGI 2014

Tahniah diucapkan kepada pemenang - pemenang. Kepada murid yang tidak berjaya, boleh mencuba lagi di tahun hadapan. Semoga aktiviti yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada murid - murid.











PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TAHUN 4
1. ZAFIERA AZUEREEN BT ZAFISASRUL (4UM)
2. RAJA INSYIRAH KHAIRUNNISA BT RAJA ZULKARNAEN (4UKM)
3. MUHAMMAD DANIAL AIMAN ( 4UUM)
4. IRDINA BALQIS BT AMEROL HAMZAH (4USM)
5. MUHAMMAD IRFAN ZAIM BIN YAZRIN (4UTM)
6. NUR SYAFIQAH BT NUSRAN (4UTM)
7. NORMAN HAKIM (4UPM)
8.SHAFIE (4UIAM)

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TAHUN 5
1. NUR IZZATI INSYIRAH BT MUHAMMAD NIZAM (5USM)
2. NURSHAHIRAH IRDINA BT HAMSANI (5UM)
3. MUHAMMAD AIMAN MUKHRISH BIN RATNO AZHAZI (5UM)
4. MOHD DANISH HAIKAL BIN MOHD TARMIZI (5UTM)
5. NUR AIN BT MOHAMED FEISAL (5UM)
6. MUHAMAD NAWFAL BIN RAZMAN (5UPM)

PERSEMBAHAN DEKLAMASI SAJAK TAHUN 4
1. SITI HANNA NURUL AIN (4UM)
2. PUTERI DELAILA (4UM)

PERSEMBAHAN DEKLAMASI SAJAK TAHUN 5
1. ANISSA NADIRAH BT ABU HASSAN  (5UKM)
2. AYISY SYAHMI BIN ABDUL AZIZ ( 5UKM)

PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK TAHUN 4
1. 4UM
2. 4UTM
3. 4UKM
4. 4USM
5. 4UPM
6. 4UUM
7. 4UIAM
8. 4UITM

PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK TAHUN 5
1. 5UM
2. 5USM
3. 5UKM
4. 5UTM
5. 5UUM
6. 5UPM

PERTANDINGAN MEWARNA PRASEKOLAH
1. WAN MUHAMMAD AFIQ AIDIL
2. WAN ZAHEZY ADUKA
3. NURDINI
4. NURFARAH AMIRAH
5. NURSYUHADA ALYA
6. WAN QURATU DAYANA
7. MUHD ASYRAF
8. MUHD ADAM MALIK

PERTANDINGAN LUKISAN CANTIK PRASEKOLAH
1. SITI ANNISA
2, AHMAD FADZUL ADZIM
3. AQILA HANIM
4. WAN NUR DANEA
5. AIZAT AKMA
6. NUR IMANINA
7. NURJANNAH
8. SHAFIQAH



Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts