JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Showing posts with label PrOD. Show all posts
Showing posts with label PrOD. Show all posts

Bengkel Program Pembangunan Organisasi (PrOD) Fasa 1

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Pada 28 Julai 2012 yang lalu, jawatankuasa PrOD SKTPP2 telah menganjurkan "Bengkel Program Pembangunan Organisasi (PrOD) Fasa 1" Bertempat di Pusat sumber SKTPP2 bermula dari 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. 

Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk;
  1. Memberi kefahaman dan mengalakkan penghayatan mengenai PrOD sebagai kaedah membangunkan sekolah.  
  2. Menyemai kesedaran mengenai kepentingan keberkesanan kendiri seorang pemimpin di kalangan guru-guru sekolah. 
  3. Memupuk kerjasama antara guru-guru di samping memberi pengalaman kepada mereka untuk mengurus dan seterusnya mengamalkan nilai PrOD.

Perjalanan bengkel ini berjaya untuk mencapai objektif penganjurannya. Hal ini kerana komitmen yang di tunjukkan oleh guru-guru SKTPP2 amat membanggakan. Ditambah pula kehadiran Pegawai daripada Institut Aminuddin Baki, Tuan Haji Mohd Shahrul Iza Bin Ismail selaku penceramah dapat membantu warga SKTPP2 memahami lebih baik konsep PrOD ini. Warga SKTPP2 turut berkeyakinan untuk melaksanakan PrOD (Fasa 1) bagi melonjakkan prestasi SKTPP2 secara keseluruhannya.
Sekitar Bengkel PrOD
 Sesi pendaftaran

 Sesi "Ice breaking"
 Pegawai IAB, Tn Hj Mohd Shahrul Iza Bin Ismail
 Peserta melancarkan kapal terbang kertas
 Perbincangan dalam kumpulan
 Berbincang lagi
 Penyampain cenderamata kenag-kenangan dari SKTPP2
 Peserta bengkel
  Jawatankuasa pelaksana bengkel PrOD (Fasa 1)
Share:

Majlis Pelancaran PrOD (Fasa 1)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Pada 23 Julai 2012 yang lalu, jawatankuasa PrOD SKTPP 2 telah menganjurkan Majlis Pelancaran Program Pembangunan Organisasi atau singkatannya PrOD. Majlis pelancaran ini telah di laksanakan pada kedua-dua sesi persekolahan (sesi pagi dan sesi petang) semasa perhimpunan mingguan.

Pelaksanaan PrOD di SKTPP2 adalah beertujuan untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah melalui pembangunan organisasi.

Secara keseluruhannya, majlis pelancaran ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Jawatankuasa PrOD SKTPP2 mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang telah di berikan oleh kakitangan serta guru-guru SKTPP2 bagi menjayakan majlis ini. Terima kasih.


Sekitar Majlis Pelancaran PrOD


Ucapan Perasmian oleh Guru Besar SKTPP2, En Md Zohri Bin Saluki.

 Gimik Pelancaran disempurnakan oleh Guru Besar SKTPP2, En Md Zohri Bin Saluki.
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts