JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PENJAJARAN KURIKULUM SEKOLAH

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 

PENJAJARAN KURIKULUM SEKOLAH

🔴KPM telah melaksanakan Penjajaran Kurikulum Sekolah .

🟢Penjajaran Kurikulum adalah penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata pelajaran KSSR, KSKP dan KSSM yang terkesan akibat penularan penyakit COVID-19.

🟡Oleh itu, para ibu bapa serta penjaga diharapkan dapat bekerjasama dalam membantu perlaksanaan ini

🟣Berikut merupakan Kit Ibu Bapa bagi membantu ibu bapa faham dengan lebih jelas apakah yang perlu dilakukan.

Kerjasama semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih 👍







Share:

JADUAL TERBARU TAHAP 1 ( TAHUN 1, 2 DAN 3)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Berikut merupakan jadual terbaru Tahap 1 (Tahun 1, 2 Dan 3) bermula esok 22 JULAI 2020 (RABU)


Kerjasama anda amat dihargai dan didahului  dengan ucapan terima kasih ,,👍

http://bit.ly/jadual2020
Share:

MAKLUMAN CUTI HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Berikut merupakan Makluman Cuti Hari Raya Aidil Adha

Tarikh : 30 JULAI hingga 3 OGOS 2020

Kerjasama anda amat dihargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih 👍


Share:

JADUAL PERSEKOLAHAN TERBARU TAHAP 2

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Berikut merupakan link semakan Jadual Waktu Terbaru Tahap 2 ( Tahun 4, 5 Dan 6)

📚Jadual telah diedarkan kepada murid Tahun 5/6  dan akan bermula pada Hari  Isnin ( 20 JULAI 2020)

📚Bagi murid Tahun 4, akan bermula pada Hari Rabu  (22 JULAI 2020)

Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

Sila klik link, pilih tahun 👇

💻 http://bit.ly/jadual2020
Share:

MAKLUMAN KEMASUKAN SEKOLAH UNTUK TAHUN 4, 1,2,3

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

👇Berikut merupakan Makluman Pembukaan Semula Sekolah bagi murid Tahun 4, 1, 2 dan 3.

🔴Mohon ibu bapa merujuk panduan yang telah disediakan.

🟡Bagi murid Tahun 5 dan 6 masih meneruskan sesi persekolahan bermula Isnin ( 20 JULAI 2020)

🟢Bagi tahun 4, 1 , 2, dan 3 bermula Rabu (22 JULAI 2020)

Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih 👍
Share:

MAKLUMAT PINTU MASUK SEKOLAH

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

 MAKLUMAN PINTU MASUK PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH SKTPP2

1. Murid-murid tidak lagi menggunakan pintu pagar besar untuk masuk dalam kawasan sekolah ( kecuali murid berbasikal)

2. Murid -murid dikehendaki menggunakan pintu pagar kecil yang terletak di pondok menunggu bas. Sila rujuk gambar.

3. Bacaan suhu murid akan diambil di pintu pagar kecil tersebut oleh guru bertugas. ( Di catat dalam kertas kecil)

5. Murid seterusnya bergerak ke lobi mengikut arah laluan pergerakan yang ditetapkan bagi tujuan merekod suhu.

4. Murid berbasikal juga dikehendaki masuk menggunakan pintu utama ( besar) dan terus menuntun basikal ke tempat letak basikal. Seterusnya ,masuk ke dalam kawasan sekolah dan seterusnya bergerak ke lobi untuk merekod suhu 

4. Murid-murid dikehendaki menjaga jarak sosial semasa beratur masuk ke sekolah

Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih




Share:

MAKLUMAN PEMBUKAAN SEKOLAH SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

MAKLUMAT PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
(TAHUN 5 & 6 SAHAJA)

Tarikh.  : Mulai 15. JULAI 2020
Hari.      : RABU

1. Waktu Persekolahan :  Sesi Pagi

Isnin hingga Selasa : 7.20 pagi - 1.20 petang
Rabu : 7.20 pagi - 12.20 tengah Hari
Khamis : 7.20 - 1.20 petang
Jumaat : 7.20 - 11.50 pagi

#tertakluk kepada sebarang perubahan.
# Untuk Tahun 1 hingga Tahun 4 akan diberitahu kemudian.

2. Tiada sistem penggiliran,semua murid dikehendaki hadir setiap hari persekolahan.

_____________________________________________

Semua murid hendaklah mematuhi SOP Seperti berikut :

a. Murid dikehendaki hadir ke sekolah mengikut masa yang ditetapkan bermula jam 7.00 pagi dan mengambil anak masing-masing pada 1.20 petang.

b. Murid dikehendaki memakai pelitup Muka/mask. Pelitup muka yang berfesyen tidak dibenarkan .

c. Murid digalakkan membawa bekalan sendiri termasuk sudu dan garfu .

d. Ibu bapa disaran menyediakan wang kecil secukupnya untuk membeli makanan bagi mengelakkan pertukaran wang di kantin. Setiap menu yang dijual di kantin berharga RM 1.

e. Murid yang bergejala seperti demam, batuk, selsema tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah .

f. Murid datang ke sekolah melalui pintu pagar kecil sekolah berhampiran pondok menunggu bas . Suhu badan murid akan diambil dan jika suhu melebihi  37.5 akan diarah pulang.

g. Murid dikehendaki membawa kain lap/tisu basah dan plastik sampah masing-masing .

h. Waktu Balik murid hanya dibenarkan melalui pintu pagar utama dan pintu pagar kecil berhampiran Jalan 6.

Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih .
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts