JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

KUIZ ONLINE KOKURIKULUM.

 KUIZ ONLINE KOKURIKULUM SKTPP2


👨‍⚕⚽️🏑🏆


ARAHAN:

1. Unit Kokurikulum SKTPP2 menganjurkan KUIZ ONLINE KOKURIKULUM SKTPP2.


2. Kuiz ini terbuka kepada murid Tahap 2 SKTPP2.


3. Setiap murid dikehendaki menjawab kuiz mengikut unit Kokurikulum masing-masing, iaitu:

- Unit Beruniform 

- Kelab Dan Persatuan 

- Sukan Dan Permainan


4. Bermaksud, setiap murid akan menjawab satu kuiz Unit Beruniform, satu kuiz Kelab Dan Persatuan, satu kuiz Sukan Dan Permainan. 


5. Setiap murid boleh mencuba lebih daripada sekali sehingga mendapat keputusan yang memuaskan.


6. Murid- murid yang telah menjawab kuiz akan diberikan Sijil Pencapaian secara online melalui emel masing-masing.


🥇Emas (95-100 %)

🥈Perak (85-94 %)

🥉Gangsa (75-84 %)

🏅Keempat (65-74 %)

🏅Penyertaan (0-64 %)


7. Tarikh pelaksanaan 1 SEPTEMBER 2020 HINGGA 14 SEPTEMBER 2020.


8. Sijil hendaklah dicetak dan diserahkan kepada guru kelas bagi tujuan perekodan PAJSK 2020.


🌹Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih 🌹


Sila klik pautan di bawah untuk mula menjawab kuiz:


https://sites.google.com/s/1L8u3gbvI4uzJ7p1gOKBiN7WOVZ2uZRSW/edit?userId=112130700247434117766

Share:

SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 (2021)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

SEMAKAN PENEMPATAN MURID TAHUN 1 (2021)

❗Mohon Perhatian ibu bapa dan penjaga :

1.Sila semak status penempatan anak-anak Tahun 1 di laman sesawang

🌐https://public.moe.gov.my/


2. Sila cetak Surat penempatan .

3. Mohon tunggu Surat yang akan dipos oleh pihak sekolah ke alamat masing-masing. ( Pihak sekolah akan mula menghantar Surat ke alamat tuan /puan dalam minggu ini)

4. Jika sudah terima Surat yang dipos daripada pihak sekolah , sila kepilkan bersama Surat penempatan yang telah dicetak dan beberapa lagi dokumen yang diperlukan seperti yang tertulis di dalam surat .

5. Setelah ada Surat penempatan serta Surat yang dipos oleh pihak sekolah, sila hantar ke pejabat untuk pengesahan

Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih 👍


Share:

PENJAJARAN KURIKULUM SEKOLAH

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 

PENJAJARAN KURIKULUM SEKOLAH

🔴KPM telah melaksanakan Penjajaran Kurikulum Sekolah .

🟢Penjajaran Kurikulum adalah penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata pelajaran KSSR, KSKP dan KSSM yang terkesan akibat penularan penyakit COVID-19.

🟡Oleh itu, para ibu bapa serta penjaga diharapkan dapat bekerjasama dalam membantu perlaksanaan ini

🟣Berikut merupakan Kit Ibu Bapa bagi membantu ibu bapa faham dengan lebih jelas apakah yang perlu dilakukan.

Kerjasama semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih 👍







Share:

JADUAL TERBARU TAHAP 1 ( TAHUN 1, 2 DAN 3)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Berikut merupakan jadual terbaru Tahap 1 (Tahun 1, 2 Dan 3) bermula esok 22 JULAI 2020 (RABU)


Kerjasama anda amat dihargai dan didahului  dengan ucapan terima kasih ,,👍

http://bit.ly/jadual2020
Share:

MAKLUMAN CUTI HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Berikut merupakan Makluman Cuti Hari Raya Aidil Adha

Tarikh : 30 JULAI hingga 3 OGOS 2020

Kerjasama anda amat dihargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih 👍


Share:

JADUAL PERSEKOLAHAN TERBARU TAHAP 2

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Berikut merupakan link semakan Jadual Waktu Terbaru Tahap 2 ( Tahun 4, 5 Dan 6)

📚Jadual telah diedarkan kepada murid Tahun 5/6  dan akan bermula pada Hari  Isnin ( 20 JULAI 2020)

📚Bagi murid Tahun 4, akan bermula pada Hari Rabu  (22 JULAI 2020)

Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

Sila klik link, pilih tahun 👇

💻 http://bit.ly/jadual2020
Share:

MAKLUMAN KEMASUKAN SEKOLAH UNTUK TAHUN 4, 1,2,3

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

👇Berikut merupakan Makluman Pembukaan Semula Sekolah bagi murid Tahun 4, 1, 2 dan 3.

🔴Mohon ibu bapa merujuk panduan yang telah disediakan.

🟡Bagi murid Tahun 5 dan 6 masih meneruskan sesi persekolahan bermula Isnin ( 20 JULAI 2020)

🟢Bagi tahun 4, 1 , 2, dan 3 bermula Rabu (22 JULAI 2020)

Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih 👍
Share:

MAKLUMAT PINTU MASUK SEKOLAH

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

 MAKLUMAN PINTU MASUK PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH SKTPP2

1. Murid-murid tidak lagi menggunakan pintu pagar besar untuk masuk dalam kawasan sekolah ( kecuali murid berbasikal)

2. Murid -murid dikehendaki menggunakan pintu pagar kecil yang terletak di pondok menunggu bas. Sila rujuk gambar.

3. Bacaan suhu murid akan diambil di pintu pagar kecil tersebut oleh guru bertugas. ( Di catat dalam kertas kecil)

5. Murid seterusnya bergerak ke lobi mengikut arah laluan pergerakan yang ditetapkan bagi tujuan merekod suhu.

4. Murid berbasikal juga dikehendaki masuk menggunakan pintu utama ( besar) dan terus menuntun basikal ke tempat letak basikal. Seterusnya ,masuk ke dalam kawasan sekolah dan seterusnya bergerak ke lobi untuk merekod suhu 

4. Murid-murid dikehendaki menjaga jarak sosial semasa beratur masuk ke sekolah

Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih




Share:

MAKLUMAN PEMBUKAAN SEKOLAH SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

MAKLUMAT PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
(TAHUN 5 & 6 SAHAJA)

Tarikh.  : Mulai 15. JULAI 2020
Hari.      : RABU

1. Waktu Persekolahan :  Sesi Pagi

Isnin hingga Selasa : 7.20 pagi - 1.20 petang
Rabu : 7.20 pagi - 12.20 tengah Hari
Khamis : 7.20 - 1.20 petang
Jumaat : 7.20 - 11.50 pagi

#tertakluk kepada sebarang perubahan.
# Untuk Tahun 1 hingga Tahun 4 akan diberitahu kemudian.

2. Tiada sistem penggiliran,semua murid dikehendaki hadir setiap hari persekolahan.

_____________________________________________

Semua murid hendaklah mematuhi SOP Seperti berikut :

a. Murid dikehendaki hadir ke sekolah mengikut masa yang ditetapkan bermula jam 7.00 pagi dan mengambil anak masing-masing pada 1.20 petang.

b. Murid dikehendaki memakai pelitup Muka/mask. Pelitup muka yang berfesyen tidak dibenarkan .

c. Murid digalakkan membawa bekalan sendiri termasuk sudu dan garfu .

d. Ibu bapa disaran menyediakan wang kecil secukupnya untuk membeli makanan bagi mengelakkan pertukaran wang di kantin. Setiap menu yang dijual di kantin berharga RM 1.

e. Murid yang bergejala seperti demam, batuk, selsema tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah .

f. Murid datang ke sekolah melalui pintu pagar kecil sekolah berhampiran pondok menunggu bas . Suhu badan murid akan diambil dan jika suhu melebihi  37.5 akan diarah pulang.

g. Murid dikehendaki membawa kain lap/tisu basah dan plastik sampah masing-masing .

h. Waktu Balik murid hanya dibenarkan melalui pintu pagar utama dan pintu pagar kecil berhampiran Jalan 6.

Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih .
Share:

PROGRAM WAGGGS ONLINE UNTUK AHLI PPTM

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Kepada Ahli Pandu Puteri anda boleh menyertai (PROGRAM WAGGGS)

World Association Girl GuideA Girl Scout Online Program

Anda berpeluang mendapat sijil Dan badge 👍

Sila rujuk butiran di bawah untuk Maklumat lanjut 😊













Share:

PENGHANTARAN DOKUMEN PRA SEKOLAH DAN TAHUN 1 SESI 2021

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

PENYERAHAN BORANG TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH SESI 2021

Untuk makluman  Ibu bapa dan penjaga yang ingin menghantar borang Tahun 1 dan Pra Sekolah Sesi 2021

Masa        : 9.00 hingga 11.30 pagi
Tempat    : Tahun 1 (Pejabat)
                    Pra sekolah (Pra Sekolah)

Kerjasama anda amat dihargai dah di dahului dengan ucapan terima kasih 👍🏻
Share:

PENGHANTARAN DOKUMEN PRASEKOLAH SESI 2021

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

PENGHANTARAN DOKUMEN PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 SESI 2021

Untuk makluman Tuan Puan,
Penghantaran dokumen PRASEKOLAH DAN TAHUN 1  2021 SKTPP2 boleh dilakukan bermula

Tarikh  : Bermula 12 Mei 2020
Masa   :  9 pagi - 12 tengahari
Hari      : Setiap hari SELASA dan KHAMIS
               sahaja.
Tempat : Prasekolah (Prasekolah)
                 Tahun 1 ( Pejabat SKTPP2)

Pihak sekolah akan bercuti untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ( tarikh penghantaran dokumen selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri akan dimaklumkan kemudian )

Sila pastikan Tuan/Puan memakai topeng muka dan hanya seorang sahaja yg dtg JANGAN bawa anak- anak.

Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih 👍
Share:

SEMAKAN ID GC MURID

SILA HUBUNGI GURU KELAS UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI
Share:

Langkah-Langkah Pencegahan

COVID 19 Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sila jaga diri anda dan akur pada arahan kerajaan supaya sentiasa berada di rumah dan tidak berkumpul dalam kelompok yang ramai. Pihak kerajaan telah mengedarkan pelbagai risalah melalui pelbagai medium untuk memberi kemudahan kepada kita supaya faham denganarahan yang diberikan. Cikgu ingin berkongsi di blog sekolah ini supaya boleh dijadikan rujukan pada bila-bila masa sekiranya perlu.






Share:

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Apa khabar semua anak-anak didik kesayangan cikgu. Semoga cuti sempena Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 ini memberi ruang dan peluang kepada murid-murid untuk mengulangkaji pelajaran. Pelbagai medium digunakan oleh guru-guru untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak semua. Semoga peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya. Cikgu sekadar ingin berkongsi maklumat dengan murid-murid semua berkaitan Virus Corona yang sedang melanda negara kita sekarang ini. Pelbagai langkah dan hebahan telah dijalankan oleh pihak kerajaan dengan bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia. Moga maklumat ini bermanfaat untuk semua.

AMALKAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KEBERSIHAN DIRI ANTARA SARANAN KKM:

 1. Semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19.

 2. Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, dinasihatkan agar tidak menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat termasuk aktiviti keagamaan.

 3. Individu yang bergejala dinasihatkan menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.

 4. Orang ramai tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19.

 5. Rakyat Malaysia yang bergejala jangkitan saluran pernafasan tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah.
Share:

KAEDAH PEMBAYARAN SUMBANGAN PIBG SECARA ONLINE

Assalamualaikum dan salam sejahtera

PANDUAN PEMBAYARAN SUMBANGAN PIBG SECARA ONLINE

Pihak PIBG SKTPP2 juga menyediakan khidmat bayaran yuran secara online.

Sila ikuti langkah pembayaran di bawah serta lampirkan bukti pembayaran di pautan 👇

https://sites.google.com/edidik.edu.my/agm-pibg-2020/home

Mudah! Cepat ! Jimat Masa 👍

Kerjasama anda amat dihargai Dan didahului dengan ucapan terima kasih.



Share:

PERKONGSIAN BERKENAAN COVID 19

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perkongsian Berkenaan Covid-19 oleh Kelab Doktor Muda SKTPP2 serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil.

Semoga warga SKTPP2 Dan semua terhindar dari sebarang penyakit dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.











Share:

MAKLUMAN KOKURIKULUM 4/3/2020 (RABU)

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera

MAKLUMAN PERJUMPAAN KOKURIKULUM 4/3/2020

Kokurikulum hanya dibuat satu sesi sahaja:

Sesi 1 : 12.20 - 1.20 petang
UNIT : KELAB DAN PERSATUAN

Sesi 2 : Ditangguhkan
 (Memberi laluan kepada peperiksaan SRA)

Kerjasama anda amat dihargai Dan didahului dengan ucapan terima kasih.



Share:

MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN TAHUN 1 SESI 2021/2022

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN TAHUN 1 SESI 2021/2022 SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR.

Sekian, makluman terima kasih 👍

Share:

Khemah Ibadah , Motivasi Tahun 6 Dan Ceramah Keibubapaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perhatian kepada murid dan ibu bapa tahun 6

Makluman Khemah Ibadah  Motivasi Tahun 6 Dan Ceramah Keibubapaan

Sekian , makluman terima kasih 🙂


Share:

PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH SKTPP2 (SESI PAGI)

Pada 17 Februari 2020 bersamaan dengan hari Isnin, satu Program Jom Ke Sekolah telah diadakan bertempat di dataran perhimpunan SK Taman Putra Perdana 2.  Majlis bermula tepat pada jam 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah.  Seterusnya diikuti dengan bacaan lafaz ikrar Rukun Negara dan ikrar murid serta bacaan doa.



Program Jom Ke Sekolah dimulai dengan bacaan perutusan daripada YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan yang dibacakan oleh Yang Berusaha, Encik Zanuddin bin Sanuan, Guru Besar SKTPP2.  Majlis bersambung dengan bacaan perutusan daripada Ketua Polis Negara yang dibacakan oleh Yang Berusaha, Puan Rosmah binti Jamat, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKTPP2.




Majlis diteruskan dengan gimik perasmian yang dilancarkan oleh Yang Berusaha, Tuan Guru Besar bersama-sama dengan barisan pentadbir yang lain.





Murid-murid turut diperkenalkan dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), iaitu Kop. Shafie, Pegawai Polis Taman Putra Perdana.


Share:

PROGRAM KEPIMPINAN PEMIMPIN WAJA SKTPP2

Pada 13 Februari 2020 bersamaan dengan hari Khamis, satu Program Kepimpinan Pemimpin Waja telah diadakan bertempat di Dewan Terbuka, SK Taman Putra Perdana 2.  Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.20 tengah hari.



Program ini telah dilaksanakan oleh tenaga pengajar dari luar yang diketuai oleh Encik Bakhtiar Fitri Bin Haji Abdul Hamid (UBF).  Beliau merupakan Perunding Utama dalam NADI ILMU Training Management.



Program ini melibatkan barisan pemimpin waja sesi pagi dan petang yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks dan Briged Bestari.



Program ini berjalan dengan lancar dan baik serta diharapkan agar pemimpin-pemimpin waja menerima sesuatu yang bermakna daripada pengisian program ini.


Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts