HARI PENCEGAHAN KEBAKARAN SKTPP2
LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 22 (SESI PETANG)
Pada 12 Ogos 2024, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2. Sebelum majlis perhimpunan mingguan bermula murid-murid mula berkumpul di dataran pada 5.50 petang. Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.10 petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah. Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas.
UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS
Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas Pn Siti Baizura binti Saarani. Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas sepanjang minggu 22 (12 Ogos – 16 Ogos 2024). Senarai guru bertugas adalah seperti berikut:
1. Puan Siti Baizura binti Saarani
2. Encik Azharuddin
3. Puan Rina Wati
4. Puan Suriani binti Ibrahim
5. Puan Yuzainismar binti Yusoff
Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu tersebut iaitu Hormat Menghormati – Hormati kepelbagaian Agama, budaya dan etnik. Murid memberikan sepenuh tumpuan sepanjang penerangan itu disampaikan. Murid juga dapat menjawab soalan berkenaan kepelbagaian budaya dan etnik yang dikemukakan oleh guru. Selain itu, beliau turut mengingatkan agar murid yang tidak sihat dari rumah tidak perlu hadir ke sekolah dan perlu kuarantin di rumah untuk mengelakkan dari murid menjadi pembawa virus kepada rakan-rakan yang lain di sekolah.
PENYAMPAIAN PIALA PUSINGAN DAN TOKEN UNTUK KECERIAAN KELAS
Perhimpunan diteruskan dengan penyampaian piala pusingan dan token kepada Ketua Kelas bagi Keceriaan dan Kebersihan kelas sesi minggu lepas.
Tahun 1- 1 Dedap
Tahun 2- 2 Mawar
Tahun 3- 3 Semarak
UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG
Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Encik Nor Azli Bin Zahidin, PK Petang SKTPP2. Antara intipati ucapan ialah:
1. Menegaskan kepada murid tentang disipilin sekolah berkenaan ketika berada di kantin, selepas makan perlu buang sampah ke dalam tong sampah agar kantin sentiasa berada keadaan bersih.
2. Mengingatkan murid-murid agar tunggu di pondok sementara ibu dan ayah sampai ke sekolah. Dilarang untuk berkeliaran di kawasan yang lain.
3. Mengucapkan “Selamat Datang” dan memperkenalkan guru-guru praktikum kepada murid-murid.
Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.
Laporan Disediakan Oleh,
SITI BAIZURA BINTI SAARANI
Ketua Guru Bertugas Minggu 22
LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI KALI KE-2 SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 TAHUN 2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 10 Ogos 2024, bertempat di SK Taman Putra Perdana 2 telah diadakan program gotong royong kali ke-2 bagi sesi 2024. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program gotong-royong ini. Semua guru bekerjasama membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah mengikut stesen yang telah ditetapkan. Kerjasama semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
LAPORAN HARI INTERAKSI AKADEMIK SESI 2024/2025 (SESI PETANG)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada 02 Ogos 2024 (Jumaat) pada pukul 03.00 – 06.00 petang, SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Hari Interaksi Akademik bagi sesi 2024/2025. Hari Interaksi Akademik diadakan bertujuan untuk mengeratkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam usaha meningkatkan prestasi akademik dan kesejahteraan murid. Berikut merupakan gambar sepanjang Hari Interaksi Akademik 2024/2025 bagi sesi petang.