JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Pertandingan Pakaian Beragam, Sajak dan Syair

Pertandingan Pakaian Beragam, Sajak dan Syair telah diadakan pada 24 Ogos 2011 bertempat di Pusat Sumber Sekolah. Seramai 20 peserta pakaian beragam, 6 peserta sajak dan 2 peserta syair telah menjayakan program ini.

Nama Peserta Pakaian Beragam:
1. Noor Fatihah bt Mohamad (5Z)
2. Siti Sara Nafisa bt Shamsul Azhar (5Z)
3. Mimie Amiera bt Md Alham (5Z)
4. Ain Nabilah bt Ismadi Faisal (5Z)
5. Amy Nadhirah Syazana bt Kaswadi (5M)
6. Sweta a/p Maniam (5M)
7. Rose Maria bt Zulkifli (5D)
8. Nur Fatihah bt Ardi Zulkarnain (5D)
9. Indah Nur Syuhada bt Naharanuar (5D)
10. Nur Afifah Hanim bt Adnan (5D)
11. Nur Umi Hariyah bt Umar (5N)
12. Muhammad Alif bin Mohd Jais (5D)
13. Muhammad Ikram Iktiarudin (5D)
14. Muhammad Izzat bin Anuar (5D)
15. Muhammad Amirul Iman bin Rais (5D)
16. Nur Akmal bin Suwardi (5M)
17. Muhd Shafique Shazwan (5I)
18. Nuramanina Izzati bt Abu Bakar (5B)
19. Wan Muhammad Haziem (5I)
20. Nur Radhiah bt Mohd Riduan (5B)







Nama Peserta Pertandingan Mendeklamasikan Sajak:
1. Muhammad Alif bin Mohd Jais (5D)
2. Nur Nisa bt Faizal Nizam (5B)
3. Nur Aishah Syuhada bt Hajarul Assuad (5B)
4. Nur Akmal bin Suwardi (5M)
5. Amirul Iman bin Rais (5D)
6. Noor Akmal Danish (5M)

Nama Peserta Pertandingan Mendeklamasikan Syair:
1. Nur Farrah Nisha bte Md Sharil (5B)
2. Amyra Ezurien bt Abd Razak (5B)





Share:

PERASMIAN BULAN PATRIOTIK (SESI PETANG)

Pada hari Isnin yang lepas, 15 Ogos 2011 telah diadakan satu majlis perasmian Bulan Patriotik bagi sesi petang. Semasa perasmian, lagu-lagu kebangsaan dinyanyikan dengan penuh semangat oleh murid-murid dan warga SK Taman Putra Perdana 2. Murid-murid juga dengan bangga mengibarkan bendera kebangsaan yang mana dapat menaikkan semangat patriotisme dalam jiwa setiap murid. Seluruh kawasan sekolah juga dipasangkan Jalur Gemilang sebagai tanda menzahirkan rasa cinta dan kebangaan terhadap kemerdekaan tanah air.



Para guru menyayikan lagu dengan penuh semangat dan perasmian oleh En Zanuddin B. Sanuan




Pengibaran bendera oleh murid-murid sesi petang dan deklamasi sajak bertajuk 'Tanah airku'
Share:

Makluman Penting/ Tambahan Berkaitan Sekolah.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
Dimaklumkan bahawa perkara - perkara di bawah adalah untuk makluman dan panduan ibu bapa.

1) WAKTU KETIBAAN SEMUA MURID
1.1  Sesi pagi     - Waktu tiba di sekolah sebelum atau pada 7.20 pagi kerana
                            waktu pengajaran dan pembelajaran akan bermula 7.30 pagi.
1.2  Sesi petang - Bagi tahun 4
                            Isnin dan Selasa:
                            ( Waktu tiba - 12.50 tengah hari) ( Waktu masuk - 1.00 petang)
                            Rabu dan Khamis:
                            ( Waktu tiba - 12.20 tengah hari) (Waktu masuk - 12.30 petang)
                            Jumaat :
                            (Waktu tiba - 1.50 petang) (Waktu masuk - 2.00 petang)
                            Bagi Tahun 3 &2
                            Isnin hingga Khamis:
                            (Waktu tiba - 12.50 tengah hari) (Waktu masuk - 1.00 petang)
                            Jumaat:
                            ( Waktu tiba - 1.50 petang) (Waktu masuk - 2.00 petang)

2) KELAS TASMEK
2.1   Sepanjang bulan puasa, Kelas Tasmek akan diadakan seperti biasa bagi murid sesi pagi dan sesi petang kecuali pada hari - hari peperiksaan (Ujian Bulanan, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun).

3)KEMUDAHAN TELEFON AWAM
3.1  Terdapat pemasangan telefon awam yang baru terletak di Lobi (Aras Bawah) untuk kegunaan murid pada waktu kecemasan. Kerjasama ibu bapa untuk membekalkan anak dengan wang kecil (syiling) bagi memudahkan murid menggunakan telefon awam.

4) WAKTU OPERASI PEJABAT
4.1 Isnin - Jumaat ( 8.00 pagi - 5.00 petang) Rehat (1.00 petang - 2.00 petang)
      Waktu Rehat Hari Jumaat (12.15 - tengah hari - 2.45 patang)
4.2 Sepanjang bulan puasa waktu operasi seperti ketetapan berikut:
      Isnin - Jumaat ( 8.00 pagi - 4.00 petang)
      Waktu Rehat hari Jumaat (12.15 tengah hari - 1.15 petang)

5) CUTI AM SEMPENA HARI NUZUL AL-QURAN
5.1  Semua murid akan bercuti pada 17 Ogos 2011 (Rabu) dan bersekolah seperti biasa
       pada 18 Ogos 2011 (Khamis)

6) CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
6.1  Semua murid akan bercuti mulai 27 Ogos 2011 sehingga 4 September 2011
6.2  Sekolah akan dibuka seperti biasa pada 5 September 2011 (Isnin)

Makluman di atas diharap dapat melancarkan lagi pengurusan sekolah anak - anak Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan. Pihak sekolah juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Share:

"TAHNIAH" untuk Ustaz Marzuki

Ucapan " Tahniah" untuk Ustaz Marzuki yang telah berjaya dalam permohonan pertukaran ke negeri kelahirannya


Anak haruan lima-lima, 
Mati ditimpa punggur berdaun; 
Budimu ustaz kami terima, 
Jadi kenangan bertahun-tahun. 


Akar keladi melilit kasih, 
Selasih tumbuh di hujung taman; 
Kalungan budi jambangan kasih, 
Mesra kenangan sepanjang zaman. 


Anak Cina memasang pukat, 
Pukat dipasang di Tanjung Jati; 
Di dalam hati tetapkan ingat, 
Bagai rambut di simpul mati.


"Kalau ada jarum yang patah jangan simpan di dalam peti, kalau ada silap dan salah jangan simpan di dalam hati,"
Share:

Sambutan Bulan Patriotik 2011

Tarikh                  :  15 Ogos - 19 September 2011
Tempat                :  SK Taman Putra Perdana 2
Anjuran Bersama  :  Panitia KT, SV, BM, MZ dan PSV


Latar Belakang


Sambutan Bulan Patriotik diadakan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara. Setiap tahun ianya disambut pada 31 Ogos. Pada tahun ini genap 54 tahun negara kita merdeka. Sambutan  Bulan Patriotik peringkat sekolah diadakan dengan gabungan lima panitia iaitu Panitia Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Bahasa Malaysia, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual. Aktiviti ini merupakan salah satu kaedah untuk menyemarakkan dan memeriahkan lagi semangat kemerdekaan di kalangan pelajar.

Objektif
1 )Menarik perhatian di kalangan pelajar untuk menyertai pelbagai
    aktiviti yang dirancang.
2) Memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan yang akan disambut
    pada31 Ogos 2011  nanti.
3) Meningkatkan dan melahirkan pelajar-pelajar yang berani dan
     yakin dengan kebolehan sendiri.

Program - program yang dijalankan sempena Sambutan Bulan Patriotik 2011:
1. Mewarna
2. Pakaian Beragam
3. Melukis Poster
4. Persembahan Lagu Patriotik
5. Deklamasi sajak
6. Syair

Share:

Penutupan Bulan Membaca 2011






Murid-murid tahun 5 telah mempersembahkan Boria Sempena Penutupan Bulan Membaca 2011 anjuran Pusat Sumber Sekolah. Persembahan tersebut sangat menarik dan kreatif di samping itu isi maklumat yang disampaikan dalam Boria adalah berkaitan dengan Matematik.
Share:

Percubaan UPSR Ke-2



Percubaan UPSR Kali ke-2 telah dijalankan pada 16, 18 dan 19 Ogos 2011. Calon UPSR masing-masing berada di dewan peperiksaan menjawab soalan peperiksaan dan selebihnya menggunakan dua buah kelas. Di harap murid-murid lebih mantap lagi kerana UPSR semakin hampir.
Share:

BULETIN KSSR DAN PBS BIL 2/OGOS 2011

Objektif buletin adalah sebagai medium informasi dari sekolah kepada ibu bapa / penjaga mengenai maklumat dan aktiviti KSSR, PBS dan LINUS.









Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts