JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PAGI MINGGU 12 / 2015


LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PAGI MINGGU 12 / 2015
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Majlis perhimpunan pada pagi yang mulia ini dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah serta Lagu Malaysia Berjaya.
Seterusnya bacaan doa, Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah oleh pengawas yang bertugas pada minggu ini.

Majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan Ketua Guru Bertugas iaitu Pn. Rahayu binti Ghani. Beliau memperkenalkan barisan guru-guru yang bertugas antaranya :-

1. En. Md. Suhaidi bin Md. Sabar
2. Pn. Siti Raudah Hamid
3. Pn. Nor Syafrida Ibrahim
4. Cik Margerat Ann a/p Arputham

Sekiranya murid-murid menghadapi sebarang masalah atau memerlukan sebarang bantuan bolehlah berjumpa dengan guru-guru bertugas tersebut.

Tema pada minggu ini adalah berkaitan Adab Berpakaian. Murid-murid diingatkan sentiasa mematuhi peraturan sekolah iaitu memakai tali leher pada setiap hari Isnin. Antara adab pakaian yang dikupas oleh Pn. Rahayu binti Ghani adalah sentiasa membaca doa setiap kali memakai atau membuka pakaian.Sentiasa mendahulukan  anggota sebelah kanan semasa memakai manakala membuka pakaian dengan mendahulukan anggota sebelah kiri.

UCAPAN GURU BERTUGAS
5 Minit PPDA
Seterusnya program 5 minit PPDA. Guru bertugas membentangkan tentang sejenis dadah iaitu Pil Kuda, ciri-ciri Pil Kuda, isi kandungan serta kesan kepada individu yang menyalahgunakan pil tersebut.
PROGRAM 5 MINIT PPDA

Seterusnya, majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan Majlis Perasmian Pembugaran Nilam 2015 yang telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar En. Kamsani bin Sahlan.

UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

UCAPAN PENGURUS /PENYELARAS MAJLIS
UCAPAN PERASMIAN OLEH GURU BESAR
GIMIK PERASMIAN
                   
JAWATANKUASA MAJLIS PERASMIAN BERSAMA BARISAN PENTADBIR SEKOLAH
PERSEMBAHAN MURID TAHUN 5
PERSEMBAHAN MURID PRA SEKOLAH

Akhir sekali, majlis penyampaian insentif kepada murid Tahun 6 yang berjaya mendapat 5A pada Ujian Bulanan 1 yang lalu. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada adik Syabil Azfar Hakim dan adik Alif Haikal dari kelas 6UM. Sesungguhnya kejayaan mereka berdua memberi galakan kepada murid-murid yang lain agar terus berusaha mendapat 5A dan sama merasai insentif tersebut sekiranya berjaya.

ADIK SYABIL AZFAR HAKIM

ADIK ALIF HAIKAL

BERGAMBAR BERSAMA TUAN GURU BESAR, EN. KAMSANI BIN SAHLAN
Dengan berakhirnya majlis penyampaian tersebut, maka berakhirlah perhimpunan rasmi pada minggu ini dan disudahi dengan sekian terima kasih.
Disediakan oleh,
Pn. Rahayu binti Ghani

Share:

PROGRAM TEMU MURNI GURU-GURU TAHUN 6 BERSAMA IBU BAPA/ PENJAGA MURID TAHUN 6 KALI PERTAMA 2015

Perjumpaan bersama semua ibu bapa / penjaga murid tahun 6 dan guru-guru tahun 6 SK Taman Putra Perdana 2 telah diadakan pada 28 Mac 2015 bersamaan hari sabtu yang lalu. Program yang dikenali sebagai Temu Murni ini diadakan bertujuan untuk konsultasi dua hala antara ibu bapa dan guru berdasarkan pencapaian murid dan bersama-sama menyelesaikan masalah dan disiplin murid dalam konteks pembelajaran. Berikut merupakan tentatif  Program Temu Murni yang telah dijalankan :-

8.00 - 8.30 pagi   - pendaftaran
8.30 -9.00  pagi   - Taklimat ringkas 
9.00 - 11.30 pagi - Perbincangan dengan guru kelas dan guru mata pelajaran


SEKITAR PROGRAM TEMU MURNI 



6 UUM

IBU BAPA / PENJAGA MEMBUAT GRAF PRESTASI DIRI MURID

6 UPM

GURU MEMBANTU IBU BAPA / PENJAGA MEMBUAT GRAF PRESTASI DIRI MURID

GURU MEMBANTU IBU BAPA / PENJAGA MEMBUAT GRAF PRESTASI DIRI MURID

6 UKM


ANTARA IBU BAPA / PENJAGA YANG HADIR

IBU BAPA / PENJAGA MEMBUAT GRAF PRESTASI DIRI MURID

6 USM

ANTARA IBU BAPA / PENJAGA YANG HADIR

ANTARA IBU BAPA / PENJAGA YANG HADIR

6 UTM

PERBINCANGAN BERSAMA GURU MATA PELAJARAN

PERBINCANGAN BERSAMA GURU MATA PELAJARAN

PERBINCANGAN BERSAMA GURU MATA PELAJARAN

PERBINCANGAN BERSAMA GURU MATA PELAJARAN

6 UM



PERBINCANGAN BERSAMA GURU MATA PELAJARAN

PERBINCANGAN BERSAMA GURU MATA PELAJARAN



Share:

MAKLUMAN : MAJLIS PELANCARAN KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KSIB) SK TAMAN PUTRA PERDANA 2,KLINIK BOLA SEPAK DAN PELANCARAN BUKU TEKNIK AWALAN BOLA SEPAK

Assalamulaikum,selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Makluman kepada semua ibu bapa dan guru, PIBG SK Taman Putra Perdana 2 akan mengadakan Majlis Pelancaran Kumpulan Sokongan Ibu Bapa ( KSIB), Klinik Bola Sepak dan Pelancaran Buku Teknik Awalan Bola Sepak seperti ketetapan berikut :
   
      Tarikh       : 28 Mac 2015 (Sabtu)
      Masa        : 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
      Tempat     : Dewan Terbuka SK Taman Putra Perdana 2
      Perasmi   :  En. Dollah Salleh ( Jurulatih Bola Sepak Kebangsaan )

Program ini mendapat liputan TV3, Astro Arena dan  media cetak.Tuan/puan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis yang diadakan.





Share:

MAKLUMAN : PROGRAM TEMU MURNI GURU-GURU TAHUN 6 BERSAMA IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHUN 6 KALI PERTAMA 2015


Share:

LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE 11 - 2015

Assalamualaikum,Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Selamat Kembali ke sekolah selepas seminggu sekolah bercuti. Perhimpunan pada minggu ini dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku ,Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya.Perhimpunan pada minggu ini di pengerusikan oleh Adik Nor Ain Nisa dari kelas 6UM.Guru bertugas pada minggu ini terdiri dari Ustaz Zawadi bin Ali (Ketua),Cikgu Norizi bin Mohamed,Pn Siti Nora bt Mohamed Ahyar dan Pn Salina bt Hashim.Tema Pada Minggu ini adalah berkenaan dengan Adab Makan dan kupasan berkenaan Gejala Penagihan Dadah.Acara perhimpunan pada minggu ini diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada kelas terbersih yang terdiri dari tahun 4,5 dan 6.Kelas Keseluruhan terbersih untuk bulan  ini di menangi oleh kelas 4 UKM guru kelas adalah Pn Fellicia Gatun Majlis di pengerusikan oleh Pn Nadrah bin Abd. Satar .Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tn Guru Besar En. Kamsani bin Sahlan.Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan guru disiplin iaitu Yang Berbahagia Ustaz Mohd Razis bin Shainisi yang mengingatkan murid-murid berkenaan tentang adab makan semasa berada di kantin bagi mengelakkan dari berlakunya kejadian yang tidak di ingini seperti tercekik ketika makan dan sebagainya.Acara terakhir pada minggu ini adalah ucapan dari Tn Guru Besar En Kamsani bin Sahlan yang memberi ingatan kepada murid-murid berkenaan kebersihan kelas dan kawasan persekitaran yang harus di beri keutamaan.




Share:

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT KALI PERTAMA TAHUN 2015

Pada 5 Mac 2015 bersamaan hari khamis yang lalu, SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP2) telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat bersama murid-murid Tahun dan Ibu Bapa serta guru-guru SKTPP2 kali pertama bagi tahun 2015.Majlis bacaan Yassin dan Solat hajat untuk UPSR ini adalah salah satu program yang dirancang untuk memohon kepada Allah S.W.T.supaya membantu para pelajar Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR dengan lebih tenang dan yakin. Penganjuran majlis seperti ini adalah sebagai salah satu usaha untuk membantu para pelajar dari segi kerohanian disamping usaha yang berterusan dari guru- guru dan semua pihak .Selain itu ianya juga dapat mengeratkan lagi ikatan persaudaraan antara pihak sekolah dengan para ibu bapa / penjaga.

SUASANA SEKITAR MAJLIS


PENDAFTARAN

MUAZZIN - ADIK SYAFIALLAH

SEBAHAGIAN DARIPADA JEMAAH PEREMPUAN

IBU BAPA / PENJAGA YANG HADIR

SEBAHAGIAN DARIPADA JEMAAH LELAKI

IMAM - USTAZ ROSMADI BIN ABD MANAF

JAMUAN

JAMUAN

Share:

Laporan Perhimpunan Mingguan Sesi Pagi (minggu Ke-10)

Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Majlis Perhimpunan pada pagi yang berbahagia ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku' ,Lagu Negeri Selangor, Lagu sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Pengerusi majlis bertugas, Adik Nur Alya bt Mohd Fauzi 6 UM mengingatkan murid semua dapat menyanyikan dengan penuh semangat serta berdiri tegak semasa menyanyikan lagu tersebut. Majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan Bacaan Doa, Ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah oleh pengawasa bertugas. Seterusnya pengerusi majlis menyerahkan majlis kepada ketua guru bertugas pada minggu ini iaitu Cik Jagjer Kaur a/p Gurmukh Singh.
Ketua guru bertugas pertama sekali memaklumkan barisan guru-guru yang bertugas pada minggu ini seperti berikut :-
1. En. Ramdani b Md. Yusoff Muhd Suhud
2. Pn. Nadhrah bt Ab Satar
3. Pn. Zaripah bt Ismail
4. Pn. Nasibah bt
5. Pn. Nur Leen bt Ismail
Sebarang masalah dan kecemasan bolehlah berhubung dengan guru bertugas mingguan.

Seterusnya, ketua guru bertugas menasihati murid-murid agar menyanyikan lagu kebangsaan dengan berdiri tegak, tangan di sisi dan penuh semangat. Murid-murid juga dinasihatkan supaya membersihkan kelas masing-masing sebelum bermula seisi pengajaran dan pembelajaran agar dapat belajar dengan suasana yang selesa dan kondusif. Ketua guru bertugas juga memaklumkan kepada murid-murid dan guru-guru bahawa setiap hari Selasa merupakan 'English Day'. Setiap Selasa pagi, guru-guru Bahasa Inggeris akan mengadakan beberapa aktiviti untuk murid-murid selam 5-10 minit. 'English Day' bertujuan untuk memupuk minat di kalangan murid-murid dan guru-guru untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris di samping meningkatkan 'speaking skill'.

Ketua guru bertugas juga menyampaikan beberapa info untuk sepanjang minggu ini seperti:-
1) Aktiviti Kokurikulum ditangguhkan pada hari Rabu, 11 Mac 2015, berikutan sekolah agama akan menjalankan peperiksaan.
2) Kelas lonjakan tahun 6 berjalan seperti biasa bagi murid-murid yang tidak terlibat dengan sekolah agama.









Ucapan Ketua guru bertugas minggu ini - minggu ke 8

Seterusnya perhimpunan diteruskan dengan slot pelancaran minggu Matematik dan Sains. Pengacara majis menjemput Pn Syahida bt Ahmad untuk menerangkan perjalanan dan aktiviti-aktiviti sepanjang minggu Matematik dan Sains dan seterusnya menjemput Pn. Siti Hanim bt Sungit selaku Penolong Kanan Pentadbiran untuk merasmikan pelancaran tersebut. Pn Siti Hanim menerangkan kepentingan matapelajaran Matematik dan Sains untuk murid-murid. Selepas persembahan dari murid-murid prasekolah Pn Siti Hanim dengan itu merasmikan pelancaran minggu Matematik dan Sains dengan lafaz Bismillah.










Pn Syahida bt Ahmad mengacara majlis pelancaran minggu Matematik dan Sains










Persembahan murid-murid prasekolah






































Penolong Kanan Pentadbiran,Pn Siti Hanim bt Sungit, melancarkan minggu Matematik dan Sains


Slot seterusnya diberi oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En Ahmad Mustaqiem b Ibrahim mengenai tajuk adab berinteraksi. Beliau menerangkan maksud adab berinteraksi dan kepentingan mempunyai abad semasa berinteraksi dengan rakan, guru, ibubapa dan komuniti sekeliling.













Penolong Kanan Kokurikulum, En Ahmad Mustaqiem b Ibrahim, menyampaikan slot adab berinteraksi

Perhimpunan bersurai dan murid-murid masuk ke kelas masing-masing untuk sesi  pengajaran dan pembelajaran.
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts