JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN ROGRAM ABC / SESI PETANG (HARI KELIMA)

 Pada 24 Mac 2023 (Jumaat), program hari ini di bawah Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Moral.  Aktiviti ini dilaksanakan di dalam kelas masing-masing di bawah pengawasan dan bimbingan guru subjek.

  Selepas rehat, murid melaksanakan aktiviti 3 Bahasa di bawah gabungan Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia bahasa Arab. Aktiviti yang dilaksanakan ialah Pantun,’Making Shapes’ dan Kraft Tanah Liat. Murid-murid berasa teruja, seronok dan gembira dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka bersama rakan-rakan.











Share:

LAPORAN ROGRAM ABC / SESI PETANG (HARI KEEMPAT)

 Pada 23 Mac 2023 (Khamis), aktiviti telah dijalankan di bawah Panitia Pendidikan Seni Visual iaitu Projek kreatif dari bahan terbuang. Aktiviti yang dilaksanakan ialah bakul dari botol air dan ulat dari sarang telur. Murid membawa bahan sendiri dari rumah. Aktiviti ini dilaksanakan di dalam kelas masing-masing di bawah pengawasan dan bimbingan guru subjek. 








 Selepas rehat, murid melaksanakan aktiviti di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling iaitu lembaran kerja. Aktiviti yang dilaksanakan ialah Mari Teropong dan Maze. Murid-murid berasa gembira dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.







Share:

LAPORAN PROGRAM ABC / SESI PETANG (HARI KETIGA)

 Pada 22 Mac 2023 (Rabu), Program Anak Bijak lagi Cerdik telah dimulakan dengan aktiviti di bawah Panitia Sains iaitu ‘Science Is Fun’. Aktiviti yang dilaksanakan ialah Permainan Lego dan puzzle. Aktiviti ini dilaksanakan di dalam kelas masing-masing di bawah pengawasan dan bimbingan guru subjek.







 

 Selepas rehat, murid melaksanakan aktiviti di bawah Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan iaitu senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Normah dan Cikgu Nurlina. Murid-murid berasa teruja, seronok dan gembira dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka bersama rakan-rakan.









Share:

LAPORAN PROGRAM ABC / SESI PETANG (HARI KEDUA)

 Pada 21 Mac 2023 (Selasa), aktiviti hari ini di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling. Aktiviti yang dilaksanakan ialah Aktiviti Maze dan Kod Rahsia. Aktiviti ini dilaksanakan di dalam kelas masing-masing di bawah pengawasan dan bimbingan guru subjek.

  Selepas rehat, murid melaksanakan aktiviti di bawah Panitia Matematik iaitu Buku Skrap Bijak Sifir. Setiap murid perlu menulis dan menghias buku skrap mereka mengikut kreativiti sendiri. 

 Aktiviti seterusnya dikendalikan di bawah Panitia Sejarah iaitu Sayangi Malaysia. Aktiviti yang dilaksanakan adalah menulis Rukun Negara dan Menulis Lagu Negaraku serta melukis bendera Malaysia. Murid-murid berasa seronok dan gembira dengan aktiviti -aktiviti pada hari kedua dijalankan.























Share:

MAKLUMAN PELANCARAN PROGRAM IHYA' RAMADAN 1444H

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 Untuk makluman semua warga SKTPP2, ibu bapa dan penjaga serta komuniti sekitar SK Taman Putra Perdana 2, bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Pelancaran Program Ihya' Ramadan 1444H Peringkat SK Taman Putra Perdana 2.

 Program yang dirancang ini bakal dilaksanakan pada 31 Mac 2023 bersamaan hari Jumaat bertempat di Dataran Perhimpunan, SKTPP2.  Berikut dilampirkan bersama-sama tentatif program yang bakal berlangsung.

 Semoga program yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan diberkati olehNya.  Harap maklum dan terima kasih.

Share:

LAPORAN PROGRAM ABC / SESI PETANG (HARI PERTAMA)

 Pada 20 Mac 2023 (Isnin), Program Anak Bijak lagi Cerdik telah dijalankan dengan aktiviti di bawah Unit Bimbingan  dan Kaunseling. Aktiviti yang dilaksanakan ialah Permainan Visualisasi dan Puzzle. Aktiviti ini dilaksanakan di dalam kelas masing-masing di bawah pengawasan dan bimbingan guru subjek. Murid-murid berasa gembira dan seronok sepanjang aktiviti tersebut dijalankan.














Share:

LAPORAN PELAKSANAAN TAKLIMAT DISIPLIN MURID TAHAP 2 2023/2024

  Pada 28 Mac sehingga 30 Mac 2023 bersamaan dengan hari Selasa hingga Khamis, satu Taklimat Disiplin Murid Tahap 2 2023/2024 telah diadakan.  Taklimat ini merupakan satu program wajib di bawah Unit Hal Ehwal Murid melalui Unit Disiplin yang diadakan pada setiap awal sesi persekolahan.  Taklimat ini telah berlangsung selama tiga hari berturut-turut bertempat di Dewan Terbuka, SK Taman Putra Perdana 2.  

 Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan, penerangan dan teguran kepada murid-murid Tahap 2 SKTPP2 berkaitan dengan peraturan-peraturan sekolah yang wajib untuk mereka ketahui di samping menyedarkan murid akan pembentukan sahsiah dan akhlak yang terbaik sebagai seorang anak didik SKTPP2.

 Taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Guru Disiplin, Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin Bin Senin dan dibantu oleh Guru Mata Pelajaran Semasa yang turut bersama-sama berada di dewan terbuka semasa taklimat dijalankan.

 Antara intipati Taklimat Disiplin ini ialah:

  1. Waktu Hadir ke Sekolah
  2. Etika Semasa Perhimpunan Sekolah
  3. Etika Dalam Kawasan Sekolah
  4. Adab Sebelum Guru Masuk ke Kelas
  5. Adab Semasa Guru Mengajar
  6. Laluan Murid Waktu Naik, Waktu Rehat dan Waktu Balik
  7. Kedudukan Murid Semasa Beratur
  8. Tatacara Meninggalkan Kelas
  9. Tatacara Semasa Waktu Rehat
  10. Sistem Salah Laku dan Disiplin Murid (SSDM)
  11. Larangan Membawa Barang Terlarang ke Sekolah
  12. Menjaga Percakapan dan Lisan 
  13. Budaya Memberi Salam
  14. Etika Pemakaian yang Betul

 Unit Disiplin mengharapkan agar taklimat yang telah disampaikan ini akan memberikan manfaat dan impak yang unggul ke arah kemenjadian disiplin dan sahsiah murid yang terbaik dan terpuji.  Unit Disiplin turut mengucapkan jutaan apresiasi kepada barisan pentadbir dan guru-guru yang turut bersama-sama menjayakan program ini.


Laporan Disediakan Oleh,

MUHAMMAD FAKHRURRAZI AMIN BIN SENIN
Setiausaha I,
Unit Disiplin & Salah Laku Murid,
SKTPP2.


LAMPIRAN BERGAMBAR


Rajah 1 Murid Tahun 4 sedang bersedia untuk mendengar taklimat



Rajah 2 Taklimat Disiplin yang disampaikan oleh Ketua Guru Disiplin



Rajah 3 Murid-murid Tahun 5 memberikan perhatian semasa taklimat disampaikan



Rajah 4 Murid-murid Tahun 5 sangat peka mendengar taklimat yang diberikan



Rajah 5 Ketua Guru Disiplin, Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin



Rajah 6 Sesi taklimat bersama-sama dengan murid Tahun 6



Rajah 7 Murid-murid Tahun 6 mendengar taklimat dengan tekun



Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 2 (SESI PAGI)

 Pada 27 Mac 2023 bersamaan hari Isnin, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis bermula tepat pada jam 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.

 Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah.  Lafaz ikrar ini telah diketuai oleh pengawas sekolah.

 Selesai lafaz ikrar, majlis beranjak maju dengan bacaan doa yang turut dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.


UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin Bin Senin.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu kedua persekolahan, iaitu:

  1. Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin
  2. Puan Dania Atieqah
  3. Puan Suzianti
  4. Encik M. Zuhaini
  5. Cik Fauziah
  6. Puan Nurul Amira
  7. Puan Ifahayati

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu kedua persekolahan, iaitu Peraturan Sekolah.  Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.


UCAPAN GURU DISIPLIN

 Ucapan Ketua Guru Bertugas Mingguan diteruskan oleh Encik Muhammad Fakhrurrazi dengan menyampaikan beberapa perkara kepada murid untuk diambil perhatian serius, iaitu:

  1. Murid menjaga barang peribadi dengan baik untuk mengelakkan kecurian daripada berlaku apabila murid tiada di dalam kelas.
  2. Murid lelaki wajib memastikan rambut dalam keadaan kemas dan tidak panjang.
  3. Murid wajib sampai ke sekolah sebelum jam 7.20 pagi dan tidak boleh lewat hadir ke sekolah.
  4. Murid mesti mematuhi etika semasa menyanyikan lagu rasmi dan lafaz ikrar.


UCAPAN WAKIL PENTADBIR

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Puan Zulastri Binti Mohd. Zahidi, Penolong Kanan Pentadbiran SKTPP2.  Antara intipati ucapan PK Pentadbiran ialah:

  1. Memaklumkan kepada murid bahawa minggu kedua ini akan bermula sesi PdPc yang sebenar.
  2. Memastikan murid senantiasa dalam keadaan bersedia untuk menerima ilmu dan didikan akhlak sepanjang berada di sekolah.
  3. Disiplin perlu senantiasa dijaga dan dipelihara demi kemenjadian murid yang diinginkan.

 Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 8.00 pagi dan semua murid beredar naik ke kelas masing-masing dalam keadaan yang teratur.


Laporan Disediakan Oleh,

MUHAMMAD FAKHRURRAZI AMIN BIN SENIN,
Ketua Guru Bertugas Minggu Kedua.


 LAMPIRAN BERGAMBAR


Rajah 1 Pengawas sekolah sedang mengetuai lafaz ikrar


Rajah 2 Murid-murid sedang menadah tangan semasa bacaan doa


Rajah 3 Bacaan doa yang dipimpin oleh pengawas sekolah


Rajah 4 Ucapan Ketua Guru Bertugas, Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin


Rajah 5 Ucapan PK Pentadbiran, Puan Zulastri Binti Mohd. Zahidi


Share:

LAPORAN PROGRAM ABC (BAHAGIAN 4)

PROGRAM ABC | 23.03.23 (KHAMIS)


 Aktiviti pagi ini merupakan aktiviti membina menara jambatan di bawah kelolaan Panitia RBT. Murid membawa bahan sendiri dari rumah dan laksanakan secara berkumpulan. Aktiviti ini dipantau oleh guru subjek dan dijalankan selama sejam setengah.



  Kemudian, aktiviti seterusnya ialah aktiviti melukis poster Siapa Saya? di bawah kelolaan Panitia Pendidikan Seni Visual. Aktiviti dilaksanakan secara individu dan selama sejam setengah.




Selepas rehat, murid diberi lembaran aktiviti kerja di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Maze dan Mari Teropong.

Sumber lembaran kerja: Facebook



PROGRAM ABC | 24.03.23 (JUMAAT)

Pada hari Jumaat, program yang berlangsung ialah program Ahlan Ya Ramadan di bawah kelolaan Panitia Pendidikan Islam. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah solat dhuha, bacaan yassin dan ceramah Ramadan.

Selepas rehat, aktiviti permainan 3 Bahasa dilaksanakan. Aktiviti ini dibawah gabungan Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Arab. Murid dikehendaki membawa tanah liat dari rumah sebagai bahan utama aktiviti.






Share:

LAPORAN PROGRAM ABC (BAHAGIAN 3)

 PROGRAM ABC | 22.03.23 (RABU)

Pada waktu pagi sebelum rehat, aktiviti dimulakan dengan acara senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Faiz dan Cikgu Fakhrurrazi. Aktiviti ini dilaksanakan untuk memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti sukan dan permainan. Murid berasa sangat seronok dan aktiviti dilaksanakan di dataran perhimpunan. Semua murid perdana, PPKI dan prasekolah serta guru-guru terlibat.








 Kemudian, aktiviti diteruskan dengan permainan sukaneka dibawah kelolaan Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Tahun 4, Tahun 5 dan murid PPKI terlibat dalam sukaneka manakala murid Tahun 6 menyertai sukan bola tampar. Kesemua acara dilaksanakan di dataran perhimpunan.





 Selepas rehat, aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti ‘Science Is Fun’ di bawah kelolaan Panitia Sains. Aktiviti dijalankan mengikut tahun di kelas masing-masing. Murid-murid membawa bahan sendiri dan laksanakan aktiviti secara berkumpulan. Murid sangat seronok kerana mereka dapat bereksperimentasi bersama rakan-rakan.











Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts