JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAKLUMAN PERSEKOLAHAN 2015




Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 20/2015 SESI PAGI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Majlis perhimpunan pada kali ini telah bermula pada pukul 7.30 pagi dengan ucapan pengerusi majlis. Seterusnya, majlis diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa serta Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid oleh pengawas yang bertugas.



Ucapan Ketua Guru Bertugas- Cik Felicia Gatun

·        

Guru Bertugas memberikan ucapan




     Guru Bertugas 
Beliau memperkenalkan barisan guru bertugas pada minggu ini dan mengingatkan murid supaya berjumpa guru bertugas jika ada sebarang masalah. Guru-guru yang bertugas ialah:
1.      Cik Felicia Gatun - Ketua Guru Bertugas
2.      Pn. Syahida binti Ahmad
3.      Pn. Rohaila binti Abdullah
4.      Pn. Nur Leen binti Ismail
5.      Pn. Norshahiza binti Razali
6.      Pn. Norshahida binti Ibrahim
7.      En. Ahmad Zaki bin Tamsir

·         Tema : Sedia Hadapi Cabaran-Gaya Hidup Sihat dan Cergas

Beliau menjelaskan maksud cabaran dan juga maksud gaya hidup sihat. Murid turut diberikan cara persediaan menghadapi cabaran dalam mengamalkan  gaya hidup sihat dan cergas. Terdapat empat tips untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

1.    Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat - Murid mestilah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat seperti yang disarankan dalam Piramid Makanan.   

2.   Mengambil sarapan pagi - Murid haruslah mengambil sarapan pagi sebelum bertolak ke sekolah. Sarapan pagi membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti seperti belajar, senaman dan aktiviti lain. Tanpa sarapan pagi, kita akan berasa lapar dan boleh mengakibatkan sakit perut dan masalah kesihatan yang lain. Para murid juga tidak akan dapat focus di dalam kelas jika dalam keadaan yang lapar.

3.    Melakukan senaman  - Murid hendaklah bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Terdapat banyak jenis senaman yang boleh dilakukan seperti jogging, bermain badminton, bermain bola sepak dan sebagainya. Senaman juga boleh menyingkirkan toksik-toksik yang terdapat dalam tubuh badan melalui peluh.

Mendapat tidur yang mencukupi Kanak-kanak perlulah tidur sekurang-kurangnya 9 jam sehari. Tidur yang tidak mencukupi menyebabkan para murid berasa lemah dan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas kerana mengantuk.


   5 Minit Bersama "Sekolah Bebas Dadah" : Alkohol dan Definisinya


Adakah anda tahu apa itu alkohol?
·   Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan "mood"
·         Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum
·      Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski
Adakah anda tahu kesannya terhadap badan?
·         Ia memperlahankan fungsi sistem saraf pusat
·         Mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan pendengaran seseorang

Apakah faktor-faktor risiko bagi seseorang untuk minum berlebihan?
·         Faktor persekitaran contohnya :
o    Mudah didapati
o    Tidak mahal
o    Pengiklanan yang menarik di media
·         Faktor Sosial :
o    Pengaruh rakan sebaya
o    Latarbelakang keluarga
o    Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenal
o    Budaya
·         Faktor Biologi :
o    Keturunan
o    Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang)

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan Guru Disiplin dan ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

Guru Disiplin memberikan ucapan



Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) memberikan ucapan


Disediakan oleh,

Felicia Gatun


Share:

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

 Pada 22 Mei 2015  SKTPP2 telah menyambut Hari Guru Peringkat Sekolah. Bermulz jam 7.10 pagi, bacaan yassin dan tahlil telah diadakan. Doa dan ucapan silih berganti. Persembahan murid memeriahkan Hari Guru tersebut. Sukaneka antara guru menyerikan lagi sambutan tersebut. Murid turut memberi hadiah kepada guru. 10 guru penyayang pagi dan 10 guru penyayang  sesi petang dipilih secara undian oleh pelajar. Ramai muka baru terpilih sebagai guru penyayang . PROD dan program guru penyayang mengubah senario. Tahniah. Selamat Hari Guru. Saya sayang, cikgu.
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 20/2015 SESI PETANG



Perhimpunan tidak dapat dijalankan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 19/2015 SESI PAGI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Majlis perhimpunan pada kali ini telah bermula pada pukul 7.30 pagi dengan ucapan pengerusi majlis. Seterusnya, majlis diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa serta Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid oleh pengawas yang bertugas.


Ucapan Ketua Guru Bertugas- Pn. Nur Syafrida binti Ibrahim
  • Guru Bertugas 
    Beliau memperkenalkan barisan guru bertugas pada minggu ini dan                   mengingatkan murid supaya berjumpa guru bertugas jika ada sebarang             masalah. Guru-guru yang bertugas ialah:
  1. Pn. Nur Syafrida binti Ibrahim- Ketua Guru Bertugas
  2. Pn. Siti Raudah binti Hamid
  3. Pn. Nor Aisyah binti Zulkifli
  4. Pn. Rahayu binti Ghani
  5. Cik Margaret Ann a/p Arputham
  6. Cik Farah Hanis binti Ramli 
  7. En. Md Suhaidi bin Md Sabar
  • Tema : Sedia Hadapi Cabaran-Gaya Hidup Sihat
    Beliau menjelaskan maksud cabaran dan juga maksud gaya hidup sihat.Murid     turut diberikan cara persediaan menghadapi cabaran dalam mengamalkan         gaya hidup sihat. Terdapat tiga cara persediaan yang telah beliau kongsikan.
  1. Pengetahuan - Murid mendapatkan maklumat mengenai gaya hidup sihat daripada buku, internet, guru dan lain-lain sumber. Oleh itu, murid akan bersedia dan tahu mengenai amalan gaya hidup yang sihat. 
  2. Amalan       - Murid mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam, makan makanan berkhasiat, beriadah dan sebagainya.
  3. Teguh pendirian  - Murid hendaklah tidak mudah terpengaruh dengan amalan yang tidak sihat seperti merokok, dadah, dan lain-lain
Guru Bertugas Pn. Nur Syafrida binti Ibrahim 


Perutusan Sambutan Hari Guru Kali Ke-44/2015 

Majlis diteruskan pula dengan bacaan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Sri Khair bin Mohamad Yusof dan Timbalan Menteri Malaysia yang juga merupakan Menteri Pendidikan Malaysia, YAB Tan Sri dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin. 
  • Perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 
       Perutusan ini telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal                Murid iaitu Pn. Norlela binti Hashim. 


Pn. Norlela binti Hashim Sedang Membacakan Perutusan KPP

  • Perutusan daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia
       Perutusan ini pula telah dibacakan oleh Tuan Guru Besar SK Taman Putra          Perdana 2, Encik Kamsani bin Sahlan. 


En Kamsani bin Sahlan sedang Membacakan Perutusan Menteri Pendidikan


Perasmian Minggu Penghayatan Islam dan Bahasa Arab

Minggu Penghayatan Islam dan Bahasa Arab ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Minggu ini akan berlangsung dari 18 Mei 2015 sehingga 21 Mei 2015 bersamaan 29 Rejab hingga 3 Sya'ban 1436H. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah diaturkan. 

Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis yang telah disampaikan oleh Pn. Salina binti Hashim dan Pn. Murnie binti Ahmad. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Siti Hanim binti Sungit. Majlis juga menjemput En. Kamsani bin Sahlan bagi menyempurnakan gimik perasmian. 

Seterusnya, majlis  diteruskan dengan dua persembahan daripada murid iaitu persembahan bercerita dan tarian lagu Arab "Nourisham". Persembahan bercerita yang telah disampaikan oleh adik Aisy Syahmi telah mendapat tumpuan ramai. Beliau telah bercerita dengan penuh penghayatan. Tarian lagu arab juga telah berjaya memukau para penonton.

Pengerusi Majlis Penghayatan Islam dan Bahasa Arab


Pn. Siti Hanim binti Sungit Merasmikan 
Majlis Penghayatan Islam dan Bahasa Arab


Tuan Guru Besar Menyempurnakan Gimik Perasmian


Gimik Perasmian


Persembahan Bercerita oleh adik Aisy Syahmi


Wajah Ceria Penari Lagu Arab 


Persembahan Tarian Lagu Arab- "Nourisham"


Dengan berakhirnya majlis pelancaran tersebut, maka berakhirlah perhimpunan rasmi pada minggu ini dan disudahi dengan sekian terima kasih.

Disediakan oleh,
Pn. Nur Syafrida binti Ibrahim



Share:

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN & PENTAKSIRAN SUMATIF 1 2015



Tahap 2 ( Tahun 4 dan Tahun 5 )


Tarikh
7.45- 9.00 pg.
9.15- 9.55 pg.
10.00 - 10.20 pg.
10.40 - 12.10 tgh.
12.20 – 1.20 ptg.
11. 5 . 2015
Isnin
Bahasa Malaysia
( Penulisan )
 (1 Jam 15 Minit )
Pendidikan Muzik
( 40 Minit )

Rehat
Bahasa Inggeris
 ( 1 Jam 30  Minit )
Reka Bentuk dan
Teknologi
( 1 Jam )
12. 5 . 2015
Selasa
7.45 - 8.35 pg.
8.55 - 9.55 pg
10.00 - 10.20 pg.
10. 50 - 12.20tgh.
12.20 - 12.50 tgh.
 Bahasa Malaysia ( Pemahaman )
( 50 Minit )
Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
( 1 Jam )

Rehat
Matematik
 ( 1 Jam 30 Minit )

Belajar seperti biasa
13. 5 . 2015
Rabu
7.40 - 8.55 pg.
8.55 - 10.00 pg.
10.00 - 10.20 pg.
10.50- 12.05 tgh.
12.05 - 12.50 tgh.
Sains
( 1 Jam 15 Minit )

Belajar seperti biasa

Rehat
Teknologi Maklumat
dan Komunikasi
( 1 Jam 15 Minit )

Belajar seperti biasa

14. 5 . 2015
Khamis
7.45 - 8.45 pg.
9.00 – 10.00 pg.
10.00 - 10.20 pg.
10.50 – 12.50 tgh.

Sejarah
( 1 Jam )

Bahasa Arab
( 1 Jam )

Rehat

Pendidikan Seni Visual
 ( 2 Jam )


Tahap 2 (Tahun 6 )

Tarikh
7.45- 9.00 pg.
9.15 – 10.15 pg.
10.30 - 10.50 pg.
11.10 - 12.10 tgh.
12.20 – 1.20 ptg.


11. 5 . 2015
Isnin
Bahasa Melayu
( Penulisan )
 (1 Jam 15 Minit )

Bahasa Arab
( 1 Jam )

Rehat
Matematik
(Kertas 1 )
( 1 Jam )
Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
( 1 Jam )

12. 5 . 2015
Selasa
7.45- 9.00 pg.
9.15 - 10.15 pg
10.30 - 10.50 pg.
11.10 - 12.00 tgh.
12.10 - 12.50 tgh.
Bahasa Inggeris
( Kertas 2 )
( 1 Jam 15 Minit )
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
( 1 Jam )

Rehat
Bahasa Inggeris
( Kertas 1 )
( 50 Minit )
Pendidikan Muzik
( 40 Minit )

13. 5. 2015
Rabu
7.45 – 9.00 pg.
9.15 - 10.15 pg.
10.30 - 10.50 pg.
11.10 - 12.00 tgh.
12.00 - 12.50 tgh.
Sains
( 1 Jam 15 Minit )
Kemahiran Hidup
( 1 Jam )

Rehat
Bahasa Melayu
(Pemahaman )
( 50 Minit )

Belajar seperti biasa


14. 5 . 2015
Khamis
7.45 - 9.45 pg.
9.50 – 10.30 pg.
10.30 - 10.50 pg.
11.20 – 12.20 pg.
12.20 – 12.50 tgh.

Pendidikan Seni Visual
( 2 Jam )
Matematik
( Kertas 2 )
( 40 Minit )

Rehat

Kajian Tempatan

Belajar seperti biasa







NOTA PENTING: 1) Kehadiran murid adalah wajib kecuali sakit. Murid yang tidak hadir lebih daripada 3 hari tanpa sebab, markah ujian/peperiksaan  tidak akan diambil sebagai markah ujian/peperiksaan tetapi dianggap sebagai latihan sahaja.



Tahap 1 ( Tahun 1 )


Tarikh
1.45- 3.00 ptg.
3.00- 3.50 ptg.
3.50 - 4.10 ptg.
4.50-5.40 ptg.
5.40-6.10 ptg.
11. 5 . 2015
Isnin
Bahasa Malaysia
( Penulisan )
 (1 Jam 15 Minit )

Belajar seperti biasa

Rehat
Bahasa Malaysia
( Pemahaman )
 ( 50 Minit )

Belajar seperti biasa
12. 5 . 2015
Selasa
1.45- 3.15 ptg.
3.15- 3.50 ptg.
3.50 - 4.10 ptg.
4.50 - 5.50 ptg.
5.50-6.40ptg.

 Bahasa Inggeris
( 1 Jam 30 Minit )

Belajar seperti biasa

Rehat

P.Islam/P.Moral
 ( 1 Jam )

Belajar seperti biasa
13. 5 . 2015
Rabu
1.45- 3.15 ptg.
3.15- 3.50 ptg.
3.50 - 4.10 ptg.
5.00-6.00 ptg.
6.00-6.40 ptg.
Matematik
( 1 Jam 30 Minit )

Belajar seperti biasa

Rehat
B.Arab
( 1 Jam)

Belajar seperti biasa

14. 5 . 2015
Khamis
1.45- 3.00 ptg.
3.00- 3.50 ptg.
3.50 - 4.10 ptg.
4.20-6.20 ptg.

Dunia Sains & Teknologi
( 1 Jam 15 Minit )

Belajar seperti biasa

Rehat

Dunia Seni Visual
 ( 2 Jam )



Tahap 1 (Tahun 2 dan 3 )

Tarikh
1.45- 3.00 ptg.
3.00- 4.20 ptg.
4.20-4.40 ptg.
4.50-5.40 ptg.
5.40-6.10 ptg.
11. 5 . 2015
Isnin
Bahasa Malaysia
( Penulisan )
 (1 Jam 15 Minit )

Belajar seperti biasa

Rehat
Bahasa Malaysia
( Pemahaman )
 ( 50 Minit )

Belajar seperti biasa
12. 5 . 2015
Selasa
1.45- 3.15 ptg.
3.15- 4.20 ptg.
4.20-4.40 ptg.
4.50 - 5.50 ptg.
5.50-6.40ptg.

 Bahasa Inggeris
( 1 Jam 30 Minit )

Belajar seperti biasa

Rehat

P.Islam/P.Moral
 ( 1 Jam )

Belajar seperti biasa
13. 5 . 2015
Rabu
1.45- 3.15 ptg.
3.15- 4.20 ptg.
4.20-4.40 ptg.
5.00-6.00 ptg.
6.00-6.40 ptg.
Matematik
( 1 Jam 30 Minit )

Belajar seperti biasa

Rehat
B.Arab
( 1 Jam)

Belajar seperti biasa

14. 5 . 2015
Khamis
1.45- 3.00 ptg.
3.00- 4.20 ptg.
4.20-4.40 ptg.
4.40-6.40 ptg.

Dunia Sains & Teknologi
( 1 Jam 15 Minit )

Belajar seperti biasa

Rehat

Dunia Seni Visual
 ( 2 Jam )

      NOTA PENTING : 1) Ujian Lisan Bahasa Arab bermula pada 4.5.2015 sehingga 14.5.2015
                                   2) Kehadiran murid adalah wajib kecuali sakit. Murid yang tidak hadir lebih daripada 3 hari tanpa sebab, markah  ujian/peperiksaan  tidak akan diambil sebagai markah ujian/peperiksaan tetapi dianggap sebagai latihan sahaja.


































































Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts