JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Showing posts with label perhimpunan rasmi. Show all posts
Showing posts with label perhimpunan rasmi. Show all posts

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 21/2015 SESI PAGI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Majlis Perhimpunan Rasmi bermula tepat jam 7.30 pagi dimulai dengan ucapan pengerusi majlis diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah dan disusuli dengan bacaan doa serta ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid.

Ucapan ketua guru bertugas : En Noorhisham bin Mohamad
i.Tema: Hak dan Tanggungjawab Kanak-Kanak
Beliau mengingatkan murid-murid tentang hak dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi terhadap mereka. Di antaranya ialah kehidupan yang terjamin, perlindungan yang sempurna, penyertaan dan perkembangan yang sepatutnya.


Ucapan Tuan Guru Besar En Kamsani bin Sahlan
Beliau telah menyampaikan beberapa perkara penting, di antaranya:
-mengucapkan selamat kembali ke sesi persekolahan bagi penggal kedua
-murid lebih rajin belajar terutamanya murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR.
-makluman tentang cuti peristiwa sempena awal ramadan dan Hari Jalinan Mesra yang akan diadakan pada 16 jun 2015





Sekian.

Guru Bertugas:
  1. En Noorhisham bin Mohamad
  2. Pn Murnie binti Ahmad
  3. Pn Nurul Aida
  4. Cik Noraziah
  5. En Mohammad Rani
  6. Pn Kahirun Nisa binti Abdul Halim
Share:

Perhimpunan Rasmi kali pertama 2015 (sesi pagi)

Perhimpunan rasmi pada pagi ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan Malaysia Berjaya. Ini diikuti dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara dan ikrar murid. Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas mingguan yang menyampaikan ucapan yang bertema Sayangi Diri: Pengurusan Masa.
Seterusnya Guru Disiplin Sekolah Us. Mohd Razis bin Shainisi mengambil alih ucapan dengan mengingatkan para pelajar tentang waktu hadir ke sekolah, potongan rambut dan pemakaian lencana sekolah wajib bagi semua murid.
Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan guru besar En Kamsani bin Sahlan. Beliau mengingatkan tentang beberapa perkara penting. Di antaranya:

  • setiap murid wajib mematuhi peraturan sekolah. 
  • pemakaian t-shirt sukan hanya dibenarkan pada hari yang terdapat waktu PJ sahaja. 
  • Program Maju Diri (PMD) akan dilaksanakan selama 2 hari (Isnin dan Selasa). 
  • Pemakaian tali leher adalah wajib bagi semua pelajar lelaki. 
  • Jadual waktu kelas, misi dan visi sekolah telah ditampal di kelas masing-masing. 
  • Penganugerahan Tokoh Murid akan diberikan semasa Majlis Hari Anugerah, murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang-bidang tertentu berpeluang untuk menerima anugerah tersebut. 
  • Mengakhiri ucapan, beliau mengingatkan murid yang berjaya kebiasaannya murid yang mendengar nasihat ibubapa dan guru-gurunya.

Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts