MAKLUMAN PERJUMPAAN KOKURIKULUM BIL. 3
LARIAN MERENTAS DESA KALI KE-4, 2013
Berikut adalah keputusan penuh Larian Merentas Desa Kali ke-4 2013 :
- Johan - Rumah Hijau
- Naib Johan - Rumah Merah
- Ketiga - Rumah Biru
- Keempat - Rumah Kuning
| Regangan badan sebelum Larian |
| Murid bersedia sebelum memulakan Larian |
| Murid memulakan Larian |
| Murid bersemangat meneruskan Larian |
| Hadiah disampaikan oleh PK Kokurikulum, Pn. Zuridah bt Mohd Ali |
| Trofi disampaikan oleh Tuan Guru Besar kepada rumah sukan yang menang |
KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE - 3
Keputusan Kejohanan Olahraga Kali Ke - 3
Johan disandang oleh rumah BIRU
Naib Johan disandang oleh rumah KUNING
Johan perbarisan rumah sukan disandang oleh Rumah HIJAU
Naib Johan perbarisan rumah sukan disandang oleh Rumah BIRU
Johan perbarisan unit beruniform disandang oleh BSM
Naib Johan perbarisan unit beruniform disandang oleh Tunas Puteri
Aturcara Kejohanan
7.30 pagi :· Ketibaan para jemputan, guru-guru, murid-murid dan ibu bapa.
8.00 pagi :· Perbarisan lintas hormat.
· Nyanyian lagu Negaraku.
· Bacaan doa
· Ikrar Kejohanan.
8.30 pagi :· Ucapan Aluan oleh Encik Md. Zohri b. Saluki, Guru Besar SK Tmn Putra Perdana 2.
· Ucapan Perasmian Kejohanan Olahraga oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mat Jah
Bin Roslan, Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Sepang.
9.00 pagi :· Acara Sukaneka Prasekolah dan Tahap 1
10.00 pagi :· Penyampaian Hadiah.
10.30 pagi :· Acara Balapan
11.15 pagi :Penyampaian Hadiah.
11.45 pagi :Acara Balapan
· Acara Ibu bapa/guru
12.45 tgh : Penyampaian Hadiah
1.15 petang :· Acara Tarik Tali
· Penyampaian Hadiah.
2.00 petang :Bersurai.
Kontigen Tunas Puteri
Penyampaian hadiah kepada pemenang
KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KETIGA SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 TAHUN 2012
Tarikh : 01 Julai 2012
Masa : 7.30 pagi - 2.00 petang
Tempat : Di Padang SK Taman Putra Perdana 2
Untuk makluman tuan/puan, sekolah akan bercuti ( Cuti Peristiwa ) pada 02.07.2012 (Isnin). Murid - murid akan bersekolah semula pada 03.07.2012 (Selasa). Kehadiran tuan/puan amatlah dialu - alukan supaya dapat memeriahkan lagi Kejohanan Olahraga Kali Ketiga SK Taman Putra Perdana 2.
JADUAL LATIHAN RUMAH SUKAN
LARIAN MERENTAS DESA SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
TARIKH : 24 MAC 2012
MASA : 7.30 pagi - 12.00 tengah hari
TEMPAT : Sekitar Taman Putra Perdana
MURID TERLIBAT : Tahun 3, 4, 5 dan 6
Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan untuk menjayakan larian ini didahului dengan ucapan penghargaan dan terima kasih.
AKTIVITI PENGAKAP SKTPP2 – Tahun 3 & 4
20 Julai 2011 – Kemahiran memasak adalah sangat penting tidak mengira jantina. Memasak adalah salah satu kemahiran yang perlu dipelajari oleh ahli pengakap. Sebagai permulaan, Pasukan Pengakap SKTPP2 (Tahun 3 & 4) telah menjalankan aktiviti memasak di padang sekolah.
Aktiviti ini adalah di bawah pemantauan dan nasihat guru penasihat pengakap. Tujuannya adalah untuk mendedahkan pengalaman memasak yang ringkas kepada ahli. Ia juga bertujuan menyemai semangat kerjasama, tolak ansur, gotong royong dan tanggungjawab di kalangan ahli pengakap.
Ahli pengakap telah membawa peralatan asas seperti periuk kecil, sudu dan mangkuk plastik serta bahan untuk dimasak iaitu mee maggi. Ada juga yang membawa telur dan sayur. Mereka turut membawa ranting kayu. Guru pula telah menyediakan Mess Tin bagi murid yang tidak membawa periuk kecil.
Taklimat ringkas mengenai tujuan aktiviti ini diadakan turut diberikan sebelum ahli bergerak ke dalam kumpulan memasak masing-masing. Mereka juga telah diingatkan tentang langkah-langkah keselamatan semasa aktiviti memasak dijalankan. Mereka juga mesti membersihkan kawasan memasak selepas aktiviti memasak berakhir.
Kelihatan ahli pengakap gembira apabila berjaya memasak dan mereka saling berkongsi makanan dimasak antara satu sama lain.

















