JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN RAMADAN 2023/2024


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 Pada 18 April 2023 bersamaan 27 Ramadan 1444H yang lalu, satu program yang dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam iaitu Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Ramadan telah dijalankan. 

 Program ini telah berlangsung di dewan terbuka dan melibatkan murid-murid sesi petang. Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Zakee bin Abdullah Zawawi. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Penyelaras Program iaitu Ustazah Juslinda binti Bakar. Selesai ucapan daripada Penyelaras Program, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Penolong Kanan Petang, Ustaz Md Noor bin Billak.

 Majlis beranjak maju dengan penyampaian Sumbangan Ramadan kepada murid-murid kurang berkemampuan dan anak yatim sekolah hasil daripada kutipan derma seluruh warga sekolah sepanjang bulan Ramadan. Semoga sumbangan ini dapat memberikan sedikit keceriaan kepada murid-murid berkenaan.

 Atur cara majlis diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Hafidzuddin bin Yahya bersama dengan 20 orang murid. Khalifah khatam dan murid-murid mengalunkan bacaan Selepas itu, penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh Penolong Kanan Petang, Ustaz Md Noor bin Billak kepada khalifah khatam dan murid-murid khatam Al-Quran.

 Majlis bertambah meriah apabila guru dan murid dipertontonkan dengan persembahan nyanyian berkumpulan daripada murid-murid tahun 2 dan 3 dengan lagu yang bertajuk Rahmatun Lil’Alameen. Majlis ini dengan jayanya berakhir tepat jam 5.20 petang.

 Sekian, terima kasih.


 LAMPIRAN BERGAMBAR










 
 




Share:

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Waja SKTPP2 SESI 2023/2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Waja SKTPP2 Sesi 2023/2024 Setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan tahniah kepada pemimpin-pemimpin yang telah dilantik. Semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh semangat dan dedikasi. Pemimpin Unggul Penjana Disiplin Cemerlang
Share:

PEMBENTANGAN MANIFESTO CALON KETUA PENGAWAS SEKOLAH TAHUN 2023/2024

TARIKH : 13 APRIL 2023 HARI : KHAMIS MASA : 8.00 PAGI Seramai 5 orang calon Ketua Pengawas telah membentangkan manifesto masing-masing. Calon-calon tersebut ialah Fahmi Zakwan, Jsriram, Nadine Nurqisya, Syahrin Syahmi , dan Muaz Danish
Manifesto dimulakan dengan ucapan alu aluan dari pengerusi majlis, Cikgu Fakhrurrazi Amin dan seterusnya pembentangan manifesto Para pentadbir serta guru-guru akan mendengar serta mengundi calon-calon berdasarkan sikap , sahsiah serta ketrampilan calon-calon sebagai Ketua Pengawas sekolah. Majlis berakhir dengan sesi undian daripada guru -guru. Calon yang berjaya akan diumumkan pada Watikah Pelantikan Pemimpin Waja.
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 4 (SESI PAGI)

 Pada 10 April 2023 bersamaan hari Isnin, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis bermula tepat pada jam 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.

 Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah.  Lafaz ikrar ini telah diketuai oleh pengawas sekolah.

 Selesai lafaz ikrar, majlis beranjak maju dengan bacaan doa yang turut dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.


UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Encik Mohd. Shafie Bin Muhammad.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu keempat persekolahan, iaitu:

  1. Encik Mohd. Shafie
  2. Puan Nurul Aqilah
  3. Encik Muhammad Ilham Baqti
  4. Encik Mohamad Rani
  5. Y.M Tengku Ayu
  6. Puan Suriakala

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu keempat persekolahan, iaitu Hindari Vandalisme.  Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.


UCAPAN AJK KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS

 Majlis diteruskan dengan pelaksanaan Program Kebersihan dan Keceriaan Kelas.  Majlis tersebut telah dikemudi oleh Encik Muhammad Bahij.  Beliau memberikan penjelasan kepada murid-murid akan objektif program tersebut dijalankan, iaitu bagi memastikan kelas masing-masing senantiasa bersih dan ceria bagi memangkin proses pembelajaran yang bermakna di samping mewujudkan persaingan secara sihat antara kelas bagi memenangi pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas yang akan dilaksanakan sepanjang tahun.

  Program Kebersihan dan Keceriaan Kelas ini telah diakhiri dengan gimik perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Datin Nora Binti Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKTPP2.


UCAPAN WAKIL PENTADBIR

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Puan Siti Raudah Binti Hamid, Penolong Kanan Kokurikulum SKTPP2.  Beliau mengingatkan kepada murid-murid supaya memperbetulkan cara semasa ingin keluar ke tandas apabila guru berada di dalam kelas.


UCAPAN GURU BESAR

  Majlis diakhiri dengan ucapan dan mandat yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha, Encik Zanuddin Bin Sanuan, Guru Besar SKTPP2.  Antara intipati ucapan beliau ialah:

  1. Beliau memaklumkan akan keadaan infrastruktur sekolah yang tidak baik berikutan ribut yang melanda Taman Putra Perdana.
  2. Beliau mengingatkan agar murid-murid mengutamakan keselamatan sepanjang berada di kawasan sekolah.
  3. Beliau mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya berpuasa sehingga ke hari ini.

 Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 8.10 pagi dan semua murid beredar naik ke kelas masing-masing dalam keadaan yang teratur.


Laporan Disediakan Oleh,

MOHD. SHAFIE BIN MUHAMMAD,
Ketua Guru Bertugas Minggu Keempat.


 LAMPIRAN BERGAMBAR

Rajah 1 Murid-murid bersedia untuk lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah


Rajah 2 Majlis perhimpunan yang dipimpin oleh wakil murid, iaitu pengawas sekolah


Rajah 3 Bacaan doa yang telah dipimpin oleh pengawas sekolah


Rajah 4 Murid-murid sedang fokus semasa bacaan doa dilafazkan


Rajah 5 Ucapan daripada Ketua Guru Bertugas Mingguan, Encik Mohd. Shafie


Rajah 6 Program Kebersihan dan Keceriaan Kelas yang dipimpin oleh 
Encik Muhammad Bahij


Rajah 7 Gimik Perasmian Program yang telah disempurnakan oleh Datin Nora Binti Yusof


Rajah 8 Ucapan daripada Puan Siti Raudah Binti Hamid, PK Kokurikulum SKTPP2


Rajah 9 Ucapan dan mandat daripada Tuan Guru Besar, Encik Zanuddin Bin Sanuan


Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts