JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Kajian Maklum Balas FROG VLE SKTPP2

Kami sedang menjalankan Kajian Maklum Balas FROG VLE SKTPP2. Jika anda Ibubapa atau pelajar atau guru SKTPP2, tinggalkan pandangan, cadangan atau pertanyaan tentang FROG VLE SKTPP2 di link ini: 


Jangan lupa nyatakan emel anda bagi pertanyaan yang memerlukan jawapan. Terima kasih atas sokongan anda.

Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN (15) SESI PAGI

Perhimpunan pada pagi ini dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu 'Lagu Negaraku', Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan Bacaan Doa, Ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan ketua guru bertugas mingguan iaitu Puan Mazilah binti Jamaludin yang memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini. Tema pada minggu ini ialah “Sedia Hadapi Cabaran : Ciri-ciri Peribadi Terpuji".


Guru bertugas pada minggu ini:
1. Pn. Mazilah binti Jamaludin
2. Pn. Norizan binti Isa
3. Pn. Faiza Fitria binti Che Mat
4. Pn. Lee Sau Mei
5. Pn. Mahaletchumy A/P Perumal
6. En. Rosmadi bin Abdul Manaf
7. En. Zawadi bin Ali

Ucapan Guru Bertugas


Guru bertugas menyampaikan ucapan tentang tema pada minggu ini tentang ciri-ciri peribadi terpuji.
1. Murid-murid hendaklah mencontohi peribadi terpuji Nabi Muhammad SAW.
2. Terdapat empat peribadi terpuji Nabi Muhammad SAW iaitu :
    a) Shiddiq
    b) Amanah
    c) Tablig
    d) Fathanah
3. Murid-murid turut mendengar tentang 5 minit bersama Program Pencegahan Anti Dadah.
4. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam Pertandingan Kelas Terbersih, Kem Cemerlang Jawi dan Frog Vle.


Ucapan Guru Besar

Guru Besar menyampaikan ucapan tentang keputusan Pentaksiran Sumatif 1 yang lepas dengan bertanyakan bilangan murid yang mendapat 6A. Namun demikian, tiada seorang pun yang mendapat 6A. Guru Besar akan memberi ganjaran kepada murid-murid yang berjaya mendapat 6A dalam peperiksaan seterusnya sebagai galakkan dan dorangan kepada murid-murid Tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR nanti.


Peserta Terbaik Kem Cemerlang Jawi

Pemenang Pertandingan Kelas Terbersih

Pemenang Kuiz Frog Vle


Share:

HARI JALINAN MESRA KALI PERTAMA 2017 ( sesi pagi )

Hari Jalinan Mesra kali pertama telah diadakan pada 14 April 2017 ( Jumaat ). Program yang telah dirancang ini bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa berbincang dengan guru berkaitan pembelajaran Dan mengetahui tahap pencapaian akademik anak masing-masing. Program yang  bermula jam 9.30 pagi ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

                                  Tahun 4









Tahun 5









Tahun 6













Share:

MAKLUMAN : HARI JALINAN MESRA KALI PERTAMA 2017


Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PAGI MINGGU KE-14 (10 APRIL 2017)

Perhimpunan pada pagi ini dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu 'Lagu Negaraku', Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan ketua guru bertugas mingguan iaitu Puan Margaret Ann Arputham. Beliau 
memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini. Tema pada minggu ini adalah “Kenali budaya Malaysia : Interaksi dengan Komuniti Sekolah". 


Guru bertugas pada minggu ini:
1. Pn. Margaret Ann Arputham
2. Pn. Sharulniza binti Ab Najis
3. Cik Siti Mushrifah binti Ahmad Kamal
4. Pn. Rohaila binti Abdullah
5. Pn. Noor  Hafizan  binti Che Abdul Rahman
6. Pn. Jagjer Kaur A/P  Gurmukh Singh
7. En. Noorhisham bin Mohamad

Ucapan Guru Bertugas

Guru bertugas mengulas tentang interaksi dengan komuniti sekolah dengan mematuhi peraturan-peraturan sekolah  kepada murid-murid.
1. Murid-murid perlu mematuhi peraturan sekolah supaya menjadi seorang murid yang berdisiplin.
2. Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah dapat belajar dengan selesa. Ini kerana mereka tidak akan  berbuat bising di dalam kelas, bergaduh dan sebagainya.
3. Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan cemerlang dalam pelajaran. 
4. Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan disukai dan disayangi oleh guru-guru serta  rakan-rakan.
5. Murid-murid patutlah mengamalkan disiplin diri untuk kebaikan diri dan menjaga nama baik sekolah.
Contohnya:
1. Kehadiran
-Semua murid dikehendaki datang ke sekolah menepati waktu persekolahan.
-Murid yang tidak hadir ke sekolah mesti membawa sijil sakit.
2. Kekemasan diri
- Pakaian seragam sekolah mesti dipakai.
- murid -murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
3. Kebersihan dan Keselamatan
- Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua warga sekolah.
- Murid -murid mesti beratur semasa membeli makanan di kantin.


   Guru bertugas sedang menyampaikan ucapan


Ucapan Guru Disiplin
Guru Disiplin mengingatkan murid-murid supaya mengguna mesin air dengan betul dan tidak merosakkan mesin air. Ustaz juga mengingatkan murid-murid supaya jika duit sanggut di dalam mesin air perlulah maklumkan kepada ustaz supaya duit akan dikembalikan.  

Majlis Penyampaian Sijil Kempen Tunas Puteri  
Enam yang murid  yang menyertai kempen Yunas puteri selama 3 hari dari hari Jumaat sampai Ahad.


Ucapan Guru Pusat Sumber
Puan Norshahiza bin Razali menerangkan Minggu Pusat Sumber Sekolah dan aktiviti -aktiviti yang akan dijalankan dalam minggu tersebut. Puan Norshahiza juga menerangkan jualan buku olen PTS selama 3 hari.



Ucapan Guru Panitia Bahasa Melayu  
Encik Mohd Norizi bin Mohamed menerangkan minggu Panitia Bahasa Melayu kepada murid-murid. En Norizi juga membaca aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu.



Ucapan Ketua Panita Bahasa Inggeris
Puan Jagjer Kaur A/P  Gurmukh Singh  menerangkan Highly  Immersive Programme ( HIP). Puan Jagjer  menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu Bahasa Inggeris. 





Ucapan Ketua Penolong Kanan Pentadbiran 
Puan Norlela mengingatkan murid-murid untuk mengambil sarapan pada waktu pagi sebelum datang ke sekolah.  Puan Norlela menegaskan murid-murid supaya mengambil bahagian dalam Kem Membaca 1 Malaysia, Minggu Pss , Minggu Panitia Bahasa Melayu dan Minggu Panitia Bahasa Inggeris. Seterusnya Pn. Norlela melancarkan minggu  Kem Membaca 1 Malaysia, Minggu Pss , Minggu Panitia Bahasa Melayu dan Minggu Panitia Bahasa Inggeris. 


Persembahan Koir, Deklamasi sajak dan sketch Bahasa Inggeris




Program Membaca buku 
Semua guru-guru dan murid-murid  membaca buku untuk 5 minit semasa perhimpunan. Murid-murid digalakkan membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan.


Share:

MAKLUMAN MAJLIS PERMUAFAKATAN PRA UPSR IBU BAPA DAN GURU TAHUN 5 2017

Pihak sekolah akan mengadakan majlis seperti di atas seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 08 April 2017 (Sabtu)
Masa  : 8.30 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Pusat Sumber SKTPP2
Kehadiran : Ibu bapa / penjaga murid Tahun 5 (murid tidak perlu hadir)

Dijemput semua Ibu bapa / penjaga murid Tahun 5 hadir.
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts