JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAWATAN KERJA PPD SEPANG KE SKTPP2

       Pada 29 Julai 2016 SKTPP2 telah menerima lawatan kumpulan pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Sepang yang diketuai oleh Tn Hj Khairi bin Bidin, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah. Lawatan ini bagi melihat perkembangan dan pembangunan sekolah khususnya memantau dengan lebih dekat lagi persediaan akhir SKTTP2 menerima penjurian Pertandingan Kantin Terbaik Kategori Bandar Peringkat Kebangsaan.
       YDP PIBG turut hadir bersama pengurusan sekolah dalam sesi lawatan ini. Majlis dimulai dengan sesi taklimat kepada semua pegawai oleh pihak sekolah di Bilik Mesyuarat dan sesi kunjungan ke kantin sekolah bagi melihat sendiri persediaan yang dibuat oleh para guru, murid-murid dan pengurusan kantin. Selain itu Pihak PPD Sepang juga dibawa melawat tapak pembinaan surau sekolah yang baru sahaja memulakan pembinaannya.
       Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan jamuan. Semoga dengan lawatan pengurusan tertinggi PPD Sepang ini memberi suntikan semangat dan sokongan moral kepada semua warga SKTPP2.













Share:

Dengue Patrol SKTPP2 bersama Pegawai PPD Sepang di Majlis Hari Raya 2016

Bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Sepang  Pasukan Dengue Patrol SKTPP2 telah membawa kempen Anti Dengginya ke sana. Pada Sambutan Hari Raya Peringkat PPD Sepang dengan pelbagai jemputan  , Pasukan Dengue Patrol SKTPP2 ke sana untuk menyampaikan mesej. Kami berterima kasih kerana pihak PPD Sepang menyambut baik kehadiran kami dan menerima mesej yang ingin kami sampaikan . Dengan ungkapan bunuh si pembunuh dan selamatkan ami , semua teruja dengan kehadiran kami


28.7.2016 di PPD Sepang
Share:

PROGRAM BERSAMA CARRIE JUNIOR (SESI PETANG) 26 JULAI 2016

 Program : Program Bersama Carrie Junior
Tarikh      : 26 Julai 2016
Hari          : Selasa
Masa         : 2.00 petang hingga 3.30


          Pada 26 Julai 2016, Selasa Pasukan Carrie Junior telah mengadakan program promosi bersama murid sesi petang. Pada pukul 2.00 murid berkumpul di dewan terbuka dan ceramah dimulakan.

         Ceramah disampaikan oleh penganjur adalah berkisar tentang cara penjagaan diri khususnya cara membersihkan badan ketika mandi dengan betul. Sabun Mandian Carrie Junior mampu memberikan kesegaran serta kebersihan yang maksimum bagi anak-anak.


          Murid seterusnya, diajar lagu cara membersihkan diri dengan iringan muzik dibantu oleh penganjur. Kemunculan maskot Carrie Junior menghangatkan lagi suasana. Murid sangat terhibur dan bersemangat melakukan nyanyian dan pergerakan yang ditunjukkan.

           Seterusnya, diakhiri dengan pemberian cenderahati berupa sabun dan penanda buku dan sesi ramah mesra bersama maskot. Guru-guru juga tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama maskot. Majlis bersurai pada pukul 3.30







Share:

Laporan Perhimpunan Minggu 26 (Sesi Petang)

Laporan Perhimpunan
Tarikh : 25 / 7 / 2016

Minggu ini merupakan minggu ke 26 sesi persekolahan tahun 2016.Perhimpunan pada minggu ini dimulai dengan pengawas bertugas yang ditugaskan untuk mengendalikan perhimpunan.Perhimpunan dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu :

1) Lagu negaraku
2) Lagu Negeri Selangor
3) Lagu Sekolah
4)Lagu Malaysia Berjaya

Seterusnya perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa , ikrar rukun negara , ikrar murid dan ucapan guru bertugas. Guru bertugas memaklumkan nama-nama guru yang bertugas pada minggu ini iaitu :

a) Pn Saerah binti Rejeli
b) Pn Yuzainismar binti Yusof
c) Pn Suryanie binti Hamzah
d) En Muhammad Sazali bin Abdul Rani
e) En Muhammad Salmizi bin Salim

Guru bertugas juga melaporkan keputusan kelas terbersih bagi minggu kedua bulan Julai iaitu :
1. Tahun 1 : 1 UUM
2. Tahun 2 : 2 UM
3. Tahun 3 : 3 UUM

Minggu Ketiga Bulan Julai :
1. Tahun 1 : 1 UITM
2. Tahun 2 : 2 USM
3. Tahun 3 : 3 UIAM


Akhir sekali, perhimpunan  diteruskan dengan ucapan Encik Kamarulizam bin Ngah selaku Guru Disiplin (Sesi Petang). Beliau mengingatkan murid supaya tidak bermain kapal terbang kertas di kawasan sekolah kerana mengakibatkan sampah bertaburan.




Share:

Ceramah Perangi Denggi Habis-habisan Oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Tajuk program: Perangi Denggi Habis-habisan
Anjuran: Unit Promosi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Penceramah: Dr Nor Baizura Bt Saidin

      Murid berkumpul di dewan terbuka pada pukul 1.45. Murid disusun mengikut kelas diawasi oleh guru subjek.

      Pada pukul 2.00 petang ceramah di mulakan. Ceramah berkisar tentang bagaimana nyamuk aedes membiak, tempat pembiakan serta simptom jangkitan demam denggi.

           Setelah itu sesi soal jawab atau kuiz diadakan. Murid menunjukkan minat dalam menjawab semua soalan berkaitan tajuk ceramah. Pihak penganjur memberikan sedikit cenderamata kepada para pemenanh.
             Setelah selesai semua murid berpeluang melihat pameran berkaitan demam denggi.  Banyak infomasi berguna dapat dikongsikan bersama.

               Pada pukul 3.30 majlis bersurai. Murid masuk ke kelas masing-masing





Share:

PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING PERINGKAT DAERAH SEPANG 2016

Laporan Choral Speaking,

Pada 26 Julai 2016 (Selasa) SKTPP 2 telah menjadi tuan rumah bagi acara Choral Speaking Peringkat Daerah Sepang. Pihak sekolah diwakili oleh 35 orang murid.Seramai 10 orang guru terlibat sebagai AJK pertandingan.

Pasukan dari SKTPP 2 telah berjaya mendapat tempat kedua di dalam pertandingan tersebut.Tahniah dan syabas kepada semua guru penasihat dan murid-murid.







Share:

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN - MINGGU KE-27 ( SESI PAGI )

LAPORAN PERHIMPUNAN

Minggu ini ialah minggu ke-27 bagi sesi persekolahan tahun 2016. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. 

Aktiviti perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar murid

Guru bertugas pada minggu ini adalah :

1. PN. ALIZA BINTI AHAD
2.PN. NUR HAFIZAH BINTI OTHMAN
3.EN. MOHAMAD RANI BIN ARBAIN
4. EN. NOORHISHAM BIN MOHAMAD
5. PN. KHAIRUN NISA BINTI ABD HALIM
6. PN. NOR SHAHIDA BINTI IBRAHIM
7. PN. NORASLINDA BINTI AHMAD




Guru bertugas pada minggu ini iaitu Pn. Aliza binti Ahad memaklumkan bahawa bermula pada hari ini hingga hari Rabu,  murid-murid  Tahun 6 akan menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR 2016. Terdapat beberapa kelas  yang digunakan sebagai dewan peperiksaan. Oleh itu, murid-murid bagi kelas yang terlibat  perlu bergerak ke bilik-bilik khas yang telah ditetapkan. Kelas-kelas yang terlibat adalah seperti berikut : 


Akhir sekali, perhimpunan diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh En. Kamsani bin Sahlan selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana 2. En. Kamsani bin Sahlan memaklumkan bahawa penjurian kantin akan bermula pada minggu hadapan. Oleh itu, beliau berpesan kepada murid-murid supaya sentiasa menjaga kebersihan kantin dan sentiasa menjaga tingkah laku semasa berada di kantin. 



Perhimpunan sesi pagi ditamatkan pada jam 8.00 pagi.
Share:

Adiwira Terbilang Selangor ke Kidzania

Pada 19 dan 20  Julai 2016 seramai 124 orang murid tahun 4 dan 5 telah menyertai lawatan ke Kidzania. Program yang dinamakan Adiwira Selangor Terbilang ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Selangor dalam usaha menjadikan murid sebagai Adiwira iaitu ikon murid Selangor yang mempunyai watak berketerampilan,bijak mengurus kewangan,IQ yang cerdas, mahir berkomunikasi dan berakhlak mulia.


























Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts