JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG PIBG SKTPP2 KALI KE-11

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG PIBG SKTPP2 KALI KE -11 TAHUN  2020

Berikut merupakan makluman bagi Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke -11

Tarikh : 22 Februari 2020 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SKTPP2

1. Pihak PIBG dan sekolah memohon jasa baik  para ibu bapa dan penjaga untuk mengisi maklum balas kehadiran serta borang usul untuk dibincangkan bersama.

2. Maklum balas kehadiran serta borang usul boleh diisi melalui kaedah scan QR code ( di gambar) atau dengan menekan pautan link di bawah : 👇

 http://bit.ly/pibgsktpp2

3. Borang usul hendaklah dilengkapkan sebelum atau pada 31 Januari 2020 .

Segala kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.



Sila klik pautan di bawah bagi mengisi maklum balas kehadiran serta borang usul


http://bit.ly/pibgsktpp2
Share:

MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA TAHUN BARU CINA


Untuk makluman ibu bapa atau penjaga SK Taman Putra Perdana 2, sekolah akan bercuti selama lima hari, bermula dari 23 Januari 2020 sehingga 27 Januari 2020 bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan menjelang.  Sehubungan dengan itu, murid-murid dikehendaki hadir semula ke sekolah pada 28 Januari 2020 bersamaan hari Selasa.  Harap maklum. 
Share:

MAKLUMAN MAJLIS PERMUAFAKATAN TAHUN 6 SKTPP2



Untuk makluman ibu bapa atau penjaga kepada murid-murid Tahun 6, satu Majlis Permuafakatan Tahun 6 akan diadakan.  Ketetapan program adalah sebagaimana yang terkandung dalam poster yang dilampirkan.

Pihak sekolah mengharapkan agar ibu bapa atau penjaga dapat memberikan kerjasama dengan menghadiri program yang tersebut.


Terima kasih diucapkan.
Share:

LAPORAN PEMBENTANGAN MANIFESTO CALON-CALON KETUA PENGAWAS SEKOLAH (SESI PAGI)



Pada 14 Januari 2020 bersamaan hari Selasa, Pembentangan Manifesto Calon-Calon Ketua Pengawas Sekolah telah diadakan di Dewan Terbuka SKTPP2.



Majlis bermula tepat pada jam 8.00 pagi dan disertai oleh 30 orang calon daripada murid-murid Tahun 6.





Majlis dipengerusikan oleh Puan A'fifah dan audien dipenuhi oleh murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5.




Majlis tamat tepat pada jam 9.00 pagi dan murid-murid naik ke kelas untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.





Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 3 (SESI PAGI)

Pada 13 Januari 2020 bersamaan hari Isnin, satu perhimpunan rasmi unit beruniform telah diadakan di dataran perhimpunan SK Taman Putra Perdana 2.  Murid-murid berkumpul sebaik sahaja tiba di sekolah di dataran mengikut kelas masing-masing.  

Perhimpunan bermula tepat pada jam 7.30 pagi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.  Seterusnya diteruskan dengan lafaz ikrar Rukun Negara dan ikrar murid serta bacaan doa.



Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas yang disampaikan oleh Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin.  Beliau memaklumkan kepada murid guru-guru yang bertugas pada minggu ini, iaitu:

1. Encik Fakhrurrazi
2. Encik Zawadi
3. Puan Maha
4. Puan Amira
5. Puan Salina
6. Puan Marshida
7. Puan Aziah

Guru bertugas turut menyampaikan tema pada minggu 3 ini, iaitu Kasih Sayang Terhadap Komuniti Sekolah.  Guru bertugas memberi peringatan kepada murid-murid untuk menunjukkan rasa sayang kepada komuniti sekolah dengan menunjukkan tingkah laku yang baik sama ada di dalam atau di luar sekolah bagi memastikan nama dan imej sekolah senantiasa dalam keadaan baik dan positif.



Majlis diteruskan dengan ucapan disiplin yang disampaikan oleh Guru Pengawas, iaitu Puan A'fifah.  Beliau meminta kerjasama murid-murid agar senantiasa mematuhi peraturan-peraturan sekolah yang telah ditetapkan dan memastikan kadar disiplin kekal berada pada tahap sifar.



Majlis diakhiri dengan ucapan yang disampaikan oleh Encik Zanuddin, Guru Besar SK Taman Putra Perdana 2.  Beliau menyatakan harapan beliau kepada murid-murid agar belajar dengan baik dan senantiasa hormat kepada guru.  Beliau turut meminta agar murid-murid menjaga kesihatan dengan baik berikutan wabak Influenza A yang kian membimbangkan sekarang.



Majlis perhimpunan tamat pada jam 8.00 pagi dan murid-murid naik ke kelas dalam keadaan teratur dan tersusun.
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 2 (SESI PAGI)

Pada 6 Januari 2020 bersamaan hari Isnin, satu perhimpunan rasmi telah diadakan di dataran perhimpunan SK Taman Putra Perdana 2.  Murid-murid berkumpul sebaik sahaja tiba di sekolah di dataran mengikut kelas masing-masing.


Perhimpunan bermula tepat pada jam 7.30 pagi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.  Seterusnya diteruskan dengan lafaz ikrar Rukun Negara dan ikrar murid serta bacaan doa.

Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas yang disampaikan oleh Encik Norizi.  Beliau memaklumkan kepada murid guru-guru yang bertugas pada minggu ini, iaitu:

1. Encik Norizi
2. Encik Zuhaini
3. Puan Hafiza
4. Puan Murnei
5. Puan Wan Marhaini
6. Puan Sharulniza
7. Puan Noraisyah

Beliau turut menyampaikan sedikit nasihat kepada murid-murid berkaitan tema pada minggu ini, iaitu Belas Kasihan.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada guru disiplin, iaitu Encik Mohd. Razis.  Beliau memberi taklimat berkaitan dengan disiplin yang perlu dipatuhi sepanjang berada di sekolah ini.  Beliau turut mengingatkan murid agar membeli Buku Peraturan Sekolah yang ada dijual di kedai buku.



Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Encik Mohd. Zainurin bin Md. Yasin, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.  Beliau memberi taklimat berkaitan dengan kokurikulum dalam hal borang-borang yang berkaitan dengan kokurikulum khas untuk murid-murid Tahun 4.



Majlis perhimpunan tamat pada jam 8.00 pagi dan semua murid kembali ke kelas masing-masing dalam keadaan teratur.













Share:

INFO KOKURIKUKUM SKTPP2 2020




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikut merupakan Surat Makluman Kokurikukum 2020 serta Borang Kebenaran Kokurikukum.

Surat- surat akan diedarkan pada Hari ini (Jumaat) dan minggu hadapan secara berperingkat.

Mohon kerjasama ibu bapa melengkapkan Borang dan menyerahkan kepada Guru Kelas masing-masing selewatnya 7/1/2020

Kerjasama semua amat dihargai Dan didahului dengan ucapan terima kasih.



Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts