JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PENTING : WAKTU PERSEKOLAHAN PADA 1 JULAI 2016 (JUMAAT)

Perhatian Kepada Ibu bapa / penjaga murid-murid SKTPP2:

SEMUA MURID (PRASEKOLAH, TAHUN 1-6) dikehendaki hadir ke sekolah sesi pagi pada 1 JULAI 2016 (JUMAAT) sempena Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Ramadhan 2016 (PERSEKOLAHAN PADA SATU SESI SAHAJA).

TAHUN
HARI
WAKTU HADIR
WAKTU BALIK
PRASEKOLAH, TAHUN 1,2,3,4,5 DAN 6
JUMAAT
7.20 PAGI
12.00 TENGAH HARI
Share:

PEMBERITAHUAN: 'SYNC SCHOOL MESSAGING' SEBAGAI MEDIUM KOMUNIKASI ELEKTRONIK RASMI SEKOLAH

Pihak sekolah menggunakan Sync sebagai sistem e-komunikasi rasmi sekolah. Ibu bapa, guru-guru serta murid-murid disarankan untuk memuat turun aplikasi 'Sync School Messaging' di telefon pintar masing-masing agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan informasi penting dari pihak kami.

Sila klik  DI SINI untuk download.

Kata carian nama sekolah di aplikasi Sync ialah SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 

Sekian, terima kasih.

Surat siaran

Panduan Mengaktifkan akaun

Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 23 SESI PETANG


Laporan Perhimpunan
Tarikh : 22 / 6 / 2016

Minggu ini merupakan minggu ke 23 sesi persekolahan tahun 2016.Perhimpunan pada minggu ini dimulai dengan pengawas bertugas yang ditugaskan untuk mengendalikan perhimpunan.Perhimpunan dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu :

1) Lagu negaraku
2) Lagu Negeri Selangor
3) Lagu Sekolah
4)Lagu Malaysia Berjaya

Seterusnya perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa , ikrar rukun negara , ikrar murid dan ucapan guru bertugas.Guru bertugas memaklumkan nama-nama guru yang bertugas pada minggu ini iaitu :

a) Pn Juslinda bt Bakar
b) Pn Nurul Amira Hidayah Abu bakar
c) Pn Narimah bt Zamri
d) En Ahmad Ridhuan
e) Pn Rasina hj Yaacob

Guru bertugas juga melaporkan keputusan kelas terbersih bagi minggu lalu iaitu :
1. Tahun 1 : 1 UM
2. Tahun 2 : 2 UUM
3. Tahun 3 : 3 USM

Guru bertugas juga menjemput guru-guru baharu pada sesi petang untuk memperkenalkan diri dan memberi sepatah dua ucapan pada murid - murid iaitu  cikgu saimizi , cikgu Afiqah Syuhada dan cikgu Nurul Izzaty .

Akhir sekali, perhimpunan  diteruskan dengan ucapan penolong kanan petang En Farid Anwar bin Shaari.En Farid mengingatkan murid tentang peraturan penggunaan tandas sekolah dan berpesan kepada murid-murid supaya menjaga diri  sempena musim perayaan .Perhimpunan sesi petang ditamatkan pada jam 5.30 petang.















Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-23 SESI PAGI

LAPORAN PERHIMPUNAN

Minggu ini ialah minggu ke-23 bagi sesi persekolahan tahun 2016. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. 

Aktiviti perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar murid.

Guru yang bertugas pada minggu ini terdiri daripada:

1. Ustazah Nor Saadah binti Sabidin
2. Cikgu Mazilah binti Jamaludin
3. Cikgu Noraini binti Yusoff
4. Cikgu Nasibah binti Md Yusoff
5. Cikgu Mohd Norizi bin Mohamed
6. Cikgu Felicia Gatun (Ketua)





Guru bertugas (Cikgu Felicia) menyampaikan ucapan bertemakan peraturan. Penerangan beliau tentang peraturan disusuli dengan 3 soalan KBAT/HOTS iaitu:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan peraturan?
2. Kenapa peraturan diwujudkan?
3. Apakah kesan jika anda tidak mematuhi peraturan?

Guru bertugas juga melaporkan kelas terbersih dan terceria pada minggu lalu iaitu:

1. Tahun 4: kelas 4 UUM
2. Tahun 5: kelas 5 UM
3. Tahun 6: kelas 6 UUM






Akhir sekali, perhimpunan diteruskan dengan ucapan penolong kanan kurikulum, Puan Norlela binti Hashim berpesan kepada murid-murid supaya tidak bermain mercun semasa bulan Ramadhan kerana mengganggu kawasan kejiranan dan masjid. Beliau juga mengingatkan bahawa bermain mercun adalah berbahaya. 




Perhimpunan sesi pagi ditamatkan pada jam 8.00 pagi.




Share:

SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN TAHUN 2016 (SESI PAGI)

SAMBUTAN NUZUL AL QURAN


SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP 2) telah mengadakan Sambutan Nuzul Al Quran peringkat sekolah pada 24 Jun 2016 bersamaan 19 Ramadhan 1437 H bermula jam 7.20 pagi sehingga 9.40 pagi. Majlis ini adalah anjuran bersama Panitia Pendidikan Islam dengan Panitia Bahasa Arab SKTPP 2.

Tentatif program yang dijalankan adalah seperti berikut :

Masa
Atur Cara
7.20 – 7.40 pagi
·         Murid berkumpul di dewan terbuka

·         Bacaan Surah Yasin
740 – 8.00 pagi
·         Alunan zikir dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
8.00 – 9.30 pagi
·         Ceramah Sambutan Nuzul Al Quran

9.30 pagi
·         Penyampaian cenderamata dan majlis bersurai

Bacaan Yasin yang dijalan pada pagi Jumaat yang barakah ini dipengerusikan oleh Ustaz Ramdani Suhud dan diimarahkan oleh para guru dan semua murid beragama Islam. Setelah selesai bacaan Yassin, guru-guru dan murid-murid mengalunkan zikir dan selawat yang diketuai oleh Ustaz Razis Shainisi. Murid-murid begitu bersemangat dan memberi komitmen baik walaupun mereka berpuasa. Alunan zikir dan selawat ini telah menaikkan semangat mereka untuk mendengar ceramah selepas itu.

Seterusnya, Puan Pengerusi Majlis iaitu Ustazah Murnei memberikan kata alauan dan menjemput Tuan Penceramah, Tn. Haji Kamarudin bin Hj. Mohamed untuk meneruskan slot beliau. Ceramah yang disampaikan berkisar peristiwa yang berlaku pada 17 Ramadhan sebelum hijrah dan 17 Ramadhan selepas hijrah. Skop ceramah yang berfokus membolehkan murid-murid menguasai isi ceramah dengan baik yang juga di bantu dengan slide power point yang menarik.

Penceramah juga menggunakan teknik dua hala dalam komunikasi dengan murid-murid untuk menimbulkan rasa minat dan sekaligus menarik perhatian murid. Ceramah daripada beliau selesai pada jam 9.40 pagi.

Kemudian, Puan Penolong Kanan Pentadbiran, puan Norlela Binti Hashim menyerahkan cenderamata kepada Tuan Penceramah sebagai tanda ingatan ikhlas daripada pihak sekolah. Dengan itu berakhirlah Majlis Sambuatan Nuzul Quran peringkat sekolah bagi Tahun 2016 bersamaan 1437H.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program seumpama ini akan dijalankan lagi pada masa akan datang In Sha Allah.


SISIPAN GAMBAR SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG

Penyampaian Cenderahati daripada pihak sekolah kepada Penceramah jemputan

Pengerusi Majlis

Sesi ceramah







Share:

SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PERINGKAT SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 (2016) (SESI PETANG)

Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan sambutan Nuzul Al-Quran peringkat SK Taman Putra Perdana 2 Tahun 2016.

Tarikh:24 Jun 2016(Jumaat)
Masa:3.15-5.30 petang
Tempat:Dewan Terbuka SKTPP2


Tentatif Program

         3.15 petang       :Murid berkumpul di Dewan Terbuka SKTPP2.
3.15-3.45 petang       :Alunan zikir dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
3.45-5.15 petang       :Ceramah Sambutan Nuzul Al-Quran (Tn.Haji Kamarudin bin Haji Mohamed).
5.15-5.30 petang       :Penyampaian cenderamata dan majlis bersurai.


Alunan zikir dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Guru-guru dan murid-murid sama-sama mengalunkan zikir dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, Alunan selawat dan zikir ini dipimpin oleh Ustaz Hafizzudin.




Ceramah Sambutan Nuzul Al-Quran
Ceramah telah disampaikan oleh Tn. Haji Kamarudin bin Haji Mohamed. Cara penyampaian beliau adalah sangat menarik dan mengandungi banyak inti pati. Guru-guru dan murid-murid mendapat banyak ilmu pengetahuan daripada ceramah yang disampaikan.













Penyampaian cenderamata dan majlis bersurai
Penyampaian cenderamata kepada Tn.Haji Kamarudin telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Petang SKTPP2, En. Farid Anwar Bin Shaari. Majlis bersurai pada pukul 5.30 petang.








Bagi murid-murid yang bukan beragama Islam pula, mereka melakukan aktiviti mewarna yang dibimbing oleh Pn. Mahaletchumy a/p Perumal dan Cik Monei Anak Guntang.



Disediakan oleh,
Nor Atiqah Binti Nasarudin.
Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 22 SESI PAGI


Laporan Perhimpunan

Minggu ini merupakan minggu yang  ke 22 bagi sesi persekolahan tahun 2016.Perhimpunan ini dimulakan dengan pengawas yang bertugaskan mengendalikan perhimpunan. Aktiviti yang dilakukan semasa perhimpunan ialah :

1.Nyanyian Lagu :
   * Lagu Negaraku
    *Lagu Negeri Selangor
    *Lagu Sekolah
    * Lagu Malaysia Berjaya

2. Bacaan doa

3. Bacaan Ikrar Rukunegara

4. Bacaan Ikrar Murid

5. Ucapan Guru Bertugas :

    Guru bertugas memaklumkan nama guru - guru yang bertugas pada minggu ini iaitu :
     a) Pn. Norshahiza binti Razali
     b) Pn. Nurhidayahni binti Jasni
     c) Pn. Siti Raudah binti abdul Hamid
     d) Pn. Zaripah binti Ismail
     e) Pn. Lee Sau Mei
     f) Pn. Murnie binti Ahmad
     g) En. Rosmadi bin Abd Manaf

    Guru bertugas juga memaklumkan tema pada minggu ini ialah :
     " Sedia Hadapi Cabaran - Usaha meneruskan kecemerlangan "
 
     Murid -murid perlu bersedia untuk menghadapi cabaran terutama dalam pelajaran demi mencapai kecemerlangan. Cabaran juga merupakan salah satu penggerak kepada kejayaan.Oleh itu jadikanlah cabaran sebagai salah satu alat untuk berusaha dalam meneruskan kecemerlangan.


6. Ucapan Guru Disiplin :
   Ustaz Razis selaku Guru Disiplin megucapkan terima kasih dan tahniah kepada murid - murid SK Taman Putra Perdana 2 kerana masalah disiplin semakin berkurangan. Oleh itu beliau berharap agar murid - murid SK Taman Putra Perdana 2 dapat meneruskan disiplin ke arah yang lebih baik.

7. Ucapan Guru Besar:
    Tuan Guru Besar juga turut mengucapkan tahniah di atas kekurangan masalah yang disiplin yang dimaklumkan oleh guru disiplin. Oleh itu Tuan Guru Besar berharap agar disiplin murid - murid  dapat dikekalkan atau ditingkatkan ke arah yang lebih baik lagi.Tuan Guru Besar juga mengucapkan tahniah kepada murid Tahun 6 yang mendapat keputusan 6A di dalam Pentaksiran Sumatif 2 iaitu murid yang bernama Bellina Umairah dari kelas 6 UM.


Perhimpunan ditamatkan pada pukul 8.00 pagi









Share:

HARI JALINAN MESRA KALI PERTAMA (TAHUN 4 & 5 ) DAN HARI TEMUMURNI KALI KE-2 (TAHUN 6) 2016 - SESI PAGI


SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Hari Jalinan Mesra kali pertama bagi murid tahun 4 dan 5 serta Hari Temu Murni kali kedua bagi murid-murid tahun 6 seperti ketetapan berikut:- 

TARIKH      : 17 JULAI 2016
HARI            : JUMAAT
MASA          : 9.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT     : KELAS MASING-MASING


Program ini bertujuan menyalurkan maklumat  pencapaian dan prestasi semasa akademik serta sahsiah murid kepada ibu bapa masing-masing. Ia juga memberi peluang kepada ibu bapa berbincang mengenai perkembangan pendidikan anak-anak mereka dengan guru-guru. 

Berikut merupakan rakaman lensa sepanjang program ini dijalankan :-

Sebahagian daripada ibu bapa yang hadir

















Share:

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DI LAMAN FROG VLE

Ibubapa/penjaga atau murid boleh menyemak dan menyimpan salinan keputusan peperiksaan melalui Laman Frog VLE SKTPP2. Di bawah disertakan langkah-langkah penyemakan sebagai panduan Ibubapa dan murid.



Laman Frog VLE SKTPP2 : bba9228.1bestarinet.net
Sebarang pertanyaan boleh diemelkan kepada admin Frog Vle: vleadmin.bba9228@yes.my
Share:

MAKLUMAN : HARI JALINAN MESRA KALI PERTAMA (TAHUN 1-5) DAN HARI TEMU MURNI KALI KE-2 (TAHUN 6)


Share:

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN IHYA' RAMADHAN TAHUN 2016

Panitia Pendidikan Islam SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan Tahun 2016.

Tarikh                   :   14 Jun 2016
Masa                     :   7.30 pagi – 8.30 pagi
Tempat                  :   Dataran Perhimpunan SKTPP2


Tentatif Program

7.20 pagi              :   Murid berkumpul di Dataran Perhimpunan
7.30 pagi              :   Ucapan Pengerusi Majlis
                                      Bacaan Al-Quran
                                      Ucapan Penyelaras Program
                                      Tazkirah oleh En. Mohd Razis
                                      Ucapan Perasmian oleh PK Pentadbiran
                                      Gimik Perasmian
8.30 pagi              :   Bersurai










Bacaan Al-Quran

Bacaan yat-ayat Al-Quran telah diperdengarkan oleh adik Shaza Shazwina bt. Nasharuddin (6 UM).




Ucapan Penyelaras Program oleh En. Ramdani b. Mohd Suhud

·                       ·      Penyelaras Program telah menyatakan beberapa aktiviti atau program yang akan 
                  dijalankan sepanjang bulan Ramadhan.
·                       ·       Murid-murid boleh menyertai pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 
                   bulan Ramadhan.
·                       ·       Berharap agar lebih ramai murid dapat melibatkan diri dalam pelbagai program 
                   sempena Ihya’ Ramadhan.





Tazkirah oleh En. Mohd Razis b. Shainisi

      ·         Maksud sebenar Ramadhan
·         Kewajipan berpuasa di Bulan Ramadhan
·         Bersama-sama mencari syurga dan mencari keberkatan di bulan Ramadhan.
·         Amal-amal yang boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadhan.
·         Balasan neraka
·         Jangan membazir di bulan Ramadhan, bersederhana serta hanya membeli makanan yang diperlukan sahaja.
·         Banyakkan bersedekah.




Ucapan Perasmian oleh Pn. Norlela bt. Hashim (PK Pentadbiran)

            ·       Berharap semua murid dapat menyertai pelbagai aktiviti sempena program Ihya’
           Ramadhan.
      ·       Murid-murid perlu menjaga tingkah laku atau perlakuan sepanjang masa 
           terutamanya di bulan Ramadhan.
      ·       Banyakkan bersedekah.
      ·       Tidak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
      ·       Sentiasa menghormati guru dan menjada adab.
      ·      Jadikan bulan Ramadhan sebagai landasan untuk kembali ke jalan yang benar.






Gimik Perasmian

            ·       Pn. Norlela (PK Pentadbiran) telah memotong reben pada bunting yang 
           digantung sebagai simbolik perasmian program.
      ·       Seterusnya, Pn. Norlela memalu geduk.
      ·       Laungan azan oleh adik Muhammad Danish Putra b. Mohd Fadli (6 UM)






Aktiviti Sepanjang Ramadhan

v  Pelancaran Ihya’ Ramadhan
v  Tazkirah Ramadhan
v  Tadarus Al-Quran
v  Memperdengarkan Bacaan Al-Quran
v  Tabung Amal Jariah
v  Buletin Ramadhan
v  Bacaan Yasin dan Solat Hajat
v  Ceramah Nuzul Al-Quran
v  Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Ramadhan


Disediakan oleh;
Noraziah bt. Ali
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts