JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

JADUAL KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 2012

JADUAL KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 2012

PENYELARAS KELAS TAMBAHAN : PN. AZMANI BT. ABDUL HALIM

BERMULA : 14 FEBRUARI 2012

Share:

MAJLIS PERMUAFAKATAN TAHUN 6 2012

PERANCANGAN AKTIVITI TAHUN 6 2012

SK Taman Putra Perdana 2, telah mengadakan majlis permuafakatan tahun 6 2012 pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 14 Januari 2012
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka
SK Taman Putra Perdana 2

RASIONAL –
Kecemerlangan keputusan UPSR merupakan indikator terpenting dalam mengukur kemajuan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Maka, perancangan, strategi, kesungguhan, pengorbanan dan kerjasama daripada semua pihak iaitu guru, pentadbir, PIBG dan ibu bapa perlu digarap dan digembeling bagi mencapai kecemerlangan akademik keseluruhannya.

MATLAMAT –
1. Meletakkan SK Taman Putra Perdana 2 di dalam kelompok 5 sekolah
terbaik di daerah Sepang dari segi kualiti 5A.
2. Menempatkan SK Taman Putra Perdana 2 sebaris dengan sekolah-
sekolah elit di daerah Sepang khususnya dan Selangor amnya.

OBJEKTIF –
1. Mensasarkan bilangan murid mendapat 5A kepada 35 orang.
2. Meningkatkan pencapaian keseluruhan mata pelajaran sekaligus mencapai peratus kelulusan
keseluruhan 80%.

ANALISIS UPSR TAHUN 2011

* SEKIRANYA ADA PERUBAHAN TARIKH AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN *

Share:

PERATURAN UNIT PENILAIAN & PEPERIKSAAN

PERATURAN UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
( UJIAN DAN PEPERIKSAAN)

PANDUAN GURU
_____________________________

1. Jarakkan kedudukan meja pelajar sehari sebelum peperiksaanbermula.

2. Pastikan semua fail , buku dan beg pelajar diletakkan di belakang atau hadapan bilik darjah. Ruangan sudut mata pelajaran dan pembelajaran akses kendiri di dalam kelas hendaklah di tutup dengan surat khabar terpakai.

3. Meniru semasa peperiksaan merupakan kesalahan serius. Tindakan yang tegas akan diambil. Markah sifar akan diberi kepada pelajar meniru, cuba meniru serta pelajar yang bersubahat. Tindakan disiplin juga akan diambil .

4. Pelajar-pelajar mesti berada di dalam bilik darjah sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari masa permulaan peperiksaan.

5. Jika guru yang mengawas lewat sampai, menjadi tanggungjawab ketua darjah untuk memaklumkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran atau Penolong Kanan Petang.

6. Pelajar tidak dibenarkan meminjam alat tulis daripada pelajar lain semasa peperiksaan sedang berlangsung terutama subjek seni.

7. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari bilik peperiksaan. Mereka dibenarkan pergi tandas jika benar-benar perlu buat demikian.

8. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan bilik peperiksaan sebelum masa peperiksaan tamat.

9.Pelajar hanya dibenarkan keluar dari bilik peperiksaan selepas guru yang mengawas berpuas hati semua kertas jawapan dan bahan peperiksaan telah dikutip dan bilangannya dikira betul.

10.BilikPenyimpanan Kertas Soalan diisytiharkan sebagai KAWASAN LARANGAN semua pelajar tidak dibenarkan mengambil kertas soalan peperiksaan di bilik tersebut walaupun arahan guru.

11.Pelajar yang TIDAK HADIR untuk ujian/peperiksaan atas permintaan sendiri atau atas sebab di luar kawalannya, boleh dibenarkan menduduki sekiranya tidak lebih dari 3 hari dan markah peperiksaan akan diberi kepada kertas-kertas yang tidak didudukinya,selepas ujian / peperiksaan diadakan tetapi lebih dari 3 hari markah peperiksaan tidak akan diambil sebagai markah ujian / peperiksaan tetapi dianggap sebagai LATIHAN sahaja. Pelajar yang tidak hadir pada hari peperiksaan kerana mewakili sekolah dibenarkan mengambil peperiksaan pada masa lain dan markah akan direkodkan. Pelajar yang tidak hadir untuk salah satu kertas dianggap tidak hadir untuk kertas tersebut.

12.Kertas tulis untuk jawapan, kertas lukisan dan kertas objektif akan disediakan oleh pihak sekolah untuk setiap ujian atau peperiksaan dan peperiksaan percubaan.

13.Setiap kelas akan diberikan satu salinan jadual peperiksaan dan jadual tersebut hendaklah ditampal di papan notis kelas sepanjang masa peperiksaan berlangsung .

14. Semasa ujian / peperiksaan berlangsung tidak ada perhimpunan sekolah.

15.Pelajar mesti datang dan balik mengikut masa persekolahan biasa. Pelajar tidak boleh datanglewat walaupun tiada peperiksaan atau balik awal walaupun kertas peperiksaan sudah tamat.

PERATURAN UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
( UJIAN DAN PEPERIKSAAN)

PANDUAN KELAS
__________________________

Semua pelajar dinasihati supaya membaca dan mematuhi semua arahan dan amaran ini:

1. Pelajar diingatkan bahawa kertas soalan diperingatkan sebagai sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972. Kertas soalan tidak boleh dimiliki oleh mana-mana orang / pihak untuk apa-apa tujuan sekalipun. Sesiapa sahaja memiliki kertas soalan tersebut sama ada dalam bentuk asal atau salinan adalah melanggar peraturan keselamatan seperti yang terkandung dalam Akta Rahsia Rasmi 1972. Kertas soalan tersebut diperingatkan sulit sehinggalah ujian / peperiksaan tersebut tamat dan diklasifikasikan sebagai tidak sulit.

2. Pelajar hendaklah berada di tempat duduk pada masa yang ditetapkan semasa ujian / peperiksaan. Jika tiba lewat, nyatakan sebab munasabah kepada guru yang mengawasi ujian / peperiksaan. Masa tambahan akan diberikan.

3. Tulis nama , darjah dan mata pelajaran dengan jelas pada kertas jawapan, kertas lukisan yang digunakan.

4. Apabila pelajar diminta berhenti menulis, patuhi arahan dan susun kertas jawapan mengikut tertib susunan yang betul. Pastikan telah menulis nama, darjah dan mata pelajaran dengan betul pada kertas jawapan.

5. Jangan dedahkan kertas jawapan anda sehingga boleh dibaca oleh calon lain.

6. Jangan meniru atau memberi peluang meniru kepada calon lain.

7. Jangan memberi atau mendapatkan pertolongan atau melakukan sebarang perbuatan tidak jujur.

8. Jangan bawa masuk ke dalam tempat ujian / peperiksaan sebarang buku, nota, catatan, akhbar, kertas kecuali alat tambahan yang dibenarkan dibawa masuk untuk kegunaan semasa ujian / peperiksaan.

9. Pelajar hendaklah membawa peralatan dan bahan yang diperlukan bagi setiap mata pelajaran sendiri . Tidak dibenarkan meminjam atau memberi pinjam sebarang peralatan sewaktu ujian/ peperiksaan sedang dijalankan.

10. Jangan tukar tempat duduk yang telah diperuntukan kepada pelajar tanpa kebenaran guru pengawas.

11. Jangan menggangu ketenteraman atau melakukan kekacauan di dalam atau berhampiran tempat ujian peperiksaan semasa ujian / peperiksaan sedang dijalankan.

12. Pelajar yang melanggar mana-mana amaran di atas boleh dikenakan tindakan yang setimpal sebahagian atau semua yang berikut:
· Disingkirkan daripada mengambil ujian / peperiksaan.
· Dilarang meneruskan ujian / peperiksaan bagi semua kertas selanjutnya.
· Dibatalkan keputusan mata pelajaran atau keseluruhan keputusan ujian / peperiksaan.

Arahan kertas jawapan
1. Hanya dibenarkan menggunakan pensel untuk menjawab solan. Markah tidak akan diberi sekiranya pelajar gagal mematuhi arahan.

2. Gunakan pemadam untuk memadamkan tanda jawapan yang tidak dikehendaki. Pemadam jenis cecair / kimia atau seumpamanya tidak boleh digunakan.

Arahan kertas jawapan ( objektif aneka pilihan, OMR )

1. Gunakan pensel 2B sahaja.

2. Kertas jawapan objektif (OMR) hendaklah dilengkapkan dengan maklumat nama, tingkatan dan mata pelajaran di tempat yang disediakan dan hitamkan di ruangan yang berkenaan.

3. Gunakan pemadam sahaja untuk memadamkan tanda jawapan yang tidak dihendaki. Pastikan tidak ada kesan pensel di tempat yang dipadamkan itu. Pemadam jenis cecair / kimia atau seumpamanya tidak boleh digunakan.Jangan buat lubang atau apa-apa tanda yang tidak dikehendaki di atas kertas jawapan.

4. Jangan buat lubang atau apa-apa tanda yang tidak dikehendaki di atas kertas jawapan.

Share:

PERATURAN UNIT PENILAIAN & PEPERIKSAAN

PERATURAN UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
( UJIAN DAN PEPERIKSAAN)

PANDUAN GURU
_____________________________

1. Jarakkan kedudukan meja pelajar sehari sebelum
peperiksaanbermula.

MAKLUMAN CUTI BERGANTI DAN CUTI PERISTIWA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk:

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti mulai 21 Januari 2012 (Sabtu) hingga 29 Januari 2012 (Ahad). Semua murid akan bersekolah semula seperti biasa pada 30 Januari 2012 (Isnin) dan dikehendaki mengganti hari persekolahan seperti ketetapan berikut:

Share:

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PSS

Upacara pelantikan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber Sekolah sesi 2012 telah dijalankan pada hari ini , 16 Januari 2012. Guru Besar telah menyampaikan amanat dan pesanan kepada semua pengawas yang dilantik agar menjadi contoh kepada murid lain dari segi penampilan, kebersihan diri dan sikap. Setiap pengawas perlu ada buku catatan kecil untuk tindakan semasa bertugas. Semoga semua pengawas yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berhemah.
Terima kasih juga kepada JK Pengawas kerana menguruskan majlis dengan baik.
Share:

MAJLIS PERMUAFAKATAN TAHUN 6 2012

Majlis Permuafakatan Tahun 6 2012 telah diadakan pada Sabtu, 14 Januari 2012 bertempat di Dewan Terbuka SK Tmn Putra Perdana 2. Majlis ini bertujuan untuk sesi pembentangan dan perbincangan aktiviti-aktiviti dan program yang akan dijalankan bagi persediaan menghadapi UPSR tahun 2012 di antara pihak sekolah khususnya pentadbir dan guru-guru tahun 6 bersama-sama ibu bapa murid-murid tahun 6 2012. Beberapa cadangan bernas telah diberikan oleh ibu bapa yang hadir dan akan dibincangkan dan dipertimbangkan oleh pihak sekolah. Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan penjaga yang dapat meluangkan masa menghadiri majlis ini.Berikut adalah beberapa butiran yang berlangsung pada majlis itu.

Pendaftaran ibu bapa & penjaga
Ibu bapa & penjaga yang hadir ke Majlis Permuafakatan Tahun 6 2012

Guru besar, Encik Md. Zohri bin Saluki menyampaikan ucapan.
Guru penolong kanan pentadbiran, Puan Siti Hanim memberikan taklimat tentang Program Kecemerlangan Tahun 6 2012.

Sesi pertanyaan dan cadangan daripada ibu bapa dan penjaga yang hadir
Share:

TAKLIMAT PENGAWAS PSS

En. Md Suhaidi sedang memberi taklimat kepada pengawas PSS tentang pakaian dan tugas-tugas pengawas PSS bagi sesi 2012. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah dilantik menjadi pengawas PSS. Harapan sekolah, agar semua pengawas PSS dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan sabar tanpa mengabaikan pelajaran dalam kelas.
Share:

TAKLIMAT DISIPLIN

Pada 09 Januari 2012, Ustaz Razis selaku Guru Disiplin sekolah telah memberi taklimat kepada 103 orang murid yang menunggang basikal ke sekolah. Murid-murid ini telah diberi penerangan tentang cara yang betul meletak basikal dan cara menunggang basikal ketika datang dan pulang sekolah. Di harap semua murid dapat memahami peraturan sekolah dan ibu bapa juga dapat membantu anak-anak di rumah.

Sekian, terima kasih
Share:

PROGRAM MAJU DIRI (PMD)

Program di bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling,SKTPP2 ini merupakan program tahunan yang dijalankan pada setiap awal tahun yang dikhususkan untuk murid-murid Tahap 2 iaitu Tahun 4,5 dan 6.Program tersebut telah diadakan pada ketetapan yang berikut:-

Tarikh : 4 - 6 Januari 2012 (Rabu-Jumaat)
Masa : 7.30 pagi-10.00 pagi
Tempat : SKTPP2

Tujuan program
- Untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama antara murid dan guru
- Meningkatkan pengetahuan kemahiran belajar dan pengurusan diri
- Motivasi awal supaya lebih bersemangat untuk belajar
- Memupuk rasa tanggungjawab untuk menuntut ilmu pengetahuan serta kepentingannya dalam kehidupan

Terima kasih kepada semua warga SKTPP2 yang terlibat secara langsung sepanjang program diadakan.
Share:

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1-2012

SKTPP2 mengucapkan selamat datang kepada murid-murid Tahun 1.

Program Transisi Tahun 1 SKTPP2 akan diadakan bermula dari 4 Januari - 13 Januari. Murid-murid diminta membawa sebuah buku tulis, buku komunikasi dan alat tulis sahaja sepanjang minggu Program Transisi ini.

Untuk makluman ibu bapa / penjaga dan murid, jadual kelas akan diedarkan kepada murid pada akhir Program Transisi nanti.

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Dengan itu, adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah.

Pada hari pertama persekolahan iaitu 4 Januari, majlis Pembukaan Program Transisi diadakan seperti berikut :

1. Murid berkumpul di Dewan Terbuka mengikut kelas masing-masing.
2. Bacaan Doa
3. Ucapan alu-aluan oleh Pen. Kanan Petang, Pn. Norlela binti Hashim.
3. Taklimat Disiplin oleh En. Lukman bin Abdullah selaku guru disiplin.
4. Murid-murid beredar ke kelas diiringi guru kelas untuk program-program di dalam kelas.
Berikut beberapa paparan gambar yang sempat dirakam pada majlis Pembukaan Program Transisi Tahun 1.

En. Lukman bin Abdullah memberi Taklimat Disiplin.

Wajah-wajah murid Tahun 1 SKTPP2 2012.
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts