LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-43 (SESI PAGI)
Minggu 43
(20 November 2017 - 24 November 2017)
Pada 20hb. November 2017 bersamaan dengan hari Isnin seperti biasa telah dijalankan perhimpunan rasmi SK Taman Putra Perdana 2. Tepat jam 7.25 pagi, semua murid telah berhimpun di dataran perhimpunan sebagai persediaan sebelum perhimpunan rasmi dimulakan.
Tepat jam 7.35 pagi, perhimpunan rasmi Isnin dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil murid.
UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
Agenda seterusnya ialah Ucapan Guru Bertugas Mingguan, iaitu Puan Mahaletchumy. Beliau telah memaklumkan kepada murid-murid akan guru-guru yang bertugas sepanjang minggu 43 ini, iaitu:
1. Puan Norizan
2. Puan Mazilah
3. Puan Faiza Fitra
4. Puan Mahaletchumy
5. Puan Lee Sau Mei
6. Encik Zawadi
7. Ustaz Rosmadi
8. Encik Suhaidi
9. Encik Fakhrurrazi
Murid-murid dimaklumkan bahawa sekiranya menghadapi masalah, maka boleh berjumpa dengan guru-guru yang telah dinyatakan.
Ucapan guru bertugas mingguan diteruskan dengan penjelasan tema minggu 43, iaitu Aktiviti Berfaedah Semasa Cuti Sekolah. Beliau menyenaraikan beberapa aktiviti yang bleh dilakukan oleh murid-murid sepanjang cuti sekolah ini. Antaranya ialah:
1. Bersenam
2. Melancong
3. Menziarahi datuk dan nenek di kampung
4. Menziarahi sanak saudara di perantauan
5. Bersenam
6. Membantu ibu bapa
7. Mengulang kaji pelajaran
UCAPAN CIK FELICIA
Teacher Felicia tampil ke hadapan bertujuan untuk menyampaikan satu anugerah kepada seorang murid sekolah. Anugerah diberikan kepada murid bernama Kaisah yang menerima Anugerah Tunas Puteri 2017.
UCAPAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Puan Zulastri. Beliau memberikan ucapan dan mandat kepada murid-murid semua untuk menghadapi cuti akhir tahun dengan selamat dan sejahtera. Mengisi waktu sepanjang cuti persekolahan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Beliau turut mengingatkan murid bahawa sesi persekolahan Tahun 2018 bermula pada 02hb. Januari 2018 bersamaan dengan hari Selasa.
Disediakan oleh, 20 November 2017
mahaletchumy
(Mahaletchumy)
Guru Bertugas Minggu 43
MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA TAHUN 6
Pada 17 November 2017 (Jumaat) bersamaan 28 Safar 1439H, Sekolah
Kebangsaan Putra Perdana 2 telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Perdana
Tahun 6 anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Majlis ini diketuai
oleh Ustaz Mohd Razis bin Md
Shainisi melibatkan 75 murid yang telah berjaya mengkhatam Al-Quran
serta semua murid tahun 6. Alhamdulillah pertama kali Majlis Khatam Al-Quran
ini diadakan bersempena murid generasi pertama dalam program j-QAF 2017. Ia diadakan
bertujuan untuk memupuk budaya cinta Al-Quran dalam kalangan generasi muda
serta melahirkan murid-muird yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Aturcara Majlis
tersebut adalah :
MASA
|
PERKARA
|
10.30
pagi
|
Murid berkumpul di Dewan Terbuka
Perarakan masuk peserta Khatam Al-Quran
|
10.45
pagi
|
Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar
|
10.55
pagi
|
Bacaan Khatam Al-Quran
(Ustaz Mohd Razis bin Md Shainisi)
|
11.30
pagi
|
Penyampaian Sijil Peserta dan Cenderamata
|
Ucapan perasmian oleh Penolong Kanan Pentadbiran Puan Zulastri binti
Mohamad Zahidi
|
Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Fikri bin Mat Arit
|
Majlis Khatam Al-Quran diketuai oleh Ustaz Mohd Razis bin Md Shainisi
|
Penyampaian Cenderamata kepada Ustaz Mohd Razis bin Md Shainisi
|
Penyampaian sijil kepada semua peserta Khatam Al-Quran
|
Semoga program ini dapat menanam sikap cinta terhadap
Al-Quran sekaligus memantapkan bacaan Al-Quran dalam kalangan pelajar dan guru.
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PRASEKOLAH KALI KE 8 2017
SK Taman Putra Perdana 2 akan mengadakan Majlis HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PRASEKOLAH KALI KE 8 2017 pada butiran seperti berikut:
TARIKH :22 NOVEMBER 2017 (RABU)
MASA :7.30 PAGI HINGGA 1.00 PETANG
TEMPAT :DEWAN TERBUKA
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang berjaya menunjukkan kecemerlangan dan kepimpinan dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan.
Ibu bapa yang menerima jemputan dijemput hadir untuk sama-sama meraikan murid-murid yang berjaya.
Terima kasih.

PERHIMPUNAN MINGGU KE 42
Perhimpunan rasmi Isnin, 13 November 2017 dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan LAGU Aku Negaraku. Perhimpunan diteruskan lagi dengan bacaan Doa dan Lafaz Ikrar Rukun Negara dan wakil pengawas Sekolah.
Ketua Guru bertugas, Pn. Rohaila binti Abdullah megalu - alukan kedatangan murid Ke Sekolah serta memperkenalkan guru -guru yang bertugas pada minggu ini. Guru - guru yang bertugas adalah :
1.Pn. Noor Hafizan
2. Pn. Jagjer Kaur
3.Pn. Margaret
4. Pn. Sharulniza
5. Cik Siti Mushrifah
6.En. Noorhisham
Murid disarankan supaya berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapai sebarang masalah.
Tema pada minggu ini ialah "Kebersihan Diri"
Guru bertugas mengingatkan murid - murid supaya sentiasa menjaga kebersihan diri supaya terhindar dari sebarang penyakit berjangkit. Antara intipati ucapan guru bertugas adalah:
1.Kebersihan diri sangat berkait rapat dengan kesihatan diri.
2.Jika seseorang itu menjaga kebersihan diri,dia akan terhindar dari sebarang penyakit.
3.Kuman dan bakteria yang membawa penyakit suka tinggal di tempat yang kotor dan badan yang kotor.
Cara- cara menjaga Kebersihan Diri:
1. Basuh tangan sebelum makan mengikut 7 langkah yang betul
2. Memakai pakaian yang dibasuh untuk mengelakkan daripada berbau dan penyakit kulit.
3.Membersihkan kawasan persekitaran.
4.Bersihkan badan dengan membersihkan setiap anggota badan
5.Elakkan daripada memasuki rumah dengan berkasut atau selipar.
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA MURID
Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada murid Buku Teks Tercantik.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar.
Majlis Perhimpunan berakhir pada pukul 8.10 pagi

Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan |
Guru Besar menyampaikan hadiah kepada wakil kelas untuk Buku Teks Tercantik |
guru bertugas memberikan ucapan |
murid menadah tangan mengaminkan bacaan doa |
Majlis Perhimpunan berakhir pada pukul 8.10 pagi
Amalan Guru Penyayang
Sambutan Hari Lahir
Makluman kepada ibu bapa/penjaga SK Taman Putra Perdana 2, Jawatankuasa Guru Penyayang akan mengadakan sambutan hari lahir untuk semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang dilahirkan sepanjang bulan November dan Disember. Sambutan ini akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 10 Nov 2017
Hari: Jumaat
Masa: Tahun 1-3 (2.00 petang)
Tahun 4-6 (7.30 pagi)
Kerjasama dan sumbangan yang diberikan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sambutan Hari Kanak-Kanak
Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah
Tarikh: 9 November 2017
Hari: Khamis
Sambutan Hari Kanak-Kanak merupakan program wajib yang dilaksanakan oleh pihak sekolah pada setiap tahun. Program ini bermatlamat sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan pihak sekolah dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak. Penghormatan dan pengiktirafan yang diberikan ini dengan harapan dapat memberi perangsang kepada kanak-kanak lain amnya.
Selain itu, objektif program ini juga adalah untuk memilih tokoh kanak-kanak peringkat sekolah sebagai satu perangsang untuk meningkatkan kecemerlangan dalam semua aspek. Menanam dan menyuburkan kesedaran murid-murid tentang hak-hak mereka, serta memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak yang bakal mewarisi dunia kelak.
Sambutan pada hari ini berjalan dengan penuh kegembiraan dan suasana yang meriah dengan persembahan dari murid-murid dan pertandingan Talentime. Pelbagai aktiviti lain diadakan untuk memeriahkan sambutan. Sedikit jamuan ringan juga disediakan kepada semua kanak-kanak yang diraikan pada hari ini.
Momen-momen menarik yang sempat dirakamkan pada pagi ini

Tokoh Kanak-Kanak 2017 |
Adik Muhamad Haziq Aiman bin Muhamad Azani yang merupakan Tokoh Kanak-Kanak lelaki |
Adik Putri Aisyah Sofea bin Idris merupaka Tokoh Kanak-Kanak perempuan |
LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN
MINGGU 40
(06 -10 November 2017)
Perhimpunan rasmi Isnin, 06 November 2017 dimulakan dengan
nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu
Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan
lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas
sekolah.
UCAPAN GURU BERTUGAS MIGGUAN
Ketua guru bertugas, Puan Siti Sarah binti Mohd Nor
mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah serta memperkenalkan guru-guru yang
bertugas pada minggu ini. Guru –guru yang bertugas adalah :
1. PN. IFAHAYATI
BINTI ISMAIL
2. PN. NUR HAFIZAH
OTHMAN
3. PN. ZARIPAH
BINTI ISMAIL
4. PN. NUR SYAFRIDA
BINTI IBRAHIM
5. PN. NASIBAH
BINTI MD YUSOFF
6. PN. NOREHAN
BINTI AB SAMAD
Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika
menghadapi sebarang masalah.
Tema pada minggu ini ialah “Kebersihan dan Keceriaan
Sekolah”.
Guru bertugas mengingatkan murid-murid agar sentiasa menjaga
kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah. Antara intipati ucapan guru bertugas
adalah :
1. Tidak membuang
sampah merata-rata
2. Menjalankan
tugas mengikut jadual bertugas mingguan
3. Menjaga
kebersihan tandas
4. Tidak menconteng
dinding sekolah mahupun kelas
Sama-samalah
kita menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah agar murid-murid sentiasa seronok
dan gembira untuk datang ke sekolah ibarat “Sekolahku Syurgaku”. Setiap orang
mukmin perlulah mementingkan kebersihan dalam setiap aspek kehidupan kerana
kebersihan adalah separuh daripada iman.
PENYAMPAIAN
HADIAH KEPADA MURID
Seterusnya
majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada murid yang terlibat iaitu :
- Hadiah sempena aktiviti murid tahun 6
- Hadiah buku teks terbaik mengikut tahun
- Sijil Kolaborasi Pintar PdPc PAK21 Merentas Negeri Peringkat Kebangsaan
Perhimpunan berakhir
pada jam 8.30 pagi.
KEMPEN HOUR OF CODE
Kempen Hour of Code (HOC). Terbuka kepada semua murid. HOC ialah aktiviti selama 1 jam untuk memperkenalkan murid kepada asas pengaturcaraan (coding) dan sains komputer di semua sekolah. Jom sertai dengan jaya dan dapatkan sijil penyertaan dan bantu pihak sekolah mengumpul seberapa banyak penyertaan dalam kempen ini.
Maklumat lanjut rujuk laman https://bba9228.1bestarinet.net/hourofcode
Maklumat lanjut rujuk laman https://bba9228.1bestarinet.net/hourofcode
MAKLUMAN PUNGUTAN BUKU TEKS KEGUNAAN 2017 DAN AGIHAN BUKU TEKS UNTUK KEGUNAAN 2018
Salam sejahtera.
Berikut dimaklumkan jadual Pungutan Buku Teks Kegunaan 2017 dan Agihan Buku Teks untuk Kegunaan 2018 :
ALIRAN
|
PEMULANGAN BUKU TEKS KEGUNAAN 2017
|
PENGAGIHAN BUKU TEKS KEGUNAAN 2018
|
Tahun 1
|
27 Oktober 2017
|
11 November 2017
|
Tahun 2
|
1 November 2017
|
30 Disember 2017
|
Tahun 3
|
30 Oktober 2017
|
15 November 2017
|
Tahun 4
|
30 Oktober 2017
|
15 November 2017
|
Tahun 5
|
1 November 2017
|
15 November 2017
|
Tahun 6
|
27 Oktober 2017
|
15 November 2017
|
Untuk makluman, murid Tahun 1 (2018) akan menerima buku teks bagi kegunaan 2018 pada Hari Orientasi iaitu pada 11 November 2017 bersamaan pada Hari Sabtu.
Berikut dilampirkan Judul Buku Teks SPBT bagi Tahun 1 Hingga Tahun 6 untuk semakan Tuan / Puan .
Sekian, Terima Kasih.
TAHUN 1
BIL.
|
JUDUL
BUKU
|
|
1.
|
BAHASA MELAYU TAHUN 1
|
|
2.
|
ENGLISH YEAR 1
|
|
3.
|
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1
|
|
4.
|
SAINS TAHUN
1
|
|
5.
|
MATEMATIK TAHUN 1 JILID 1
|
|
6.
|
MATEMATIK TAHUN 1 JILID 2
|
|
7.
|
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
|
|
8.
|
PENDIDIKAN
JASMANI DAN KESIHATAN TAHUN 1
|
|
9.
|
PENDIDIKAN
KESENIAN TAHUN 1
|
|
10.
|
BAHASA ARAB TAHUN 1
|
TAHUN 2
BIL.
|
JUDUL BUKU
|
|
1.
|
BAHASA MALAYSIA TAHUN 2
|
|
2.
|
ENGLISH YEAR 2
|
|
3.
|
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
|
|
4.
|
DUNIA
SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 2
|
|
5.
|
MATEMATIK TAHUN 2 JILID 1
|
|
6.
|
MATEMATIK TAHUN 2 JILID 2
|
|
7.
|
PENDIDIKAN
JASMANI DAN KESIHATAN TAHUN 2
|
|
8.
|
BAHASA ARAB TAHUN 2
|
|
9.
|
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2
|
TAHUN 3
BIL.
|
JUDUL BUKU
|
|
1.
|
BAHASA
|
|
2.
|
ENGLISH YEAR 3
|
|
3.
|
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
|
|
4.
|
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
TAHUN 3
|
|
5.
|
MATEMATIK TAHUN 3 JILID 1
|
|
6.
|
MATEMATIK TAHUN 3 JILID 2
|
|
7.
|
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3
|
|
8.
|
PENDIDIKAN
JASMANI DAN KESIHATAN TAHUN 3
|
|
9.
|
BAHASA ARAB TAHUN 3
|
TAHUN 4
BIL.
|
JUDUL BUKU
|
|
1.
|
BAHASA MALAYSIA TAHUN 4
|
|
2.
|
ENGLISH YEAR 4
|
|
3.
|
SEJARAH TAHUN 4
|
|
4.
|
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
|
|
5.
|
SAINS TAHUN 4
|
|
6.
|
PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN
4
|
|
7.
|
MATEMATIK TAHUN 4
|
|
8.
|
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4
|
|
9.
|
PENDIDIKAN
MUZIK TAHUN 4
|
|
10.
|
PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4
|
|
11.
|
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
TAHUN 4
|
|
12.
|
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI THN 4
|
|
13.
|
PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN 4
|
|
14.
|
THE KING OF KITES YEAR 4
|
|
15.
|
THE JUNGLE BOOK YEAR 4
|
|
16.
|
BAHASA ARAB TAHUN 4
|
|
17.
|
ANTHOLOGY OF POEMS
|
|
18.
|
CERMAT TIBA SELAMAT TAHUN 4
|
TAHUN 5
BIL.
|
JUDUL BUKU
|
|
1.
|
BAHASA MALAYSIA TAHUN 5
|
|
2.
|
ENGLISH YEAR 5
|
|
3.
|
SEJARAH TAHUN 5
|
|
4.
|
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5
|
|
5.
|
SAINS TAHUN 5
|
|
6.
|
PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN
5
|
|
7.
|
MATEMATIK TAHUN 5
|
|
8.
|
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5
|
|
9.
|
PENDIDIKAN
MUZIK TAHUN 5
|
|
10.
|
PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5
|
|
11.
|
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
TAHUN 5
|
|
12.
|
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI THN 5
|
|
13.
|
PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN 5
|
|
14.
|
AND SOMETHING WEIRD
HAPPENED YEAR 5
|
|
15.
|
GULLIVER’S TRAVELS YEAR 5
|
|
16.
|
BAHASA ARAB TAHUN 5
|
|
17.
|
ANTHOLOGY OF POEMS FOR YEAR
4,5,6
|
|
18.
|
CERMAT TIBA SELAMAT TAHUN 5
|
TAHUN 6
BIL.
|
JUDUL BUKU
|
|
1.
|
BAHASA MALAYSIA TAHUN 6
|
|
2.
|
ENGLISH YEAR 6
|
|
3.
|
SEJARAH TAHUN 6
|
|
4.
|
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
|
|
5.
|
SAINS TAHUN 6
|
|
6.
|
PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
|
|
7.
|
MATEMATIK
TAHUN 6
|
|
8.
|
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
|
|
9.
|
PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
|
|
10.
|
PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 6
|
|
11.
|
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6
|
|
12.
|
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI THN 6
|
|
13.
|
PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 6
|
|
14.
|
AKBAR’S DREAM YEAR 6
|
|
15.
|
WIZARD OF OZ YEAR 6
|
|
16.
|
BAHASA ARAB TAHUN 6
|
|
17.
|
ANTHOLOGY OF POEMS FOR YEAR 4,5,6
|
|
18.
|
CERMAT TIBA SELAMAT TAHUN 6
|