memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini. Tema pada minggu ini adalah “Kenali budaya Malaysia : Interaksi dengan Komuniti Sekolah". 
Guru bertugas pada minggu ini:
1. Pn. Margaret Ann Arputham
2. Pn. Sharulniza binti Ab Najis
3. Cik Siti Mushrifah binti Ahmad Kamal
4. Pn. Rohaila binti Abdullah
5. Pn. Noor  Hafizan  binti Che Abdul Rahman
6. Pn. Jagjer Kaur A/P  Gurmukh Singh
7. En. Noorhisham bin Mohamad
Ucapan Guru Bertugas
Guru bertugas mengulas tentang interaksi dengan komuniti sekolah dengan mematuhi peraturan-peraturan sekolah  kepada murid-murid.1. Murid-murid perlu mematuhi peraturan sekolah supaya menjadi seorang murid yang berdisiplin. 
   Guru bertugas sedang menyampaikan ucapan
 
Ucapan Guru Disiplin
Guru Disiplin mengingatkan murid-murid supaya mengguna mesin air dengan betul dan tidak merosakkan mesin air. Ustaz juga mengingatkan murid-murid supaya jika duit sanggut di dalam mesin air perlulah maklumkan kepada ustaz supaya duit akan dikembalikan.  
Majlis Penyampaian Sijil Kempen Tunas Puteri  
Enam yang murid  yang menyertai kempen Yunas puteri selama 3 hari dari hari Jumaat sampai Ahad.
Ucapan Guru Pusat Sumber
Puan Norshahiza bin Razali menerangkan Minggu Pusat Sumber Sekolah dan aktiviti -aktiviti yang akan dijalankan dalam minggu tersebut. Puan Norshahiza juga menerangkan jualan buku olen PTS selama 3 hari.
Ucapan Guru Panitia Bahasa Melayu  
Encik Mohd Norizi bin Mohamed menerangkan minggu Panitia Bahasa Melayu kepada murid-murid. En Norizi juga membaca aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu.
Ucapan Ketua Panita Bahasa Inggeris
Puan Jagjer Kaur A/P  Gurmukh Singh  menerangkan Highly  Immersive Programme ( HIP). Puan Jagjer  menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu Bahasa Inggeris. 
Ucapan Ketua Penolong Kanan Pentadbiran  
Puan Norlela mengingatkan murid-murid untuk mengambil sarapan pada waktu pagi sebelum datang ke sekolah.  Puan Norlela menegaskan murid-murid supaya mengambil bahagian dalam Kem Membaca 1 Malaysia, Minggu Pss , Minggu Panitia Bahasa Melayu dan Minggu Panitia Bahasa Inggeris. Seterusnya Pn. Norlela melancarkan minggu  Kem Membaca 1 Malaysia, Minggu Pss , Minggu Panitia Bahasa Melayu dan Minggu Panitia Bahasa Inggeris. 
Persembahan Koir, Deklamasi sajak dan sketch Bahasa Inggeris
Program Membaca buku 
Semua guru-guru dan murid-murid  membaca buku untuk 5 minit semasa perhimpunan. Murid-murid digalakkan membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan.