Laporan Perhimpunan Minggu 28 (sesi pagi)
Perhimpunan rasmi tidak dapat dijalankan kerana dataran perhimpunan basah berikutan hari hujan.
LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PETANG (MINGGU 26)
Senarai Nama Guru Bertugas:
1 1. Pn.
Faziha
2 2. Pn.
Mufidah
3 3. Pn.
Wan Syafifah
4 4. Pn.
Mawadah
5 5. En.
Hafizuddin
. 6. Pn. Baizura
Tema : Budaya Cemerlang - Daya Saing
Perhimpunan dimulakan dengan:
- Nyanyian lagu
- Bacaan doa
- Bacaan ikrar
Ucapan Guru Bertugas
Murid-murid diingatkan untuk berjumpa dengan guru
bertugas mingguan sekiranya menghadapi sebarang masalah. Murid-murid juga
diingatkan untuk menjaga kesihatan dan berehat di rumah sekiranya tidak sihat
seperti demam, sakit perut dan sebagainya.
Ketua guru bertugas turut menyentuh tentang semangat
berdaya saing di kalangan pelajar. Murid diingatkan agar sentiasa positif,
tidak mudah putus asa dan rajin berusaha dalam mencapai kejayaan dalam apa jua
bidang.
Ucapan PK Petang
Pn. Fauziah mengingatkan agar murid sentiasa menjaga
batas pergaulan antara murid lelaki dan perempuan. Beliau turut menasihati agar
murid dapat menjaga kesihatan diri dan meminta untuk berada dirumah sekiranya
terkena jangkitan HFMD yang semakin menular di kalangan kanak-kanak.
Perhimpunan ditamatkan pada pukul 6.40 petang.
LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 25 (SESI PAGI)
Pada 9hb. Julai 2018 bersamaan dengan hari Isnin, satu perhimpunan rasmi telah diadakan di Dataran Perhimpunan SK Taman Putra Perdana 2 tepat pada jam 7.30 pagi. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku dan diteruskan dengan Bacaan Ikrar dan Doa yang diketuai oleh wakil murid.
Rajah 1 Murid menyanyikan lagu dengan penuh semangat
Rajah 2 Wakil murid mengetuai bacaan doa
Rajah 3 Wakil murid memimpin lafaz ikrar
Majlis perhimpunan diteruskan dengan ucapan daripada guru bertugas mingguan, iaitu Puan Norizan. Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas pada minggu 25 ini, iaitu:
- Puan Norizan
- Puan Nadhrah
- Puan Syafrida
- Puan Mahaletchumy
- Puan Rahayu
- Cik Sa'adah
- Encik Noorhisham
Seterusnya, Puan Norizan memaklumkan kepada murid-murid berkaitan tema pada minggu 25, iaitu Kemahiran Belajar. Beliau menjelaskan bahawa Kemahiran Belajar merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Asal usulnya bermula dengan disiplin diri sendiri. Beliau turut memberikan beberapa cara yang boleh murid lakukan seperti:
- Memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas
- Bersoal jawab dengan guru
- Membuat nota ringkas
- Belajar menggunakan TMK
- Mengadakan kumpulan perbincangan
Ucapan beliau diakhiri dengan pengumuman berkaitan dengan aktiviti kokurikulum berjalan seperti biasa pada minggu ini, iaitu Unit Beruniform.
Majlis perhimpunan diteruskan dengan ucapan daripada Puan Norhafizah bagi pelancaran Bulan Dakwah. Beliau menjelaskan program Bulan Dakwah ini diadakan bertujuan menyemai semangat cinta dan sayang kepada al-Quran di samping membentuk peribadi ke arah keterpujian tertinggi sebagaimana yang dianjurkan dalam Islam. Beliau menjemput Yang Berusaha, Encik Zanuddin bin Sanuan, Guru Besar SKTPP2 bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program Bulan Dakwah.
Rajah 4 Ucapan daripada Ustazah Norhafizah sempena program Bulan Dakwah
Ucapan guru besar merangkumi disiplin murid Tahun 6 khususnya dalam menghadapi peperiksaan UPSR kerana merekalah yang akan memacu kejayaan sekolah di seantero negara. Seterusnya guru besar memberi nasihat kepada murid-murid untuk memanfaatkan sepenuhnya program Bulan Dakwah ini kerana di sekolah inilah tempat murid untuk menimba pelbagai jenis ilmu pengetahuan bagi melengkapkan unsur JERIS, iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Beliau mengakhiri ucapan dengan merasmikan program Bulan Dakwah dan menyempurnakan gimik perasmian yang disediakan bersama dengan barisan pentadbir dan penganjur yang lain.
Rajah 5 Ucapan dan perasmian daripada guru besar sempena program Bulan Dakwah
Rajah 6 Barisan pentadbir dan penganjur program Bulan Dakwah
Rajah 7 Pelancaran Gimik Program Bulan Dakwah
Majlis perhimpunan diteruskan dengan persembahan bercerita daripada adik, Danish, 4UM yang menyampaikan cerita berkaitan dengan Nabi Yahya dalam bentuk yang menarik. Diikuti dengan alunan bacaan ayat daripada al Quran dan jalan penceritaan yang berkaitan dengan tidak berputus asa dalam memohon sesuatu daripada Allah.
Rajah 8 Persembahan daripada adik Danish dari kelas 4UM
Majlis perhimpunan tamat pada jam 8.10 pagi dan murid beredar masuk ke dalam kelas masing-masing dalam keadaan tersusun dan teratur.
Sekian, terima kasih.
~LAPORAN TAMAT~