Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya,
Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Penyampaian Sijil Prasekolah 2025 yang bertarikh
17 Disember 2025 (Rabu) telah dapat dilaksanakan dengan penuh jayanya dalam
suasana yang meriah.
Majlis telah disempurnakan oleh Encik Nik Mohd Azam Bin Nik Soh (Ketua Penolong Pengarah, Unit Prasekolah dan Rendah, JPN Selangor) dan alhamdulillah segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru
Besar, barisan pentadbir sekolah serta guru-guru khususnya atas sokongan yang
tidak berbelah bahagi, kerjasama yang erat, komitmen yang berterusan serta
pengorbanan tenaga dan idea yang dicurahkan demi menjayakan majlis yang penuh
bermakna ini.
Semoga segala usaha dan pengorbanan menjadi kenangan manis yang terpahat dalam
ingatan seluruh warga sekolah.
Cahaya gemerlap menghiasi pentas,
Anugerah diberi tanda penghargaan,
Majlis 2025 kini melabuhkan tiras,
Berjumpa lagi kita di tahun 2026 penuh harapan.











